Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN WAKIL PELAJAR HARI GURU SKPP

Oleh : MOHAMMAD KAMARUL IZHAM BIN IRWAN

Teks Ucapan Wakil Murid Sempena Hari Guru 2017

Bismillah hirrahman nirrahim,

Yang Berusaha Guru Besar SK Parit Pechah, Pn. Bariah binti Mohamed, Sarjan En.
Norashikin bin ___________; Yang dihormati barisan guru-guru penolong kanan, guru-guru dan
rakan-rakan yang dihormati sekalian.

Assalammualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, Salam 1 Malaysia, Salam Mercu di


Hari Guru.

Jika hari ini, seorang Perdana Menteri berkuasa,


Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa.

Bicara saya dimulakan dengan deklamasi petikan sajak yang saya dapati dari laman
maya. Sajak tersebut kalau direnung-renungkan sememangnya mengenai guru dan jasanya.
Dalam konteks yang mendalam, saya mendapati penyajak ingin mengutarakan bahawa guru
merupakan tulang belakang utama sesebuah negara.
Sesungguhnya tanggal 16 Mei amat penting dan sangat bermakna kerana kita semua
mempunyai guru yang telah banyak berjasa kepada kita. Inilah waktu terbaik untuk kita luahkan
setinggi-tinggi rasa terima kasih, penghargaan dan penghormatan terhadap mereka yang telah
banyak berbudi kepada agama, bangsa dan juga negara.
Pepatah Melayu ada berkata Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi
orang lain, menunjukkan pengorbanan seorang guru yang bersusah payah memberi didikan
yang sempurna kepada kita semua. Tanpa guru, takkan ada insan-insan hari ini yang berpangkat
menteri, berjawatan besar, bergelar jutawan dan sebagainya.
Tema hari guru tahun ini, Guru Pembina Negara Bangsa, jika dilihat secara halus, maka
nampak dengan jelas bahawa tugas guru semakin mencabar kerana zaman dan keadaan telah
berubah maka guru sebagai agen perubahan iaitu transformasi pendidikan negara perlu memikul
semua perancangan pendidikan yang telah dirancang oleh kerajaan.
Guru jugalah yang menjadi sumber inspirasi anak watan bagi memacu aspirasi negara ke
arah wawasan 2020. Di samping itu, guru juga menjadi wadah penyemai perpaduan. Guru-guru
bertanggungjawab menanam sifat perpaduan dalam jiwa generasi muda kerana melentur buluh
biarlah dari rebungnya.
Rakan-rakan sekalian,
Segala kejayaan yang kita kecapi semalam, hari ini dan esok terletak pada tugas yang
digalas oleh insan yang bergelar guru. Tugas guru merupakan satu tugas yang mulia dan murni.
Guru telah mendidik kita dengan penuh kasih sayang tanpa rasa jemu. Maka tidak hairanlah

Tema Hari Guru 2017 iaitu Guru Pembina Negara Bangsa dalam pendidikan negara ingin
mewujudkan pendidikan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

Segala pengajaran yang diberikan oleh semua guru amat kami hargai. Akan kami
gunakan segala ilmu yang telah disampaikan untuk membina jati diri. Seterusnya, berbakti
kepada agama, bangsa dan negara tercinta.

Kami sebagai generasi muda, berjanji akan meneruskan legasi kemakmuran dan
keharmonian negara ini.

Cikgu,

Kalau tinggi Gunung Everest, tinggi lagi budimu cikgu,


Kalau dalam lautan Atlantik, dalam lagi jasamu cikgu,
Kalau harum bau kasturi, harum lagi pengorbananmu cikgu,
Terima kasih cikgu.

Sebelum saya menutup tirai, saya mewakili semua murid SK Parit Pechah ingin
memohon maaf atas segala kesalahan dan kesilapan kami dan seterusnya ingin mengucapkan
Selamat Hari Guru 2017 kepada semua guru SK Parit Pechah. Segala pengorbanan cikgu akan
kami semat dan hargai selagi hayat dikandung badan.

Sekian, wabillahitaufik wal hidayah, wasalamualaikum wbkh.

Anda mungkin juga menyukai