Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Alhamdulillah,setingi-tinggi kesyukuran dirafakkan hanya buat Allah S.W.T yang Maha Berkuasa bagi
tiap-tiap sesuatu, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, contoh kepimpinan
terbaik.

Setelah hampir setahun,kini Majalah Persadapetra telah kembali ke tangan pembaca dan ini bermakna
terukirlah himpunan-himpunan memori di SMK Ismail Petra sepanjang tahun 2013.Sesungguhnya,
majalah ini dapat disiapkan dengan limpahan bantingan tulang oleh krew-krew redaksi yang sanggup
mengorbankan masa dan tenaga bagi memastikan majalah ini sentiasa berada di hati warga SMK Ismail
Petra dari tahun ke tahun. Syabas dan tahniah jua diucapkan kepada krew-krew redaksi sekalian.
Majalah Persadapetra telah mengharungi pelbagai transformasi dan revolusi saban tahun bagi
membawa majalah ini ke arah yang lebih terkini.Perkara ini sejajar dengan peredaran zaman yang
memacu ke alam globalisasi dan era teknologi maklumat. Lantaran itu, saya percaya dan yakin bahawa
Krew Redaksi dengan bimbingan guru-guru penasihat berusaha memanifestasikan Majalah Persadapetra
yang terbaik setiap tahun. Hal ini sebagai menyedari peranan Persadapetra sebagai etos bagi mengukir
1001 kenangan , mencatat detik-detik bersejarah sepanjang tahun dan memotret seribu wajah.
Warga SMKIP sekalian, kejayaan yang dicapai selangkah demi selangkah menggambarkan komitmen dan
semangat yang jitu wujud dalam diri warga SMK Ismail Petra. Dengan komitmen dan semangat inilah
yang telah membawa sekolah kita memperoleh pelbagai kejayaan tidak kira dalam bidang akademik
mahupun bidang kokurikulum. Justeru, saya menyeru kepada seluruh warga SMKIP sekalian agar terus
mengekalkan jalinan mahabbah yang terbentuk antara guru dan pelajar khususnya.Pada kesempatan
ini,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberi kepercayaan
kepada badan pengawas dalam menjalankan tugas dan menguruskan aktiviti sekolah.Tidak lupa juga
kepada Pembimbing Rakan Sebaya yang banyak berkolaborasi bersama badan pengawas dalam
menjayakan pelbagai program. Saya juga ingin mengucapakan jutaan terima kasih kepada warga SMKIP
kerana sentiasa memberi dorongan dan bimbingan kepada saya selaku ketua pelajar sepanjang tahun
2013.
Akhir kalam,saya dengan ini ingin memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekhilafan sepanjang
saya melaksanakan tugas sebagai ketua pelajar.Saya juga berharap agar SMK Ismail Petra akan terus
mengukir kejayaan di persada dunia dan berjaya menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi.Kepada para
pelajar,marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan dan melipatgandakan usaha ke arah
memperoleh kejayaan di akhirat dan di dunia.
Sekian,Wabillahittaufiq walhidayah,wassalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai