Anda di halaman 1dari 6

SKRIP PENGACARA MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN PENGAWAS DAN PENGAWAS PSS

PUTRI Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Yang Berusaha Encik Abdul Malek bin Mohamed ,Guru Besar SK GOMBAK UTARA
Puan Junaidah binti Junus, Guru penolong Kanan Pentadbiran
Puan Zainab binti Wazir, Guru Penolong kanan Hal Ehwal Murid
Encik Dzulhisham bin Mohd, Guru penolong kanan Kokurikulum
Puan Jamaliah binti Mohd Nasir

Guru-guru Unit Disiplin,Guru-guru Unit Pusat Sumber dan rakan-rakan pengawas yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, maka kita diberikan
luangan waktu untuk kita sama-sama berkumpul di dewan yang santai ini untuk majlis Jamuan Akhir Tahun Pengawas dan
Pengawas Pusat Sumber SESI 2017.

Hadirin yang dimuliakan,

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara

Para hadirin yang dihormati,

Allah jua yang dipuji dengan lidah dan hati, kerana dengan limpah izinnya kita diberi kesempatan untuk bersama-sama meraikan
para pengawas dan pengawas pss SK GOMBAK UTARA bagi sesi 2017 ini. Bagi memberkati majlis ini, marilah sama-sama kita
menadah tangan kehambaan dengan penuh keinsafan, semoga Allah memberi ruang dan peluang bagi kelancaran majlis pada hari
ini. untuk itu, majlis mempersilakan al-fadhil ustaz Muhd Fairul Azmi bagi memimpin bacaan doa.

DIPERSILAKAN.
~~~~~BACAAN DOA ~~~~~
Mutahara Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada al-fadhil ustaz Muhd Fairul Azmi atas pimpinan bacaan doa itu tadi, mudah-
mudahan majlis kita akan mendapat rahmat dan hidayah sehingga ke penghujungnya.

Sebagai pembuka tirai bingkisan ucapan, majlis mempersilakan wakil Pengawas, Khairul Faiz…………………, Ketua Pengawas
untuk memberikan sepatah kata.
Dipersilakan.
MUTAHARA -UCAPAN KETUA PENGAWAS

Terima kasih diucapkan.

PUTERI Seterusnya, majlis dengan segala hormat mempersilakan Yang Dihormati Puan Zainab binti Wazir, Penolong Kanan HEM untuk
menyampaikan bingkisan ucapan.
Dipersilakan.

......................UCAPAN PK HEM………………………..

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Dihormati Puan Zainab binti Wazir atas ucapan itu tadi.

Mutahara Berikutnya, majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan yang berusaha Encik Abdul Malek, Guru Besar SK
GOMBAK UTARA untuk menyampaikan sepatah kata. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

......................UCAPAN GURU BESAR………………………..


Majlis setulus hati merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang berusaha Encik Abdul Malek bin
Mohamed atas ucapan itu tadi.

MUTAHARA Hadirin sekalian,

Seterusnya, majlis penyampaian sijil penghargaan kepada Pengawas tahun 6 sesi 2017.

Majlis dengan segala hormat mempersilakan Yang Dihormati Puan Zainab binti Wazir, Penolong Kanan HEM untuk mengiringi
Yang Berusaha Encik Abdul Malek, Guru Besar SK GOMBAK UTARA untuk menyampaikan sijil
Dipersilakan.
………………..SENARAI NAMA PENGAWAS TAHUN 6 ………………………………………
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada yang Berusaha tuan guru besar.

Puteri Hadirin sekalian,

Seterusnya, majlis penyampaian CENDERAHATI kepada Pengawas pss tahun 6 sesi 2017.

Majlis dengan segala hormat mempersilakan Yang Dihormati Puan Jamaliah Mohd Nasir, Penolong Kanan PETANG untuk
mengiringi Yang Dihormati Puan Junaidah binti Junus Penolong Kanan Pentadbiran untuk menyampaikan cenderahati.
Dipersilakan.
………………..SENARAI NAMA PENGAWAS PSS TAHUN 6 ………………………………………
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada yang dihormati,Puan Junaidah Junus,Penolong Kanan Pentadbiran.
Mutahara
Hadirin yang dihormati,

Sebelum kita menjamu selera, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan wakil
Pengawas, ..................................................................................................... untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Terima kasih .

Hadirin sekalian dijemput untuk menjamu selera. Dipersilakan.

PUTERI Majlis kita sampai di penghujungnya, pihak majlis mohon merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan majlis pada siang ini berlangsung dengan jayanya.

Sekian, wasssalam....wbt

Anda mungkin juga menyukai