Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN YDP PIBG

MESYUARAT AGUNG PIBG SK GANUN


KALI KE-43 2018

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum w.b.k

Yang Berhormat, Datuk _____________________________________

Yang berusaha Guru Besar SK GANUN Ust. Anuar bin Ismail,

Yang dihormati barisan Penolong-Penolong Kanan

Yang _____________________________________

AJK PIBG, guru-guru, para ibu bapa, hadirin hadirat yang dikasihi sekalian.

Marilah kita menzahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan
rahmatNya maka kita dapat bersama-sama berkumpul di Dewan Balairaya Gadek pada
petang ini untuk bersama-sama dalam Mesyuarat Agung PIBG SK GANUN Kali Ke-43
Tahun 2018.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan


dan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk ____________________________, Ahli
Dewan Undangan __________________________________ yang sudi hadir untuk
merasmikan majlis kita pada petang ini.

Saya juga ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah
terutama kepada Guru Besar SK Ganun iaitu En. Anuar bin Ismail yang juga merupakan
penasihat PIBG serta kepada para guru dan AJK PIBG yang telah bertungkus-lumus
dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SK Ganun Kali Ke-43 Tahun 2018.

Yang Berhormat Datuk, Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,

PIBG merupakan sebuah medium yang berkesan untuk mengeratkan lagi hubungan
antara pihak sekolah dengan komuniti. Justeru, PIBG sewajarnya bergerak seiring dengan
perkembangan sekolah dan menjadi penyumbang kepada kejayaan dan kecemerlangan
sesebuah sekolah. Sejak dahulu lagi, PIBG SK Ganun telah banyak berkolaborasi dengan
pihak sekolah dalam menjalankan aktiviti-aktiviti sekolah seperti Perkampungan Ilmu,
Kursus Kepimpinan, ceramah akademik, Majlis Solat Hajat, Hari Kecemerlangan dan
sebagainya. Justeru, saya amat berharap agar program dan aktiviti untuk meningkatkan
kecemerlangan para pelajar SK dapat diteruskan dari tahun ke tahun agar potensi para
pelajar dapat dicungkil dan diperkasakan.
Tuan-tuan dan puan-puan,

Sepanjang tempoh setahun menerajui PIBG SK Ganun, saya dan para AJK PIBG
sentiasa menyokong segala usaha sekolah untuk meningkatkan prestasi dan
kecemerlangan pelajar. Saya amatlah berbesar hati sekiranya pihak pihak sekolah dapat
meneruskan segala aktiviti yang dirancang agar anak-anak kita akan berjaya dalam
pelajaran seterusnya menjadi insan yang berguna untuk bangsa dan negara. Saya dan para
AJK juga akan sentiasa membantu dari segi sokongan moral memandangkan terdapat
sarana ibu bapa dan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa untuk membantu pihak sekolah yang
telah pun ditubuhkan

Yang berhormat Datuk, tuan-tuan dan puan-puan,

Dunia pendidikan yang semakin mencabar amat memerlukan perhatian dan


kerjasama daripada semua pihak terutama daripada para ibu bapa dan guru. Perubahan
dalam sistem pendidikan yang memerlukan perhatian dan penglibatan ibubapa. Pelbagai
sistem yang telah diwujudkan adalah untuk memperluaskan sistem pendidikan bagi
mencapai hasrat kerajaan masa kini. Namun begitu, hasrat ini dilihat sangat berkesan
kerana pada tahun lepas pencapaian UPSR 2017 menjadi satu bukti kejayaan dalam
bidang pendidikan. Saya sangat berbangga dengan peningkatan pencapaian peratusan
peperiksaan UPSR 2017 di sekolah ini. Untuk pengetahuan hadirin, berkat usaha para
guru dan kolaborasi PIBG, SK Ganun telah berjaya mendapat peningkatan dan
pencapaian dalam UPSR berbanding dari tahun lepas sebanyak __________________.
Tahniah dan syabas diucapakan kepada semua pihak yang bersungguh-sungguh berusaha
melakar kejayaan di Sekolah ini. Begitu juga dalam bidang kokurikulum, pencapaian
sehingga peringkat Negeri dan Kebangsaan menunjukkan kurikulum dan kokurikulum
yang seimbang ditunjukka oleh guru-guru dan sokongan ibubapa yang tidak berbelah
bagi.

Saya tidak berhajat untuk berucap dengan lebih panjang lagi. Saya sekali lagi ingin
merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk yang telah sudi
hadir dan semua pihak yang telah menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SK Ganun Kali
Ke-43 Tahun 2018. Semoga segala pengorbanan dan kerjasama yang diberikan akan
diberkati oleh Allah swt seterusnya mendatangkan impak yang positif dalam
perkembangan pendidikan anak-anak kita seterusnya melahirkan generasi yang
cemerlang dan dapat menyumbang kepada kemajuan agama,bangsa dan negara.

Sekian, wabillahi taufik wal hidayah assalamualaikum wbk

Anda mungkin juga menyukai