Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN WAKIL MURID MAJLIS RESTU ILMU

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis.

Yang Berusaha, ______________________, Tn Pengetua SMK Pertang, Yang Berusaha,


______________________, Guru Penolong Kanan Akademik dan Pentadbiran, Yang
Berusaha ______________________, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Yang Berusaha,
______________________, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, barisan guru-guru kanan mata
muridan, guru-guru yang disayangi serta rakan-rakan seperjuangan sekalian.

Assalamulaikum warah matullah hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Ucapan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan ini saya tujukan khusus
kepada pihak sekolah kerana mengadakan Majlis Restu Ilmu PT3 dan SPM bagi tahun
____ __, serta memberi kepercayaan dan peluang kepada saya untuk mewakili rakan-
rakan menyampaikan sepatah dua kata dalam majlis ‘keramat’ yang dianjurkan khusus
buat kami yang akan menduduki peperiksaan PT3 dan SPM pada tahun ini.

Pada hari ini,terlebih dahulu saya ingin mengingatkan diri saya sendiri dan juga rakan-
rakan sekalian bahawa kita sebenarnya sudah tiba di medan pertempuran perjuangan
kita sebagai seorang murid. Bulan demi bulan, hari demi hari, jam demi jam dihitung
dengan begitu teliti bagi menantikan tarikh keramat yang akan tiba tidak lama lagi.
Persoalannya disini, adakah kita sudah benar-benar bersedia untuk menempuhnya
dengan penuh yakin dan bersemangat? Oleh itu, dengan hanya berbaki beberapa hari
sahaja lagi sebelum kita menempuh peperiksaan yang sebenar, saya ingin menyeru
kepada rakan-rakan sekalian untuk kita sama-sama melakukan pecutan terakhir
semampu kita supaya kita dapat bersama-sama menggenggam kejayaan yang diidam-
idamkan.
Sesungguhnya kita datang ke sekolah dengan segunung harapan baik daripada ibu
bapa, keluarga, sahabat, mahupun guru-guru yang mengharapkan kita semua
melakukan suatu kejutan, bukan untuk mereka tetapi untuk diri kita sendiri. Jika kita tidak
mampu pulang dengan segunung kejayaan, cukuplah sekadar pulang dengan
segenggam keberhasilan.

Para pendidik yang dihormati sekalian,

Bagi mewakili seluruh murid tingkatan 3 dan tingkatan 5 pada tahun ini, saya ingin
menyusun sepuluh jari memohon keampunan dan kemaafan daripada guru-guru sekalian
andai kami terkasar bahasa, tersilap bicara, dan berperilaku buruk sepanjang
keberadaan kami selama ini. Kami berharap supaya guru-guru tahu bahawa jauh di sudut
hati kami, kami tidak pernah berniat untuk melukakan hati sesiapa, apatah lagi melukakan
hati guru-guru yang sudah kami anggap sebagai ibu dan bapa kami di sekolah.

Dengan perasaan rendah diri, saya mewakili semua murid tingkatan 3 dan tingkatan 5
pada tahun ini ingin memohon agar guru-guru menghalalkan dan merestui semua ilmu
yang pernah dicurahkan, bahkan menghalalkan juga makan dan minum yang pernah
diberikan kepada kami secara tidak langsung selama ini. Insya-Allah, segala ilmu yang
dikongsikan, akan kami manfaatkan sebaik mungkin. Doakan agar kami semua
mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan PT3 dan SPM pada tahun ini.

Akhirulkalam, sebelum saya menyerahkan majlis ini kepada Tuan Pengerusi Majlis, saya
selaku wakil murid ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan
terima kasih kepada para guru yang sudi menabur bakti demi kecemerlangan hidup kami
pada hari kemudian. Segala jasa dan pengorbanan guru-guru tidak dapat kami balas,
justeru kami serahkan kepada Allah jua untuk membalasnya.

Sekali lagi saya ucapkan, terima kasih cikgu.

Sekian,

Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Selamat


Maju Jaya.

Anda mungkin juga menyukai