Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum dan Salam sejahteraYang Berusaha Tuan Guru Besar, Nama Sekolah Guru-guru Penolong Kanan .

Guru-guru seterusnya rakan-rakan yang dihormati sekalian Saya ingin mewakili rakan-rakan murid sekolah ini ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan "SELAMAT HARI GURU" kepada semua guru di sekolah ini yang telah bersusah payah mengajar, mengasuh dan mendidik kami untuk menjadi murid yang baik bukan sahaja untuk berjaya dalam bidang pelajaran, tetapi yang lebih penting .menjadi insan yang baik dari segi moral dan keperibadian Kami percaya guru-guru sekolah ini telah berusaha dengan sepenuh jiwa raga tanpa mengenal bosan dan jemu untuk memastikan anak-anak didik di sekolah ini mencapai kejayaan. Sebenarnya, tidak ada apa yang dapat kami berikan kepada guru-guru sebagai usaha membalas jasa .mereka, hanya kata-kata keramat iaitu ucapan TERIMA KASIH Kami sedar dalam melayan dan mengurus anak didik setiap hari guruguru berhadapan dengan kerenah dan tingkahlaku yang kurang menyenangkan. Ada di kalangan kami yang sukar menerima nasihat. Ada di kalangan kami yang malas dan tidak membuat kerja rumah. Ada di kalangan kami sering menimbulkan masalah dan menjadikan sekolah huru-hara. Justeru itu, atas kenakalan dan kurang budi bahasa yang menyinggung perasaan guru-guru, saya ingin mewakili semua murid sekolah ini memohon kemaafan. Tanpa kemaafan guru-guru tentunya .ilmu yang kami terima sukar untuk dimanfaatkan

.Guru-guru yang dikasihi sekalian Hari ini kita merayakan sambutan hari guru peringkat sekolah. Sebenarnya kami ingin sekali merayakan perasaan gembira kami dengan guru-guru setiap hari. Kami yakin, budi baik serta jasa yang ditaburkan kepada kami bukan untuk dikenang atau disanjung. Pengorbanan serta kecekalan hati serta kesabaran melayani kerenah .anak murid bukan mengharapkan balasan Namun biarlah hari ini guru-guru dapat memberi peluang kepada kami untuk melahirkan ucapan terima kasih. Hari ini kami mengulangi azam untuk menjadi murid yang baik, murid yang berbudi bahasa, murid yang mendengar nasihat dan murid yang akan berusaha kuat mencapai ! kejayaan. Doakan kami cikgu Selamat Hari Guru. Semoga semua guru sekolah ini akan terus tabah .mendidik kami menjadi warga yang baik .Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai