Anda di halaman 1dari 9

Modul 1 : Ice Breaking / Bengkel Protokol

Tempoh masa cadangan : 1 jam 30 minit

1.  Fasilitator memperkenalkan diri di dalam kelompoknya dan menyatakan


peranan serta harapan kepada peserta
     Harapan :  

     ~ mempelajari sesuatu sambil berseronok

     ~  membuka minda melalui aktiviti membentuk diri menjadi pemimpin cilik

     ~  memupuk perkembangkan diri dari segi sosial, mental, emosi, intelek dan

rohani.

~ mengetahui dan memahami ciri-ciri seorang pengawas sekolah

~ faham akan tanggungjawab menjadi pengawas sekolah

~ Berikrar untuk menjadi pengawas yang bertanggungjawab

    
2.  Fasilitator menstruktur kelompok kecil dengan memberikan beberapa etika
kumpulan.

    a) Setiap peserta hendaklah jujur dan melibatkan diri secara aktif dalam
setiap aktiviti dan bekerjasama.

    b) Setiap peserta perlu memberi perhatian


c) Setiap peseta hendaklah menghormati antara satu sama lain, 
tidak boleh memperkecilkan, menghina, mengejek dan menilai
secara negatif pendapat/ perkongsian  ahli-ahli lain.

e) Setiap ahli hendaklah mematuhi ketepatan masa.

f) Setiap peserta diberi 1 “ Amanah”

** Fasilitator boleh mengubah aktiviti mengikut kesesuaian / kreativiti dan

keperluan keadaan.
Modul 2          :           SI BUTA SAYANG
Tempoh cadangan       :           1 jam 45 minit

Alatan : Kain tutup mata

Langkah-langkah ( cadangan )

1.  Lantik seorang ketua dan seorang pemerhati (Fasilitator).

2.  Tutup mata ahli-ahli lain dalam kumpulan (kecuali ketua).

3.  Ketua kumpulan diarahkan untuk membawa ahli-ahlinya yang buta ke


suatu destinasi yang tertentu.( bimbingan / arahan fasilitator )

4.  Hanya arahan verbal sahaja dibenarkan.  Cara memimpin terpulang


kepada kebijaksanaan ketua.

5.  Apabila balik, ketua diminta menutup mata juga dan seorang ketua baru
dilantik untuk memimpin ahli-ahli balik.

6.  Pemerhati ( Fasilitator) dikehendaki memerhatikan apa yang berlaku dan


akan membuat rumusan apabila diminta.

Perbincangan : Pengalaman setiap ahli dalam aktiviti ini.

Pengajaran :

1. Penting untuk mematuhi arahan ketua.

2. Arahan pemimpin hendaklah jelas, tepat dan mudah difahami.

3. Seorang pemimpin yang berkesan harus jujur, ikhlas dan amanah tanpa
mengambil kesempatan kelemahan orang yang dipimpin.

4. Seorang pemimpin perlu bertanggungjawab dan prihatin terhadap ahli-ahli


yang dipimpinnya.

5. Kepimpinan kita sentiasa diperhatikan oleh orang lain.

6. Adalah penting untuk pemimpin mendapatkan maklumat lengkap dahulu


sebelum membuat keputusan untuk bergerak.

** Fasilitator boleh mengubah aktiviti mengikut kesesuaian / kreativiti dan

keperluan keadaan.
AKTIVITI 3
Tempoh masa cadangan : 1 jam

Ceramah Tanggungjawab Pengawas / Ketua/Penolong Kelas


Tempoh masa cadangan : 1 jam

Taklimat – Tugas-tugas pengawas dan ketua/penolong kelas

1. Bertindak sebagai PENDEDAH


2. Bertindak sebagai PEMBIMBING
3. Bertindak sebagai BADAN PELINDUNG
4. Bertindak sebagai MOTIVASI/PENDORONG
5. Bertindak sebagai PERANCANG
6. Bertindak sebagai ROLE MODEL

Objektif : Memahami tugas yang diamanahkan sebagai pemimpin kecil di


sekolah

- Peserta kursus diminta menyalin dapatan daripada ceramah

** Fasilitator boleh mengubah aktiviti mengikut kesesuaian / kreativiti


dan keperluan keadaan.
AKTIVITI 4

WAKTU REHAT KAMI YANG TENTERAM

Tempoh masa cadangan : 1 jam 30 minit

Prosedur :

1. Peserta dikehendaki menyenaraikan tugasan pengawas


sebelum/semasa/selepas waktu rehat di dewan makan.

2. Peserta dikehendaki membuat latihan praktikal / lakonan mengawasi


keadaan di dewan makan

3. Pembentangan kumpulan

4. Penerangan / Rumusan Fasilitator

Objektif :

1. Menyedarkan pentingnya tanggungjawab pengawas bagi memastikan


kelancaran waktu rehat di dewan makan.

2. Menyedarkan besarnya tanggungjawab mereka membantu guru bagi


memastikan disiplin rakan-rakan semasa di dewan maka terkawal.

** Fasilitator boleh mengubah aktiviti mengikut kesesuaian / kreativiti


dan keperluan keadaan.
AKTIVITI 5

PERHIMPUNAN SEKOLAHKU

Tempoh masa cadangan : 1 jam 30 minit

Prosedur :

1. Peserta dikehendaki menyenaraikan tugasan pengawas


sebelum/semasa/selepas perhimpunan sekolah.

2. Semua peserta dikehendaki berlatih menjadi pengacara majlis


perhimpunan/ membaca doa/ melafazkan ikrar / mengawasi
perhimpunan

3. Peserta dikehendaki menyediakan jadual tugasan untuk perhimpunan


sekolah.

4. Pembentangan kumpulan

5. Penerangan/ Rumusan Fasilitator

Objektif :

Menyedarkan pentingnya tanggungjawab pengawas bagi memastikan


kelancaran majlis perhimpunan sekolah.

Memupuk sikap yang berani berhadapan di khalayak ramai

** Fasilitator boleh mengubah aktiviti mengikut kesesuaian / kreativiti


dan keperluan keadaan.
AKTIVITI 6

Cermin Diri

Tempoh masa cadangan : 45 minit

Bahan : Lembaran aktiviti

Objektif :

Menyedari kekuatan dan kelemahan diri sendiri

Mengubah diri menjadi lebih baik

Kaedah

Peserta dikehendaki menyenaraikan kebaikan dan kelemahan diri sendiri di


dalam borang yang disediakan

Peserta dikehendaki merenung dan memikir cara membuang tabiat yang


buruk

Rumusan fasilitator – seorang pemimpin harus memimpin diri sendiri ke arah


kebaikan sebelum memimpin orang lain

Pengawas harus mempunyai sikap yang baik agar menjadi contoh dan
teladan kepada orang lain.

** Fasilitator boleh mengubah aktiviti mengikut kesesuaian / kreativiti


dan keperluan keadaan.
AKTIVITI 7

Membina Pokok Tanggungjawab


Tempoh masa cadangan : 45 minit

Bahan/ alatan : Manila kad/ marker/ pencil warna

1. Setiap kumpulan dikehendaki berbincang mencatatkan tugas-tugas


Pengawas dan Ketua kelas/ Penolong Kelas

2. Hasil daripada perbincangan- membina pokok tanggungjawab yang


dapat mengambarkan tugas-tugas mereka sebagai pemimpin kecil di
sekolah

3. Pembentangan wakil kumpulan

4. Fasilitator membuat kesimupulan

** Fasilitator boleh mengubah aktiviti mengikut kesesuaian / kreativiti


dan keperluan keadaan.
AKTIVITI 8

REFLEKSI DIRI

Masa : 1 jam

Bahan : Kertas mahjong, marker pen

Kaedah :

Perbincangan kumpulan dapatan dari aktiviti kem

Pembentangan kumpulan

Objektif ;

Merumus pengajaran dan pengalaman dari aktiviti kem

Menjadikan pengalaman sebagai panduan untuk menjadi pemimpin cilik di


sekolah

Menyedar tentang pentingnya tangungjawab yang diamanahkan kepada


pengawas

** Fasilitator boleh mengubah aktiviti mengikut kesesuaian / kreativiti


dan keperluan keadaan.
SK TANJONG MANIS

KURSUS KEPIMPINAN
PELAJAR 2022
MODUL LDK
Rujukan

Anda mungkin juga menyukai