Anda di halaman 1dari 6

TEKS UCAPAN WAKIL PELAJAR

Assalamualaikaum dan selamat sejahtera,



Sejambak kasih titipan khas buat Tuan Pengerusi Majlis,
Yang berusaha, guru besar sk kampong chengal,En. Mohd Yasim
Yang berusaha guru penolong kanan pentadbiran En Zaharudin,,guru
penolong kanan HEM En Kamarudin, Pk Ko, En. Darus,
Yang dihormati dan dikasihi guru-guru Tahun 6,guru-guru dan rakan-rakan
seperjuangan sekalian.

Ucapan jutaan terima kasih dan rakaman penghargaan ini saya tujukan
khusus kepada pihak pengurusan Majlis Restu Ilmu UPSR 2014, kerana
memberi kepercayaan dan peluang kepada saya untuk menyampaikan
sepatah dua kata dalam majlis keramat yang dianjurkan khusus buat kami
yang akan menduduki peperiksaan UPSR, bermula pada pagi hari Selasa, 9
September 2014 Masihi bersamaan 14 Zulkaedah 1435 Hijrah sehinggalah
11 september 2014 iaitu bersamaan 16 zulkaedah 1435 hijrah yang penuh
keberkatan ini. Kesempatan pada pagi ini merupakan suatu detik bersejarah
bagi diri saya kerana dapat menyampaikan ucapan sebagai wakil pelajar
dalam majlis penyerahan ilmu ini.

Guru-guru yang dimuliakan dan rakan-rakan yang disayangi,

Meskipun saban tahun majlis seumpama ini diadakan, namun, setiap
penganjuran majlis tersebut mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Bagi
kami, Majlis Restu Ilmu seumpama ini merupakan pengalaman menarik kami
buat kali pertama, sepanjang sejarah persekolahan kami setakat ini.
Walaupun majlis kali ini agak sederhana, tetapi motif dan matlamatnya tetap
sama, iaitu upacara atau istiadat merelah, mengijazahkan dan merestui
segala ilmu dan pengalaman yang para guru curahkan kepada kami, para
pelajar. Dalam pada itu, majlis pengijazahan ilmu ini juga merupakan bukti
keikhlasan dan komitmen para guru dalam menjalankan tanggungjawab
mereka sebagai jentera pendidikan dalam menyampaikan ilmu dan
pengajaran demi masa hadapan anak bangsa.

Guru-guru yang kami sanjungi,

Kami sedar bahawa dalam usaha untuk memanusiakan manusia seperti kami,
guru-guru sering kali berhadapan dengan pelbagai karenah dan cabaran;
ada yang menyakitkan hati; ada yang menghampakan harapan; ada yang
menggembirakan; ada yang melucukan; dan ada yang menyeronokkan.
Segala pengalaman pahit manis ditelan dengan penuh sabar; sehingga kami
dapat merasakan bahawa guru-guru di sekolah ini bukan sekadar guru biasa,
malah adakalanya berperanan sebagai ibu dan bapa kepada kami; sakit
pening kami dan kebajikan kami sentiasa diambil berat; kemajuan akademik
kami dan keterampilan sahsiah kami sentiasa diberi perhatian; kerja rumah, ,
latihan pengukuhan, kelas tambahan siang dan malam hari persekolahan
juga setiap kali cuti serta pelbagai program siap diatur buat kami. Semua
tugasan kami akan diperiksa. Pendek kata soal masa depan kami sering
merungsingkan guru-guru sekalian. Selain tunjuk ajar, guru-guru turut
menjadi tempat rujukan kami untuk meleraikan kekusutan dan segala macam
perkara, termasuklah perkara-perkara yang bersifat peribadi. Guru-guru
adalah segala-galanya buat kami, terima kasih cikgu!
Sesungguhnya, kesediaan guru-guru untuk membantu kami amatlah kami
hargai dan sanjungi.

Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi guru-guru rasa nak junjung.

Cikgu, maafkan kami atas segala kebiadapan. Kami tahu kami bukanlah yang
terbaik. Cikgu, maafkan kami juga atas segala kesusahan cikgu untuk
membenamkan ilmu ke dada kami. Maafkan kami kerana cikgu tak jenuh
membetulkan sikap, sahsiah dan keperibadian kami. Maafkan kami juga
kerana seringkali menipu, membohong, kurang ajar, menidakkan sesuatu,
tidak belajar dengan bersungguh dan leka dibuai arus dunia.

Cikgu, restukanlah semua ilmu yang cikgu sampaikan. Di dalam kelas
mahupun di luarnya. Secara terus ataupun yang tersembunyi. Restukanlah
perjuangan kami semua bermula Selasa ini. Berkatilah dan halalkanlah ilmu
yang cikgu berikan. Suluh budiman yang sinarnya akan terus digunakan ke
akhir hayat.

Rakan rakan sekelian, berikanlah yang terbaik dari apa yang kalian
termampu untuk diri sendiri, keluarga, sekolah dan komuniti kita ini. Marilah
kita saling bermaafan dan berlapang dada. Moga jejak kita pada hari esok
mendapat keberkatan Allah juga.

Jangan disorok bunga kasturi,
Atas para dengan berangan,
Ilmu peneman perjalanan hari,
Mohon direstu sempurnakan perjuangan.

Terima kasih cikgu! Halalkan segala ilmu dan pengalaman yang dikongsikan.
Restuilah kami dan doakanlah kejayaan kami dalam peperiksaan UPSR yang
akan kami tempohi menjelang esok pagi.

Akhirulkalam, sebelum saya menyerahkan majlis ini kepada Tuan Pengerusi
Majlis, saya selaku wakil pelajar sekalian ingin merakamkan ucapan
setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada para guru yang
telah sudi menabur bakti demi kecemerlangan hidup kami di hari muka.
Segala jasa dan pengorbanan guru-guru tidak dapat kami balas, justeru kami
serahkan kepada Allah jua untuk membalasnya.

Dirunduk hanyalah padi
Diendang sigadis desa;
Yang baik hanyalah budi,
Dikenang hanyalah jasa.

Sekian, waillahitaufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh. Saya dengan rendah hati mohon permisi. Terima kasih.

















Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Syukur kehadrat Allah SubhanaAllah wataala, selawat keatas junjungan Nabi
Muhamad SAW. keindahan Jumaat penghuku segala hari, Rahmatnya kita
dapat bersama- sama hadir dlm majlis Restu Ilmu UPSR 2014.

Saya yakin majlis restu ilmu ini akan memberi impak besar bagi persiapan
mental, fizikal, dan sahsiah anak2 Upsr. Malahan diharapkan majlis ini
memberi keyakinan diri pada jiwa anak2 yang telah mempersiapkan diri
menghadapi Upsr secara konsisten dengan pengemblengan tenaga pengajar
yg tidak pernah putus asa atau putus harap.

Alang alang menggenggam bara,
biarlah menjadi arang,
Alang alang menenum,
biarlah menjadi kain.
Alang alang berdakwat,
biarlah sampai jadi hitam.
Alang alang mengaji biar sampai khatam,
Alang alang belajar biarlah sanpai berjaya cemerlang!
anak2Bonda guru tersayang,
Berguru ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki,
Berguru kepalang ajar,
matemtik,sains,Bi, Bm jangan tak menjadi.

Segala Ilmu, kaedah,teknik, strategi mahupun penyelesaian, telah di ajar
serta dicurahkan, kepada anak2 semua, kami seluruh warga skkc dambakan
dengan penuh kasih sayang dan harapan, agar impian ibu bapa dan warga
skkc menjadi kenyataan, moga 5A dalam genggaman.

Setidak- tidaknya bagi semua pelajar lulus penuh adalah harapan dari pihak
Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan, amanah yang perlu di galas ke dewan
peperiksaan. Oleh itu, tunjuklah kehebatan kita, buatlah sehabis baik bak
kata pepatah.
Hendak menumbuk biar dalam lesung,
Hendak bersilat, biar dalam gelanggang






Dulu celaru, sekarang sudah pandai,
Dulu keliru, sekarang sudah jelas.
Dulu kosong, sekarang sudah penuh,
Dulu tahu sedikit, sekarang tahu banyak.
DULu Bertanya sekarang boleh jawab,
Dulu di belakang, sekarang sudah ke hadapan. itulah madah utk anak2 ini
yang akan kami kembalikan ke pangkuan ibubapa.

Pelajar-pelajar yang disayangi, setelah puas ilmu kami curahkan, petua
diberi, kaedah diselitkan, selok belok mencari, menjawab, meneliti turut kami
taburkan. Hari ini kami redhakan segala ilmu dunia akhirat anak2 ini agar
menjadi pedoman dan bekal di dewan peperiksaan.
sudah tentu anak2 ini berkata:
sekarang kami jdi makmum,
Hajat hati hendak menjadi imam... Oleh itu, pimpin dan bimbinglah saat
kecemasan ini dengan kasih sayang, meneliti jadual peperiksaan, mengawal
pemakanan, memastikan keselamatan dan memantau kesihatan;
Batu yg keras air pelekuknya,
hati yg keras lidah pelembutnya,




























Ada pangkal,ada hujungnya,
ada tengah ada tepinya.
Ada mula, ada akhirnya,
Ada awal, ada penyudahnya.
Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada puan Hjh Hamidah dengan
rasa hormat gurindam kami titipkan:
Kalau kami ilmu ; tuan Gurunya,
Kalau kami rehal, tuan kitabnya.
Kalau kami harum, Tuan Kasturinya
Kalau kami cahaya tuan Sinarnya.
Bimbingan, peringatan, teguran, pemantauan dari pihak PPD khususnya
pihak Puan Hjh sendiri amat2Kami sanjungi, kami berdoa agar tuan sentiasa
dirahmati Allah atas setiap usaha tuan membantu kami.
Akhir kata, dengan iringan doa, selamat menduduki Ujian penilaian Sekolah
Rendah kepada semua anak2 Sktbr1:
Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada pn hjh Hamidah, ibubapa dan
semua pihak yg berusaha sepanjang tahun dlm menjayskan prog peningkatan
akademik khusus UPSR dan menjayakan majlis restu Ilmu. Yang terbaik
adalah rahmat Allah, kekurangan itu saya memohon ampun dan maaf
.Asslmualaikum whb.

Anda mungkin juga menyukai