Anda di halaman 1dari 2

Terima kasih diucapkan kepada Puan Pengerusi Majlis.

Yang berusaha,Cikgu Suhaimi bin Shaarani @ Tan,


Guru Besar SK Taman Sri Pulai,

Yang Dihormati,
En Mohd Khairul Zahry bin Mustapa
YDP PIBG SK Taman Sri Pulai,

Barisan guru penolong kanan,


guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi.

Assalamualaikum wbt dan salam kasih mesra saya ucapkan.


Alhamdulillah, terima kasih sayaucapkan kerana memberi kepercayaan kepada saya mewakili
rakan-rakan untuk menyampaikan ucapan wakil murid dalam Majlis Apresiasi Tahun 6 hari
ini.

Saya bagi pihak murid Tahun Enam ingin merakamkan jutaan terima kasih tidak terhingga
kepada semua guru yang telah mendidik kami. Begitu hiba rasanya untuk kami berpisah
dengan guru-guru yang amat dedikasi dan prihatin dalam tugas mendidik kami ibarat anak-
anak sendiri. Namun demikian, pertemuan pastinya akan berakhir dengan perpisahan.

Guru-guru yang dikasihi,


Jasa dan bakti cikgu semua terlalu besar buat kami. Tidak akan terbalas dengan wang ringgit
dan harta benda untuk segala bakti yang kalian curahkan. Di kesempatan ini, saya mewakili
rakan-rakan menyusun sepuluh jari memohon kemaafan atas setiap kenakalan kecil kami
yang menggores hati cikgu semua. Maafkanlah kami dan iringilah kami dengan doa restu
agar kami menjadi insan berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Guru-guru yang dimuliakan,


Sampaikanlah salam kami kepada guru-guru yang sudah tidak bersama-sama kita lagi, sama
ada telah berpindah atau bersara. Katakanlah bahawa jasa dan bakti cikgu semua, akan kami
sanjungi dan kami ingati sepanjang hayat kami. Semoga ganjaran dan syafaat terbaik buat
cikgu semua. InsyaAllah.

Kepada rakan-rakan pula, selamat menempuh alam sekolah menengah yang tentu jauh
bezanya dengan budaya di sekolah rendah. Gunakanlah segala ilmu yang telah guru-guru kita
curahkan untuk melayari alam remaja dan seterusnya dewasa dengan penuh ketabahan,
keimanan dan ketakwaan.

Akhir kata,
Terimalah serangkap pantun buat kenangan.
Bintang Barat terbit petang,
Bintang Timur terbit pagi,
Jika tidak melarat panjang,
Ada umur berjumpa lagi.

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai