Anda di halaman 1dari 2

Salam sejahtera saya ucapkan yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang

Berusaha Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Pendi Anak Limpeng, Penolong


Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Andrew Anak Nor, Penolong Kanan
Kokurikulum, Encik Matahil Bin Mungkil, Guru-guru dan rakan seperjuangan.
Hari ini merupakan pelantikan pengawas bagi tahun 2019. Oleh itu, saya ingin
mengucapkan tahniah kepada para pengawas yang telah dipilih oleh pihak
sekolah.

Guru-guru dan rakan-rakan yang dihormati,

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana


memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan ucapan. Saya amat
terharu dengan pelantikan sebagai ketua pengawas sekolah. Saya akan
memikul tenggungjawab dan menjalankan tugas dengan sebaik mungkin.
Setiap arahan pihak sekolah dan guru disiplin tidak akan saya pandang ringan.
Hal ini penting demi meningkatkan tahap disiplin sekolah.

Sebagai ketua pengawas dan pengawas yang baru dilantik, saya


dan rakan-rakan pengawas masih belajar.. Saya dan rakan-rakan pengawas
berjanji untuk melaksanakan tugas menguatkuasakan undang-undang dan
disiplin di sekolah. Sebagai polis kecil di sekolah, kami akan memastikan agar
semua murid mematuhi segala peraturan yang sedia ada. Saya berharap pihak
sekolah akan menegur kami jika melakukan kesalahan. Dengan ini, saya akan
mengambil iktibar daripadanya untuk memperkasakan lembaga pengawas
sekolah

Guru-guru dan rakan yang disayangi,

Sekiranya kita mahu berjaya dalam kurikulum dan kokurikulum, aspek


disiplin mesti diutamakan. Hanya mereka yang berdisiplin sahaja akan berjaya
dengan cemerlang. Sesuatu perkara jika dilakukan dengan sambil lewa,
hasilnya kurang berjaya. Jadi, kita tingkatkanlah tahap disiplin masing-
masing.
Sebagai insan yang bergelar manusia, kita pasti melakukan
kesilapan. Tegur dan bantulah jika kami tidak dapat menjalankan tugas
dengan sempurna. Bimbingan kalian akan dijadikan panduan buat saya dan
rakan-rakan pengawas.

Hadirin yang dikasihi,

Oleh hal yang demikian, saya memohon kerjasama daripada semua


pihak dalam menjadikan sekolah kita lebih selamat dan ceria. Setiap pelajar
diminta melaporkan masalah disiplin pelajar kepada pengawas. Hal ini penting
agar pelaksanaan denda dapat dijalankan oleh pihak pentadbiran dengan
tujuan untuk memberi pengajaran dan pendidikan.

Saya berharap sekolah kita akan terus mencapai kecemerlangan


akademik dan kokurikulum. Dengan mendisiplinkan diri, kita dapat berjaya
dalam setiap bidang yang diceburi. Saya ingin menyampaikan serangkap
pantun sebagai penghias bicara hari ini.

Sebelum mengundur diri, saya memohon ampun dan maaf jika ucapan
tadi menyinggung mana-mana pihak. Terimalah serangkap pantun daripada
saya,

Waktu pagi makan keria,


Minumannya pula air soya;
Tugas ini tugas mulia,
Apa yang dikata akan dikota.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai