Anda di halaman 1dari 2

NAMA PROGRAM

: Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat.

TARIKH

: 12 September 2014

MASA

: 7.00 p.m - 10.30 p.m

TEMPAT

: Dewan Sri Kepayang, SMK Bukit Kepayang

1.0 PENGENALAN
Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat telah diadakan pada 12 September 2014 di Dewan Sri
Kepayang, SMK Bukit Kepayang. Majlis ini adalah adalah salah satu program yang dirancang
untuk memohon kepada Allah S.W.T. supaya membantu para pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5
bagi menghadapi peperiksaan PT3 dan SPM dengan lebih tenang dan yakin. Penganjuran majlis
seperti ini juga adalah sebagai salah satu usaha untuk membantu para pelajar dari segi kerohanian
selain usaha yang berterusan dari guru- guru dan semua pihak.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Memberikan kesedaran betapa perlunya memohon kepada Allah S.W.T
selain usaha kita sendiri
2.2 Dapat menyelami kekuatan dan kelemahan diri.
2.3 Memupuk rasa cinta kepada ibadah.
2.4 .Meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T.
2.5 Mengeratkan hubungan silaturrahim di antara ibu bapa, guru dan pelajar.

3.0 KUMPULAN SASARAN


Semua pelajar islam tingkatan 3 dan tingkatan 5 SMK Bukit Kepayang.

4.0 LAPORAN BERTULIS SEPANJANG PROGRAM


Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat telah diadakan pada 12 September 2014 di
Dewan Sri Kepayang, SMK Bukit Kepayang. Majlis ini telah diadakan bermula dari
jam 7.00 sehingga 10.30 malam. Semua guru, ibu bapa/penjaga dan pelajar tingkatan
3 serta tingkatan 5 yang beragama islam terlibat dengan program ini.

Majlis bermula dengan pendaftaran guru, ibu bapa/penjaga dan para pelajar.
Guru, ibu bapa/penjaga dan para pelajar diminta mengambil tempat di dalam dewan
setelah selesai sesi pendaftaran. Solat maghrib dimulakan setelah masuk waktu serta
diikuti dengan bacaan yasin. Selesai bacaan yasin, solat isyak pula diadakan setelah
masuk waktu dan diikuti dengan solat hajat bagi memohon pertolongan kepada Allah
S.W.T sebagai salah satu usaha bagi membantu para pelajar dalam peperiksaan PT3
dan SPM yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Setelah ini, para hadirin disediakan dengan sedikit jamuan ringan di dewan
terbuka SMK Bukit Kepayang sebelum majlis bersurai dan selesai sekitar jam 10.30
malam.

5.0 GAMBAR AKTIVITI

6.0 PENUTUP
Majlis yang dijalankan berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan dan
sambutan cukup menggalakkan terutamanya daripada ibubapa/penjaga. Terima kasih
yang tidak terhingga diucapkan kepada ibu bapa/ penjaga dan pelajar serta guru yang
sudi meluangkan masa menyertai majlis ini. Diharapkan lebih ramai ibu bapa/penjaga
dan pelajar yang akan turut sama menyertai majlis ini pada tahun-tahun akan datang
bagi mengukuhkan lagi ukhuwah dikalangan guru, ibu bapa/penjaga dan para pelajar
dan mengimarahkan majlis selain bertujuan untuk membantu para pelajar tingkatan 3
dan tingkatan 5 bagi memohon pertolongan Allah S.W.T sebagai persediaan
menghadapi peperiksan tidak lama lagi.

Anda mungkin juga menyukai