Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh.

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Puan Guru Besar, SK Seri Muda
Pn Sharifah bt Othman,
Yang Berusaha Guru – guru penolong Kanan dan yang dikasihi guru-guru dan seterusnya,
rakan-rakan sekalian.

Sidang hadirin yang dihormati,

Tanpa kita sedari, masa berlalu dengan begitu pantas. Tempoh enam tahun dirasakan
umpama semalam sahaja. Kini, kita sudah berada pada penghujung tahun terakhir di
sekolah rendah, iaitu tahun enam. Maka, minggu ini merupakan minggu terakhir kita
menuntut ilmu di SK Seri Muda yang hebat ini. Begitu berat rasanya untuk meninggalkan
sekolah yang tercinta ini.

Begitu hiba rasanya untuk kita berpisah dengan guru-guru yang amat dedikasi dan
prihatin untuk mendidik serta mengasuh kita. Namun demikian, apalaah daya kita untuk
menghalang waktu untuk terus berlalu, lantaran setiap pertemuan pastinya akan
berakhir dengan perpisahan. Justeru itu, walaupun berat hati untuk berpisah,
kenyataannya perpisahan itu pasti akan hadir.

Guru-guru yang dikasihi dan dihormati,

Jasa dan bakti guru-guru terlalu besar buat kami semua. Tidak akan terbalas dengan
wang ringgit dan harta benda untuk segala bakti yang kalian curahkan kepada kami.
Pastinya akan kami kenang selama-lamanya selagi jantung dan nadi ini masih berdengup
dan berdenyut. Pada kesempatan ini, saya mewakili rakan-rakan ingin menyusun sepuluh
jari untuk memohon kemaafan dari hujung rambut sampai ke hujung kaki kepada guru-
guru yang dikasihi. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa dan bakti yang
telah guru-guru abadikan kepada kami.

Maka dengan ini sekali lagi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
jutaan terima kasih kepada semua guru yang telah mendidik dan membimbing kami
selama ini dan maafkanlah segala kesilapan dan kesalahan kami. Kepada rakan-rakan pula,
selamat menempuh alam sekolah menengah yang tentu jauh bezanya dengan budaya di
sekolah rendah.

Semoga kita akan terus membina kecemerlangan dan terus berbakti kepada ibu
bapa kita serta masyarakat dan negara. Gunakanlah segala ilmu yang telah guru-guru kita
curahkan untuk melayari alam remaja dan seterusnya dewasa dengan penuh ketabahan,
keimanan dan ketakwaan.

Pulau pandan jauh ke tengah


Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai