Anda di halaman 1dari 1

UCAPAN KETUA PENGAWAS

(MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS 2018)

Salam sejahtera say ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, guru besar, guru-guru dan rakan seperjuangan.
Hari ini merupakan pelantikan pengawas, pengawas perpustakaan, ketua tingkatan dan penolong ketua
tingkatan bagi sesi 2018. Oleh itu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemimpin yang telah
dipilih oleh pihak sekolah.

Guru-guru dan rakan-rakan yang dihormati,


Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberi peluang kepada saya untuk
menyampaikan ucapan. Saya amat terharu dengan pelantikan sebagai ketua pengawas sekolah. Saya akan
memikul tanggungjawab ini mulai hari ini.

Sebagai ketua pengawas, saya akan menjalankan tugas dengan sebaik-baik mungkin. Setiap arahan pihak
sekolah dan guru disiplin tidak akan saya pandang ringan. Hal ini penting demi meningkatkan tahap disiplin
sekolah.

Oleh hal yang demikian, saya memohon kerjasama daripada semua pihak dalam menjadikan sekolah kita
selamat dan ceria. Setiap pelajar diminta melaporkan masalah disiplin pelajar kepada pengawas. Hal ini
penting agar pelaksanaan denda dapat dijalankan oleh pihak pentadbiran dengan tujuan untuk memberi
pengajaran dan pendidikan.

Sebagai ketua pengawas yang baru dilantik, sya dan rakan-rakan masih belajar. Saya berharap pihak
sekolah akan menegur kami jika melakukan kesalahan. Dengan ini, saya akan mengambil iktibar
daripadanya untuk memperkasakan lembaga pengawas sekolah.

Hadirin yang saya hormati,


Saya berharap sekolah kita akan terus mencapai kecemerlangan akademik dan kokurikulum. Dengan
mendisiplinkan diri, kita dapat Berjaya dalam setiap bidang yang diceburi. Saya ingin menyampaikan
sebuah pantun sebagai penghias bicara hari ini.

Buah cempedak di luar pagar,


Ambil galah tolong jolokkan,
Kami pengawas baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai