Anda di halaman 1dari 1

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis

Guru Besar, Puan Sabariah binti Sapari


Guru penolong kanan 1, Encik Akmal Hisam bin Saini
PK HEM, PK KOKURIKULUM serta guru-guru dan murid2 sekalian.
Tajuk : Penjagaan Kebersihan Diri
ada yang x mandi pagi ni?
Baju kasut tudung, bersih ke comot
Yg x pakai tudung, rambut syampu x
Kuku, cuba tgk kuku, panjang ke pendek

Menjaga kebersihan diri amat penting.


mandi pada setiap hari supaya badan kita bersih serta mengelakkan daripada terkena
penyakit kulit dan berbau. Badan yang bersih akan menjadi kita sihat dan selesa.
gosok gigi sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Kebersihan gigi amat penting untuk
mengelakkan daripada kerosakan gigi serta menjadikan kita lebih berkeyakinan semasa
bergaul dengan orang ramai.
potong kuku kerana kuku yang panjang boleh menyimpan kekotoran. Kotoran yang melekat
pada kuku yang panjang itu mengandungi kuman yang boleh tersebar ke dalam badan kita
semasa kita makan. Ini akan menyebabkan kita terkena penyakit seperti cirit-birit dan
sebagainya.
jaga kebersihan rambut dengan menggunakan syampu untuk membersihkan rambut kita.
Rambut yang bersih tidak mudah dihinggapi kelemumur, kutu dan penyakit kulit kepala.
pastikan telinga sentiasa bersih kerana telinga juga boleh mengalami pelbagai penyakit jika
tidak dibersihkan dengan sebaiknya. Kita perlu membersihkan telinga sekurang-kurangnya
tiga kali seminggu dengan menggunakan putik kapas yang lembut.
Kesimpulannya, menjaga kebersihan diri amat penting kepada manusia. Oleh itu, kita
mestilah mengambil berat tentang kebersihan diri untuk keselesaan dan kebahagiaan hidup
kita.

Anda mungkin juga menyukai