Anda di halaman 1dari 7

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Terima kasih saya ucapkan kepada Pengerusi Majlis.

Yang berusaha, Puan Jannah binti Madullah, Guru Besar SK Sri Pantai,
En. Abdul Hamid bin Abdul Shukor, Penolong Kanan Pentadbiran,
En. Mohd Jumady bin Kaharuddin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Pn. Jumaini binti Haji Sulaiman, Penolong Kanan Kokurikulum,
Pn. Sofiah binti Suhailee, Penolong Kanan Petang,
Cikgu Razul Rafie bin Suhiman, Guru Kelas Tahun 6 Seroja,
Cikgu Mohd Suhaimin bin Isnen, Guru Kelas Tahun 6 Teratai,
Guru-guru Tahun 6, barisan guru-guru yang kami sanjungi dan
hormati, barisan AKP yang kami sayangi serta rakan-rakan
seperjuangan saya sekalian.
Pertama kali, saya ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kerana diberikan kepercayaan mewakili rakan-
rakan seperjuangan saya dalam menyampaikan ucapan
wakil murid tahun enam dalam Hari Graduasi dan
Penyerahan Dokumen Murid Tahun 6 Sesi 2022/2023 SK
Sri Pantai ini.
Saya bagi pihak murid Tahun Enam sesi 2022/2023
yang seramai 62 orang murid termasuk saya ini ingin
merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga
kepada semua guru SK Sri Pantai yang telah mendidik
kami. Sebahagiannya bermula dari peringkat prasekolah,
dan sebahagian besarnya bermula dari Tahun Satu
sehinggalah ke Tahun Enam, daripada kami tidak
mengenal huruf dan angka, sehinggalah kami dapat
menguasai semua kemahiran yang sentiasa guru-guru
curahkan kepada kami. Terima kasih, cikgu!
Pada kesempatan ini juga, kami menyusun sepuluh
jari, memohon ampun dan maaf, seandainya ada dalam
kalangan kami ada yang melakukan kesalahan dan
kekhilafan daripada segi tutur kata dan perbuatan.
Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan. Semoga kita
dapat berjumpa lagi, cikgu. Juga, doakan kejayaan kami,
cikgu! Doakan semoga kami menjadi insan-insan seperti
cikgu-cikgu semua, yang ikhlas mencurahkan segala
ilmu, yang banyak berkorban untuk kami, untuk
mendidik kami agar kami dapat memperbaiki diri kami,
juga supaya kami menjadi insan yang dapat memberikan
manfaat kepada orang lain.
Akhir kata, kami memohon sampaikan salam kami
kepada guru-guru yang sudah tidak bersama-sama kita
lagi, sama ada telah berpindah atau bersara. Katakanlah
bahawa jasa dan bakti mereka, dan guru-guru yang ada
di sini, akan kami sanjungi dan kami ingati sepanjang
hayat kami. Hanya Allah sahajalah yang membalas segala
pengorbanan kamu semua, cikgu.
Kami akan sentiasa titipkan doa untuk semua guru-
guru kami.
Semoga cikgu-cikgu semua dikurniakan kesihatan yang
baik, diberikan perlindungan dan dalam jagaan Allah
SWT serta dikurniakan rezeki yang berkah.
Aamiin ya Rabbal Alamin.

Maafkan saya, cikgu. Maafkan kami, cikgu. Maafkan


kami semua, cikgu.
Terima kasih, terima kasih dan terima kasih, cikgu!

Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah, Wasalamualaikum


Warohmatullahi, Wabarokatuh.

Anda mungkin juga menyukai