Anda di halaman 1dari 2

‫الرَّ ِحي ِْم الرَّ حْ َم ِن هّلل ِ ِابسْ ِم‬

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin Wassalatu Wassalamu ‘Ala-Asyrafil Anbiya'i Wal Mursalin Saidina
Muhammadin Wa’ala Alihi Wasahbihi Ajma’in
Rabbisyrahli Sodri Wayassirli Amri Wahlul Uqdatan Millisani Yafqahu Qouli

Sejambak kasih titipan khas buat Pengerusi Majlis,


Yang berusaha, Ustaz Satuwo Saidi, Mudir SRI Al-Fateh BSI,
Yang kami hormati, Ustazah Yani Bakhrul, Penolong Kanan Pentadbiran,
Ustaz Mohd Syafiq Abd Rahim, Penolong Kanan HEM,
Ustazah Nurfa'izah Abdu Rahman, Penolong Kanan Ko-kurikulum,
Para asatizah yang kami muliakan, rakan-rakan dan adik-adik sekalian.
.
Saya selaku wakil murid Sekolah Rendah Islam Al-Fateh BSI, Hazim Nur Iman Ahmad Fairus
mengucapkan jutaan terimakasih dan rakaman penghargaan ini saya tujukan khusus kepada pihak
pengurusan Majlis, kerana memberi kepercayaan dan peluang kepada saya untuk menyampaikan
sepatah dua kata dalam majlis Hari Anugerah Pelajar Cemerlang (HAPC) Tahun 2020. Kesempatan
pada hari ini merupakan suatu detik bersejarah bagi diri saya kerana dapat menyampaikan ucapan
sebagai wakil murid dalam majlis ini.

Para hadirin yang dirahmati Allah sekalian,


Kami sedar bahawa dalam usaha untuk memanusiakan manusia seperti kami, guru-guru
sering kali berhadapan dengan pelbagai kerenah dan cabaran; ada yang menyakitkan hati; ada yang
menghampakan harapan; ada yang menggembirakan; ada yang melucukan; dan ada yang
menyeronokkan. Segala pengalaman pahit manis ditelan dengan penuh sabar; sehingga kami dapat
merasakan bahawa guru-guru di sekolah ini bukan sekadar guru biasa, malah adakalanya berperanan
sebagai ibu dan bapa kepada kami; sakit pening kami dan kebajikan kami sentiasa diambil berat;
kemajuan akademik kami dan keterampilan sahsiah kami sentiasa diberi perhatian; kerjarumah dan
pelbagai tugasan kami akan diperiksa.
Banyak program yang telah diadakan untuk murid tidak mengira masa dan waktu. Oleh itu
guru-guru juga banyak mengorbankan masa, tenaga malah wang ringgit demi memikirkan kemenjadian
murid dari segi akademik dan sahsiah. Sepanjang ingatan saya selama bersekolah di SRI Al-Fateh
yang tercinta ini, tidak dapat terbalas jasa para guru atas semua kerahan tenaga, siang dan malam,
malahan hujung minggu yang sepatutnya dihabiskan bersama keluarga juga dikorbankan ketika
menjalankan sesuatu program atau aktiviti. Pendek kata soal masa depan kami sering merungsingkan
guru-guru sekalian. Selain tunjuk ajar, guru-guru turut menjadi tempat rujukan kami untuk meleraikan
kekusutan dan segala macam perkara, termasuklah perkara-perkara yang bersifat peribadi. Guru-guru
adalah segala-galanya buat kami, TERIMA KASIH GURU!
Sesungguhnya, kesediaan guru-guru untuk membantu kami amatlah kami hargai dan sanjungi
Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi guru-guru rasa nak junjung
  Kepada adik-adik yang kami sayangi sekalian, tingkatkan usaha adik-adik semua untuk
menaikkan dan mengharumkan nama sekolah kita di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. SRI
Al-Fateh BSI yang tercinta ini masih lagi banyak ruang untuk dipertingkatkan prestasinya sama ada
dalam bidang akademik mahupun ko-kurikulum. Tidak mustahil kita boleh lakukan sekiranya kita
semua meletakkan kepentingan sekolah sebagai tanggungjawab kita bersama. Perjuangan tugas
untuk menggalas nama baik sekolah terletak di bahu adik-adik sekalian. Junjunglah nama baik sekolah
kita. Berusahalah untuk meningkatkan prestasi akademik sekolah kita
Wahai rakan-rakan seperjuanganku sekalian, jangan terus lupakan sekolah kita yang tercinta
ini. Ingatlah jasa guru-guru kita sepanjang 6 tahun kita menuntut ilmu di sini.
Hadirin sekalian, kami juga ingin memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan yang telah
kami lakukan sama ada kami sedari atau tidak. Terutama kepada para guru yang disayangi, semua
kakitangan SRI Al-Fateh, rakan-rakan dan juga adik-adik sekalian.
Akhirulkalam, sebelum saya menyerahkan majlis ini kepada Tuan Pengerusi Majlis, saya
selaku wakil murid sekalian sekali lagi ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan
jutaan terimakasih kepada para guru yang telah sudi menabur bakti demi kecemerlangan hidup kami di
hari muka. Wahai guru, halalkan segala ilmu dan pengalaman yang dikongsikan. Restuilah kami dan
doakanlah kejayaan kami dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Doakan kami terus istiqamah dengan
hafazan kami, sentiasa mengingati segala ilmu dan kemahiran yang kami perolehi dan
mengaplikasikan dengan sebaiknya dalam hidup kami selepas ini. Segala jasa dan pengorbanan guru-
guru tidak dapat kami balas, justeru kami serahkan kepada Allah jua untuk membalasnya.
Pelangi muncul jarang sekali
Indah sungguh berwarna warni
Jasamu guru besar sekali
Tidak terbalas walau seinci.
Jazakallahu Khairan Katsira
Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai