Anda di halaman 1dari 2

SOALAN 1

Jika kita gagal sekali tidak bermakna gagal selama-lamanya. Sejak akhir-akhir ini isu tentang
usaha-usaha untuk mencapai kejayaan sering menjadi bahan utama untuk disiarkan dalam media
massa seperti televisyen , radio , surat khabar dan lain-lain. Hal ini demikian kerana seluruh negeri
akan mengadakan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi setiap pelajar 17 tahun di sekolah
masing-masing. Sehubungan itu, usahlah kita terlepas pandang isu ini kerana ianya penting bagi
meningkatkan semangat pelajar untuk mencapai cita-cita mereka. Pada hari ini , ramai pelajar malas
berusaha sehingga menyebabkan gagal dalam kehidupan. Contohnya , gagal dalam peperiksaan
besar dan gagal untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang baik kerana lemah dalam akademik.
Oleh itu , semua pihak harus mengambil berat tentang situasi ini sebelum nasi menjadi bubur.
Sekarang tibalah masanya untuk saya merungkaikan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk
mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM.

Pada perspektif saya yang pertama, antara usaha-usaha yang saya lakukan untuk mencapai
kejayaan dalam peperiksaan SPM ialah menyediakan jadual waktu mengulang kaji pelajaran. Hal ini
dikatakan demikian kerana pengurusan masa amatlah penting supaya saya tidak berasa tertekan
kerana belajar. Oleh sebab itu, dengan membuat jadual belajar, pelajaran saya lebih tersusun dan
mempunyai masa tersendiri untuk berseronok dan menenangkan fikiran pelajar. Sebagai contoh
dengan membuat jadual belajar, saya dapat meluangkan masa bersama-sama keluarga atau rakan-
rakan dan melakukan aktiviti senaman kerana kesihatan amat penting untuk pembelajaran. Hal ini
mengakibatkan saya lebih mudah menerima ilmu dan dapat melahirkan banyak idea untuk
menjawab soalan kemahiran berfikir aras tinggi KBAT . Bak kata pepatah badan sihat , otak cerdas.
Impaknya , kehidupan lebih tersusun akan membuatkan saya sentiasa bersedia untuk menghadapi
peperiksaan. Tuntasnya, menyediakan jadual waktu mengulang kaji pelajaran merupakan salah satu
usaha usaha yang saya lakukan untuk mencapai kejayaan.

Pada perspektif yang kedua,mengadakan perbincangan secara berkumpulan juga


merupakan usaha untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam spm.Hal ini demikian
kerana,dengan mengadakan perbincangan secara kumpulan ,saya dapat bertukar tukar
pendapat .Oleh yang demikian , dengan belajar secara berkumpulan saya akan berasa lebih
semangat dan tidak bosan untuk belajar.Sebagai contoh,dengan belajar bersama rakan rakan saya
dapat bertukar pendapat kerana setiap pelajar mempunyai pendapat yang berbeza.Serta saya dapat
meluangkan masa bersama sama rakan rakan sambil belajar.Hal ini membuatkan saya akan lebih
mudah mengingati apa yang telah dipelajari kerana belajar secara berkumpulan merupakan kaedah
pembelajaran yang berkesan danseronok.Impaknya saya akan berjaya bersama sama rakan rakan
pelajar,bak kata pepatah bersekutu bertambah mutu.Oleh itu benarlah bahawa dengan mengadakan
perbincangan secara berkumpulan merupakan salah satu usaha yang saya lakukan untuk mencapai
kejayaan.
Seperkara lagi, antara usaha-usaha yang saya lakukan mencapai kejayaan yang cemerlang
dalam peperiksaan SPM ialah menumpukan perhatian dalam kelas. Hal ini disebabkan oleh dengan
menumpukan perhatian dalam kelas saya akan lebih fokus. Oleh yang demikian, saya akan lebih
mudah faham apa yang telah dipelajari. Contohnya, soalan yang sukar dapat dijawab dengan mudah.
Ekoran daripada itu, saya mengambil masa yang singkat untuk menyiapkan setiap soalan. Bak kata
pepatah malas berdayung perahu hanyut. Benarlah bahawa jika kita menumpukan perhatian dalam
kelas kita akan mudah memahami apa yang dipelajari. Intihannya, menumpukan perhatian dalam
kelas merupakan satu usaha yang perlu dilakukan untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan SPM.

Pada perspektif yang berbeza mempelajari ilmu agama dan mengamalkannya adalah usaha
yang paling dominan untuk dilakukan sebagai seorang pelajar. Hal ini dikatakan demikian
kerana,sebagai orang islam saya perlu sentiasa mentaati perintah allah.Lebih jelas lagi,saya adalah
seorang hamba yang memerlukan pertolongan darinya dalam setiap perkara yang kita
lakukan.Misalnya,saya boleh memunaikan solat sunat hajat dan sentiasa membaca alquran agar
usaha yang dilakukan dan doa yang dipohon akan dikabulkan oleh nya.Dalam erti kata lain, setelah
kita berusaha kita perlu bertawakal kepada allah supaya apa sahaja yang diperoleh pasti ada
kebaikan yang tersirat.Sebaliknya jika tidak dilakukan,maka sudah pasti pelajar akan jauh tersasar
kerana keimanannya senipis kulit bawang menyebabkan saya berusaha tanpa berdoa dan
mengingati yang maha kuasa.Impaknya saya akan mendapat kejayaan yang diinginkan sekiranya
saya berusaha dan mengamalakan ajaran agama dalam kehidupan.Maka sudah terang lagi bersuluh
mengalamlkan ajaran agama islam adalah merupakan satu usaha saya untuk berjaya.

Kesimpulannya,terdapat banyak usaha yang boleh dilakukan oleh pelajar untuk berjaya
dalam peperiksaan.Sebenarnya kita sudah tahu isu ini namun sikap kita yang malas berubah
menjadikan isi ini berpanjangan.Oleh itu semua pihak haruslah berganding bahu untuk memastikan
pelajar berjaya dalam peperiksaan.Saya yakin pelajar hari ini amat berkualiti serta sanggup berubah
dan akhirnya impian perdana menteri untuk menjadikan pemudi tiang negara,pemuda harapan
bangsa akan menjadi kenyataan

[510 patah perkataan]

Anda mungkin juga menyukai