Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN KETUA MURID

Terima kasih pengerusi majlis.

Yang saya hormati Encik Adzrul Puddin Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SK Darau,

Yang Berusaha Guru Besar Sk Darau, Encik Abdul Hajis Hj Saipuddin,


Penolong Kanan Kurikulum Puan Hajjah Haslina Hussin.
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Puan Ropinah Moktar
Penolong Kanan Petang Puan Roslinah Mohd Noor
Guru-guru dan rakan-rakan yang saya hormati sekalian.

Assalamaualaikum dan salam sejahtera. Saya Iskandar Hamsa selaku Ketua


Murid SK Darau Kota Kinabalu tahun 2018 ingin mengambil kesempatan di hari yang
berbahagia ini ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada guru-guru kerana
mengadakan Majlis Apresiasi Pemimpin Pelajar Sesi 2018 ini..

Sepanjang kami memegang jawatan sebagai pemimpin pelajar di sekolah ini, banyak
pengetahuan yang kami peroleh. Di samping itu, kami juga dapat menjalankan tugas
sebagai pemimpin pelajar di sekolah dengan jayanya berkat bimbingan para guru dan
kerjasama daripada semua murid Sekolah Kebangsaan darau Kota Kinabalu 

Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,

Saya mewakili pengawas sekolah juga berjanji akan menjadikan pengalaman


sepanjang kami menjalankan tugas di sekolah ini sebagai bekalan dan pemangkin
untuk menjadi Pemimpin pelajar yang lebih cemerlang dan berdedikasi sekiranya diberi
peluang memegang jawatan sebagai pemimpin pelajar di sekolah menengah nanti.

Namun begitu, walaupun  kami telah cuba sedaya upaya menjalankan tugas sebagai
pemimpin pelajar,tetapi sebagai insan biasa, kami tidak terlepas daripada melakukan
kesalahan dan kesilapan. Oleh itu. Kami menyusun sepuluh jari memohon kemaafan
daripada semua guru atas kekhilafan kami ini. setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan
terima kasih kepada semua guru yang telah berusaha keras mendidik dan membimbing
kami agar kami menjadi insan yang berguna pada suatu hari nanti
Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, sekali lagi saya bagi pihak rakan-rakan ingin
merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung mengadakan majlis ini, Sebelum saya mengundur diri, terimalah
dua rangkap pantun..

            Pemimpin pelajar itulah kami,

            Menjalankan tugas penuh dedikasi;

            Jutaan terima kasih daripada kami,

            Dengan Majlis Apresiasi ini.

            Waktu malam pelita dinyala,

            Pelita diletak di atas para;

            Guru ibarat lilin menyala,

            Jasa kalian takkan kami lupa.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai