Anda di halaman 1dari 2

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum w.bt dan selamat pagi..

Yang berusaha, tuan guru besar, Encik Abdul rahman bin Hj Abit, yang
dimuliakan Encik Muhammad Nazmi bin Rosli, Guru Penolong Kanan
Pentadbiran, Guru Penolong Hal Ehwal mMurid, Puan Hjh Dyg Aton bin
Jamadil, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Jaliha binti Lutak,
seterusnya yang dikasihi guru-guru dan rakan-rakan pelajar sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana kita dapat


berkumpul dan berhimpun di pagi yang mulia ini sempena majlis perpisahan
guru kesayangan kita Puan Nurelina selaku Guru Prasekolah SK Luagan yang
sudah berkhidmat selama 24 tahun di sekolah ini. Di kesempatan ini, saya ingin
mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua yang hadir.

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya setiap


perpisahan pasti amat menyedihkan. Apabila mengenang kembali saat-saat
ketika bersama, pasti ia akan menjadi detik kenangan paling manis yang tidak
dapat dilupakan. Hari ini, kami berasa terharu kerana kehilangan seorang guru
yang amat kami sayangi dan cintai. Pada kami, guru bukan sekadar guru, tetapi
ibarat ibu kami dalam sebuah keluarga besar yang sentiasa memimpin kami
menjadi insan yang berguna.

Para hadirin sekalian,

Saya ___________________ selaku wakil murid Sekolah kebangsaan


Luagan ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada
insan yang kita sayangi Cikgu Nurelina binti Abdullah atas ilmu yang telah
diberikan selama ini. Sesungguhnya segala ilmu yang dicurahkan amat
bermakna buat kami. Tanpa beliau, kita tidak akan kenal huruf ABC dan
nombor 123 dan kerana beliaulah kita tahu memegang pensel dengan cara yang
betul. Hanya doa mampu kami titipkan kepadamu cikgu sebagai ganti atas
segala pengorbanan dan curahan ilmu yang pernah diberikan. Semoga Allah
merahmati setiap apa yang dilakukan oleh cikgu Nurelina selepas ini dan
sentiasa diberikan kesihatan tubuh badan yang baik untuk meneruskan khidmat
bakti di sekolah baharu cikgu nanti.

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Benarlah kata
pepatah yang patah kan tumbuh, yang hilang akan berganti. Namun yang hilang
tidak akan sama walaubagaimanapun akan tetap kekal abadi. Begitulah juga
dengan perpindahan Cikgu Nurelina selepas ini tetapi memori kita bersama
tetap utuh di ingatan kami semua murid.
Sebelum mengakhiri ucapan, izinkan saya berpantun buat insan yang
kami sayangi.

Buah pauh delima batu,


Anak sembilang di tapak tangan,
Walau jauh beribu batu,
Hilang di mata di hati jangan.

Salam kemaafan kami hulurkan,


Semoga kemesraan terus berpanjangan,
Ilmu diberi harap halalkan,
Semoga perjuangan kami mendapat keberkatan.

Sekian sahaja ucapan saya selaku wakil murid. Terima kasih diucapkan sekali
lagi kepada Cikgu Nurelina dan semoga cikgu akan terus mengekalkan usaha-
usaha murni cikgu dalam membentuk sahsiah diri yang mulia kepada para
murid pada masa akan datang.

Doakan kami semoga berjaya di dunia dan di akhirat.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai