Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN PERASMIAN PENUTUP (YDP MPAJ) PERTANDINGAN SEMARAK TARI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH DAERAH HULU

LANGAT 2013 TARIKH MASA TEMPAT : 3 APRIL 2013 : 8:00 PAGI : DEWAN AUDITORIUM MPAJ

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera, terima kasih diucapkan kepada pengacara majlis,

Yang berbahagia .......................................................................................................................................... Yang berusaha Puan Hajah Che Hatijah Bt Mohd Ibrahim Guru Besar Sekolah Kebangsaan Ampang Campuran. Pn.Norlia Bt Don guru penolong kanan 1, Puan Norliza Bt Akhbar guru penolong kanan Hal Ehwal Murid. Ustaz Nordin Bin Koher guru penolong kanan kokurikulum. guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian. Pertama kali marilah kita sama-sama memanjatkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-nya pada hari yang berbahagia ini dapat kita sama-sama berhimpun di dewan yang indah ini bagi menjayakan Majlis Penutupan Pertandingan Semarak Tari Sekolah-sekolah Rendah dan Menengah Daerah Hulu Langat tahun 2013.

Hadirin dan hadirat sekalian, Seni tari merupakan aktiviti yang dapat menyemai rasa kecintaan murid terhadap warisan dan budaya tari disamping melahirkan murid-murid yang seimbang dari segi jasmani,emosi,rohani mahupun intelek. Oleh itu, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak sekolah kerana telah berusaha menjayakan pertandingan sebegini yang dapat memberi manfaat dan kebaikan yang berguna kepada muridmurid sekolah sekitar PPD Hulu langat. Saya berharap program sebegini dapat dijalankan di masa akan datang tanpa ada titik noktah penghujungnya. Saya sebagai YDP MPAJ amat menyokong sepenuhnya usaha sebegini dan bersedia membantu bagi menjayakan program seumpama ini di masa akan datang.

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekelian, Pepatah melayu ada mengatakan bahawa melentur buluh biarlah dari rebungnya, pepatah melayu ini memang tepat sekali, di mana peringkat yang paling sesuai dalam membentuk dan mencorak jiwa dan keperibadian manusia untuk menjadi manusia yang berguna dan boleh diharap dalam perjuangan bangsa, agama dan negara adalah seawal usia mudanya. Sekiranya mereka dibentuk dengan acuan yang betul di peringkat ini maka kita akan mendapat hasil yang baik apabila mereka sudah besar nanti dan peringkat sebegini sangat mudah dan sesuai dalam pembentukan sahsiah murid mengikut acuan pendidiknya. Dalam peringkat sebegini anak-anak didik menerima sepenuhnya didikan kita tanpa ada sebarang bantahan dan bangkangan. Pada pendapat saya program sebegini memang kena pada tempatnya bagi mencungkil bakat yang terpendam dan mengasah bakat yang telah sedia ada dalam diri pelajar.

Murid-murid yang dikasihi sekelian, Saya berharap kepada para pelajar agar menyertai apa sahaja aktiviti dan program yang dianjurkan oleh pihak sekolah samada program yang berbentuk kurikulum mahupun kokurikulum. Dan kita jangan berputus asa sekiranya kita gagal dalam pertandingan dan acara yang dipertandingkan kerana adat perlawanan ada kalah dan ada pemenangnya. Mungkin pada tahun ini kita kalah, tetapi yakin dan percayalah pada tahun hadapan sekiranya kita berusaha dengan lebih gigih lagi insyAllah kita pula yang akan menang dan berjaya.

Hadirin dan hadirat sekalian, Saya rasa tidak perlu berucap terlalu panjang kerana kita ada agenda seterusnya iaitu penyampaian hadiah kepada pemenang, maka dengan lafaz Bismillah

hirrahmanirrahim saya dengan ini merasmikan Majlis penutupan Pertandingan Semarak Tari Sekolah-sekolah Rendah dan Menengah Daerah Hulu Langat tahun 2013. Sekian sahaja ucapan saya pada kali ini. Wabillahi taufiq wal hidayah wa salamu alaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai