Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN PERASMI MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19

Bismillahirahmanirahim,

Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh dan Salam Malaysia Madani

Terima kasih saudari/saudara pengacara majlis,

Yang berusaha Encik Nazer bin Ishak, Guru Besar SK Taman Bersatu,

Yang berusaha Encik Mahmud bin Saad, YDP PIBG SK Taman Bersatu,

Yang Berusaha Encik Izmir bin Che Ishak, NYDP PIBG SK Taman Bersatu,

Barisan penolong kanan dan Ahli jawatakuasa PIBG serta barisan guru dan para waris
yang dikasihi sekalian.

Alhamdulilah bersyukur ke hadrat Allah dengan izin dan inayahNya dapat kita
bersama-sama di pagi yang berbahagia ini menghadiri mesyuarat Agong PIBG SK
Taman Bersatu untuk kali yang ke-19. Sekalung tahniah buat para waris yang hadir ke
mesyuarat pada kali ini. Syabas dan tahniah juga diberikan kepada Penasihat dan
jawatakuasa PIBG kerana berjaya merancang, mengelola dan melaksanakan
mesyuarat pada hari ini. Sekalung terima kasih juga diucapkan atas kesudian pihak
sekolah menjemput saya hadir bersama tuan puan dalam majlis yang amat bermakna
buat semua.

Tuan-tuan dan puan-puan


Sesungguhnya, majlis pada pagi ini amat bermakna, di mana ibu bapa dan
guru-guru dapat bertemu untuk berbincang mencari kata sepakat demi kepentingan
dan masa depan anak masing-masing selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang ingin melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan kepada keluarga, masyarakat dan negara.
Pemuafakatan dan kebersamaan para waris dan guru-guru adalah satu aura
yang penting untuk melakar kejayaan anak-anak dan sekolah. Dengan ini
kesefahaman tugas dan tanggungjawab dapat dibina untuk meningkatkan mutu
pengajaran guru dan pembelajaran anak-anak selain mempertingkatkan kerjasama dan
perkongsian pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat. Selain itu, PIBG juga
mempunyai peranan ‘saling melengkapi’ terhadap fungsi Kementerian Pendidikan
dalam menyediakan prasarana dan suasana sekolah yang kondusif kepada murid-
murid dan guru-guru di sekolah.

Tuan-tuan dan puan-puan,


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menganjurkan PIBK iaitu
Penglibatan Ibu bapa dan Komuniti sebagai satu wadah yang menyokong
kemenjadian murid. Melalui anjakan 9 Pelan Pendidikan Pembangunan Malaysia
(PPPM) 2013-2025, pihak KPM bertekad untuk menggerakkkan ibu bapa, komuniti
dan sektor swasta secara meluas untuk membantu sistem pendidikan negara. Kajian
antarabangsa menunjukkan dengan jelas bahawa proses pembelajaran turut berlaku di
luar sekolah, termasuk di rumah dan dalam komuniti. Di Malaysia, kira-kira satu
perempat daripada masa murid yang berumur antara 7 hingga 17 tahun dihabiskan di
sekolah.
Oleh itu, keutamaan kini adalah melakukan anjakan daripada sistem sekolah
kepada sistem pembelajaran dengan melibatkan ibu bapa, komuniti dan masyarakat
sebagai rakan dalam membantu pembelajaran murid. Kajian antarabangsa juga
membuktikan bahawa sekolah yang melibatkan sektor perniagaan, organisasi awam
dan institusi pengajian tinggi mendapat manfaat termasuklah mendapat pencapaian
akademik yang lebih tinggi dan ketidakhadiran murid yang rendah.
Banyak faedah yang akan diperoleh sekiranya keterlibatan pihak ibu bapa dan
komuniti dalam sistem pembelajaran anak-anak. Antaranya ialah
1. Guru dan ibu bapa memainkan peranan penting dalam keberkesanan pendidikan
anak-anak.
2. Pengalaman atau idea yang diketengahkan oleh guru-guru semasa di sekolah dapat
diperkukuh dengan keadaan di rumah dengan bantuan ibu bapa.
3. Penglibatan ibu bapa dalam pelbagai aktiviti dapat menunjukkan komitmen yang
baik atas segala keputusan yang dicapai bersama.
4. Membolehkan kanak-kanak mendapat faedah optimum di atas segala proses
pengajaran dan pembelajaran kerana mendapat sokongan kedua pihak.
5. Hubungan komunikasi yang erat antara ibu bapa dan guru membentuk sikap
bertanggungjawab yang sewajarnya di pihak ibu bapa terhadap pendidikan anak-anak.

Secara tuntas, penglibatan semua pihak berkepentingan ini akan mewujudkan


ekosistem pembelajaran yang memperkukuhkan pengajaran ilmu, kemahiran dan nilai
yang diajar kepada murid di sekolah. Doa dan harapan saya semoga mesyuarat PIBG pada
hari akan berjalan lancar dan mencapai kata sepakat yang terbaik bagi setiap aktiviti yang
dirancangkan.

Dengan lafaz bismillahirahmanirahim, saya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK


Taman Bersatu kali yang ke-19.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai