Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN ALU- ALUAN

GURU BESAR

Mesyuarat Agung
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SK Seri Kepong
Kali Ke-23

Anggerik berpilin tepian siantan,


Berapit melati sisian seroja,
Kalam bismillah saya mulakan,
Assalamualaikum pembuka bicara.

Yang dihormati, Puan Nor Afizah Binti Osman,


Pegawai Perhubungan Sekolah
PPD Sentul

Yang dihormati, Encik Nazeem Bin Aziz


Yang Dipertua PIBG SK Seri Kepong

Yang dihormati, Encik Nazri Bin Abdullah


Penolong Kanan Pentadbiran

Yang dihormati, Encik Nik Zuraidee Bin Nik Mohamed


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang dihormati, Encik Mohammad Faizal Bin Mohammad Roselee


Penolong Kanan Pendidikan Khas

Yang dikasihi, barisan ahli jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023, guru-


guru juga merangkap ahli jawatankuasa pengelola Mesyuarat Agung
PIBG Kali ke-23 serta ibu bapa, hadirin sekalian.
Assalamualaikum wbt, salam sejahtera, salam Malaysia Madani,
salam Sentul Sentiasa Unggul.

Hadirin sekalian,
Syukur ke hadrat illahi dengan limpah dan kurniaNya, pada hari
ini kita dapat bersua dan berhimpun di Dewan Tunku Abdul Rahman
Putra bagi menjayakan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan
Guru (PIBG) SK Seri Kepong kali ke-23.

Pertama sekali, pihak sekolah berbesar hati menerima


kehadiran tuan- tuan ke Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Kepong Kali
Ke-23 terutamanya Puan Nor Afizah Binti Osman, merupakan
pegawai perhubungan sekolah dari PPD Sentul, juga kehadiran tuan-
tuan, ibu bapa yang sudi meminjamkan hujung minggu yang
berharga ini bagi mendokong usaha pihak sekolah dalam pendidikan
anak- anak di sini.

Tuan- tuan, ibu bapa serta hadirin sekalian,


Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan salah satu
cabang perhubungan antara pihak sekolah dan juga ibu bapa yang
mana kerjasama serta permuafakatan boleh dijalin demi pendidikan
anak- anak di sekolah. Justeru, pihak sekolah menghulurkan tangan
terbuka kepada ibu bapa yang sudi untuk bekerjasama dengan pihak
sekolah bagi membangunkan kecemerlangan sekolah secara
umumnya serta pendidikan anak- anak secara khususnya. Pihak
sekolah turut mengalu- alukan sekiranya ibu bapa dapat bersama-
sama menghulurkan tangan sama ada dari segi tenaga, kewangan
malah sumbangan buah fikiran demi kecemerlangan SK Seri Kepong.
Di kesempatan ini juga, saya mewakili pihak sekolah
merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada barisan
jawatankuasa PIBG SK Seri Kepong sesi 2022/2023 yang telah
dikemudi oleh Encik Nazeem Bin Aziz dengan baik sekali. Pelbagai
sumbangan dan kerahan tenaga, wang ringgit serta masa sepanjang
tahun ini. Semoga setiap sumbangan tersebut diganjari dengan
pahala yang berpanjangan, menjadi ingatan kepada warga SK Seri
Kepong. Hasil kesepakatan yang mantap daripada ahli jawatankuasa
PIBG sesi 2022/2023 ini telah mencapai matlamat kerjasama antara
pihak sekolah dan ibu bapa.

Besarlah harapan saya juga, semoga lantikan ahli jawatankuasa


yang baharu dapat membentuk permuafakatan yang padu demi
melangsungkan perancangan pembangunan pendidikan anak- anak
di SK Seri Kepong. Semoga perancangan rapi dapat dibuat agar
matlamat utama PIBG untuk terus membantu pihak sekolah dapat
dicapai dengan jayanya pada tahun ini.

Hadirin sekalian,
Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih ahli jawatankuasa
PIBG sesi 2022/2023 atas sumbangan kalian, seterusnya tahniah
kepada ahli jawatankuasa yang akan dilantik utk sesi 2023/2024.
Sekian daripada saya, setiap yang baik itu daripada Allah, yang buruk
itu daripada kelemahan diri saya sendiri.

Sekian, Assalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai