Anda di halaman 1dari 2

UCAPAN KETUA PENGAWAS

Selamat pagi dan Salam Sejahtera saya ucapkan kepada




En Badrul Shah
Penolong Kanan Kokurikulum
Pn Bhawani
Penolong Kanan Tingkatan 6

Pn Kartini
Bagi pihak Penolong Kanan HEM

Cik Lee Har Bee
Penolong Kanan Petang

guru-guru kanan,
semua guru,
rakan-rakan pengawas; dan
rakan-rakan pelajar sekalian.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pentadbir ,guru-guru dan
rakan-rakan atas kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk memegang jawatan sebagai Ketua
Pengawas untuk sesi 2013/2014. Saya menerima lantikan ini dengan perasaan terharu dan penuh
tanggungjawab.
Ramai yang beranggapan, pemimpin mempunyai kedudukan yang tinggi dalam struktur hieraki tetapi
hakikatnya, seorang pemimpin yang sebenar sentiasa bersedia untuk berkhidmat demi kebaikan
organisasi tanpa mengira masa dan tenaga. Kepentingan organisasi didahulukan berbanding
kepentingan peribadi. Itulah definisi To lead is to serve bagi diri saya.
Sebagai ketua pengawas, saya akan menjalankan tanggungjawab saya ini dengan sebaik mungkin. Setiap
arahan oleh pihak sekolah dan guru disiplin tidak akan dipandang ringan. Hal ini amat penting dalam
membantu meningkatkan tahap disiplin sekolah. Disiplin adalah nadi sesebuah sekolah.
Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada para pengawas yang telah dilantik. Terimalah pelantikan
ini lebih dari satu pengiktirafan dari pihak sekolah. Terimalah pelantikan ini sebagai satu peluang untuk
sama-sama berjuang untuk mengharumkan nama sekolah.Bagi pihak lembaga pengawas, saya
memohon kerjasama daripada semua pihak dalam membantu menjadikan sekolah kita lebih aman ,
selamat dan berjaya sama ada dalam bidang akademik mahupun bidang kokurikulum .
Kepada rakan-rakan pelajar, janganlah menganggap pengawas sebagai musuh. Sama ada anda
pengawas , pengawas pusat sumber, ketua tingkatan ataupun pelajar biasa, kita semuanya mempunyai
misi yang sama. Tanggungjawab menaikkan tahap disiplin bukan hanya terletak di bahu guru disiplin
atau pengawas semata-mata. Kejayaan lebih senang dikecapi jika kita tidak perlu menghabiskan masa
dan tenaga menangani isu-isu disiplin yang sengaja dicipta untuk mencabar kepimpinan sekolah.
Junjunglah nama baik sekolah kita dan berusaha menyumbang kepada sekolah dalam apa jua cara yang
mampu.
Akhir sekali, saya tidak mahu menabur janji bahawa saya akan membawa satu perubahan besar kepada
sekolah. Saya sedar saya tidak mampu melakukannya seorang diri tapi saya yakin, dengan kerjasama
semua pihak, tambah pula di bawah teraju pengetua baru Pn Koh Sui Kheng, kita mampu bergerak
sebagai satu pasukan dan mengatur langkah ke arah kecemerlangan dalam semua aspek. Dengan
mendisiplinkan diri, kita dapat melaksanakan segala pekerjaan dengan jayanya.
Sekian, terima kasih
BB the Best, and the Best for BB.

Anda mungkin juga menyukai