Anda di halaman 1dari 2

Karangan Ucapan – Pelantikan Sebagai Ketua Murid

Kamu telah terpilih menjadi Ketua Murid. Dalam satu majlis pelantikan, kamu
diminta menyampaikan ucapan. Sediakan ucapan kamu selengkapnya.

Yang Dihormati Pengerusi Majlis. Yang Berusaha, Guru Besar SK


Mangkapon Pitas, Guru-guru Penolong Kanan, guru-guru, dan rakan-rakan yang
dikasihi. Salam sejahtera saya ucapkan.
Saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang berucap dalam
majlis yang penuh bersejarah ini. Pelantikan saya sebagai Ketua Murid bagi sesi
2011/2012 merupakan satu amanah yang harus dipikul dengan penuh
tanggungjawab.
Hadirin yang dikasihi,
Saya dan rakan-rakan yang baru dilantik berjanji untuk melaksanakan
tugas menguatkuasakan undang-undang dan disiplin di sekolah. Sebagai polis
kecil di sekolah, kami akan memastikan agar semua murid mematuhi segala
peraturan yang sedia ada.
Di samping itu, saya mengharapkan kerjasama daripada guru-guru dan
semua murid supaya kita dapat melaksanakan tugas masing-masing. Tanpa
kerjasama anda semua, saya yakin sekolah kita akan dipandang serong oleh
orang lain. Saya seru kepada anda semua, marilah kita bersatu hati.
Guru-guru dan rakan yang disayangi,
Sekiranya kita mahu berjaya dalam kurikulum dan kokurikulum, aspek
disiplin mesti diutamakan. Hanya mereka yang berdisiplin sahaja akan berjaya
dengan cemerlang. Sesuatu perkara jika dilakukan dengan sambil lewa, hasilnya
kurang berjaya. Jadi, kita tingkatkanlah tahap disiplin masing-masing.
Sebagai insan yang bergelar manusia, kita pasti melakukan kesilapan.
Tegur dan bantulah jika kami tidak dapat menjalankan  tugas dengan sempurna.
Bimbingan kalian akan dijadikan panduan buat saya dan rakan-rakan pengawas.
Sebelum mengundur diri, saya memohon ampun dan maaf jika ucapan
tadi menyinggung mana-mana pihak. Terimalah serangkap pantun daripada
saya,

Berbuka puasa dengan keria,


Minumannya pula air soya;
Tugas ini tugas mulia,
Apa yang dikata akan dikota.

Anda mungkin juga menyukai