Anda di halaman 1dari 4

Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, guru-guru, dan rakan-rakan sekalian.

Assalamualaikum w.b.t.

Terlebih dahulu, saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang


menyampaikan ucapan dalam majlis ini.

Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,

Saya selaku ketua pengawas sekolah, ingin merakamkan ribuan terima kasih
kepada guru-guru kerana mengadakan jamuan perpisahan pengawas sekolah dan
pengawas PSS bagi tahun 6 2017.

Sepanjang empat tahun kami memegang jawatan sebagai pengawas sekolah ini,
banyak pengetahuan yang kami peroleh. Di samping itu, kami juga dapat
menjalankan tugas sebagai pengawas sekolah dengan jayanya berkat bimbingan
para guru dan kerjasama daripada semua murid Sekolah Kebangsaan Gombak
Utara.

Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,

Saya mewakili pengawas sekolah juga berjanji akan menjadikan pengalaman


sepanjang kami menjalankan tugas di sekolah ini sebagai bekalan dan pemangkin
untuk menjadi pengawas yang lebih cemerlang dan berdedikasi sekiranya diberi
peluang memegang jawatan sebagai pengawas di sekolah menengah nanti.

Namun begitu, walaupun kami telah cuba sedaya upaya menjalankan tugas sebagai
pegawas,tetapi sebagai insan biasa, kami tidak terlepas daripada melakukan
kesalahan dan kesilapan. Oleh itu. Kami menyusun sepuluh jari memohon kemaafan
daripada semua guru atas kekhilafan kami ini.

Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, sekali lagi saya bagi pihak rakan-rakan ingin
merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung mengadakan jamuan perpisahan ini, Sebelum saya mengundur
diri, terimalah dua rangkap pantun..
Pengawas sekolah itulah kami,
Menjalankan tugas penuh dedikasi;
Jutaan terima kasih daripada kami,
Dengan jamuan perpisahan ini.

Waktu malam pelita diyala,


Pelita diletak di atas para;
Guru ibarat lilin menyala,
Jasa kalian takkan kami lupa.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai