Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN PENGETUA TN HJ MOHD AYOB B ABD WAHAB

MAJLIS SAMBUTAN IHYA RAMADAN

Terima kasih pengacara majlis.

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahi Rabbil Alamin Wassolatu Wassolamu Ala


Ashrafil Anbiyar Iwar Mursolin Waala Alihi Wasobihi Aj’main

Yang Berusaha, En. Rashid b Abd Rahman, GPK Pentadbiran, En. Sulaiman b Basir, GPK
HEM.

Yang Dihormati guru-guru kanan mata pelajaran, guru-guru dan pelajar yang dikasihi
sekalian.

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh dan

Hadirin sekalian yang dirahmati Allah s.w.t,

Terlebih dahulu izinkan saya memanjatkan rasa kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana
dengan izin dan inayahNya dapat kita bersama-sama pada hari ini sempena Program Ihya
Ramadan peringkat sekolah.

Sesungguhnya bulan Ramadan merupakan bulan yang sentiasa dinantikan oleh umat Islam
kerana bulan ini dipenuhi dengan keberkatan dan kerahmatan Allah. Umat Islam seharusnya
menerima kehadiran Ramadan dengan penuh kegembiraan dan berusaha merebut segala
ganjaran yang dijanjikan kepada hambaNya yang berpuasa dan melakukan amal soleh.
Ibadah puasa yang telah difardhukan ini mengandungi pelbagai rahsia dan hikmah yang perlu
diketahui agar kita berupaya menghayati dan melaksanakannya dengan penuh keikhlasan.

Bulan Ramadan perlu dihayati dan dipenuhi dengan pelbagai amalan wajib dan sunat
agar kehadirannya dirasai. Matlamat akhir Ramadan bagi melahirkan insan yang bersih dari
segi rohani dan jasmani melalui ibadah puasa dan amalan sunat yang lain. Oleh itu, pihak
Makdis, Musalla Nur Iman telah mengambil inisiatif sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak
untuk menganjurkan program Ihya Ramadan demi memastikan seluruh warga SMK Seri
Kota Puteri dapat mengahayati dan berjaya merebut segala ganjaran yang dijanjikan oleh
Allah.
Program Ihya Ramadan dijalankan untuk memberi kesedaran tentang kepentingan
menghidupkan bulan Ramadhan Al-Mubarak, menyebarkan ilmu dan maklumat tentang
kelebihan ibadah puasa dan amalan-amalan sunat yang lain, memberi peluang kepada warga
sekolah menambahkan amal jariah dan menggalakkan ibadah membaca Al-Quran dalam
kalangan guru dan murid. Program Ihya Ramadan akan berlangsung sepanjang bulan
Ramadan dengan pelbagai aktiviti iaitu ceramah Awal Ramadan, tadarus Al-Quran, khatam
Al-Quran, kuiz dan pelbagai aktiviti menarik yang akan melibatkan pelajar islam dan bukan
islam.

Tahniah dan terima kasih buat pihak Makdis, Musalla Nur Iman telah menganjurkan
program Ihya Ramadan demi memastikan seluruh warga SMK Seri Kota Puteri dapat
menghidupkan bulan Ramadan dengan sebaiknya.

Sebagai pengakhir kata marilah kita renung bersama semoga ramadan ini dapat
meningkatkan iman kita.

Bulan Ramadhan Sudah Tiba,


Berpuasa Itu Tanggungjawab Kita,
Banyakkan Beramal Bekalan Di Sana,
Moga Hidup Berkat Hendaknya.

Selamat Berpuasa Kepada Semua,


Moga Amalan Kita Diterima,
Meski Harus Berlapar Dahaga,
Tak Terjangka Hebat Ganjarannya.

Sekian, Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai