Anda di halaman 1dari 2

KELAB KEBUDAYAAN SK ABANG LEMAN

ELEMEN KBAT DALAM KK


i. KBAT dalam Tahap Pemikiran Mengaplikasi
•Tahap pemikiran aplikasi memerlukan murid menggunakan pengetahuan, kemahiran dan
nilai dalamsitu asi yang berlainan untuk melakukan sesuatu.
•Murid berupaya menyelesaikan masalah dengan mengaplikasikan konsep yang mereka
fahami melalui aktiviti PdP.

ii. KBAT dalam Tahap Pemikiran


Menganalisis
•Murid mencerakinkan maklumat kepada bahagian-bahagian kecil untuk memahami dengan
lebih mendalam serta menghubung kait antara bahagian berkenaan.
•Murid berupaya mentafsir peranan dan fungsi setiap bahagian kecil untuk memahami
sesuatu konsep secara menyeluruh.
iii. KBAT dalam Tahap Pemikiran Menilai
•Murid membuat pertimbangan dan keputusan menggunakan pengetahuan, kemahiran dan
nilai serta memberi justifikasi.
•Murid mengamalkan pemikiran reflektif dan munasabah yang difokuskan kepada usaha
memutuskan sama ada sesuatu perkara boleh dipercayai atau tidak.
•Penguasaan pemikiran reflektif membantu murid untuk menghubungkaitkan idea dan
pengalaman lalu.

iv. KBAT dalam Tahap Pemikiran Mencipta
•Tahap pemikiran mencipta merupakan tahap yang paling tinggi dalam Taksonomi Bloom.
•Murid dapat menghasilkan idea, produk atau sesuatu yang baharu berdasarkan
pembelajaran dalam bilik darjah.
•Murid yang kreatif dan inovatif dapat dilahirkan. 

Anda mungkin juga menyukai