Anda di halaman 1dari 1

Setiap pelajar berimpian menjadi seorang pelajar yang cemerlang.

Namun bagi mengecapi impian terset


bukannya mudah tapi tidak mustahil.Kecemerlangan itu hanya dicapai jika pelajar berusaha bersungguh-
sungguh dan mempunyai azam yang tinggi untuk mencapainya.Persoalannya,apakah yang perlu saya
lakukan untuk mnejadi seorang pelajar yang cemerlang?

Langkah pertama yang saya perlu lakukan ialah dengan menetapakan jadual belajar yang tetap.Jika saya
saya mempunyai jadual belajar saya akan dapat menguruskan masa dengan baik.Malah saya dapat
memanfaatkan masa dengan baik.Oleh itu,masa tidak akan terbazir dengan sia-sia kerana masa itu
emas.Namun saya perlulah mempunyai disiplin yang tinggi agar dapat mengikut jadual waktu dengan
baik dapat tepat.Selain itu,saya mestilah menyusun jadual belajar yang efektif dan berkesan.Jadual
belajar yang dirancang haruslah bersesuai dan mengikut kemampuan diri sendiri. Melalui langkah ini
saya dapat membuat persiapan awal sebelum peperiksaan agar lebih bersedia untuk menghadapi
peperiksaan kelak.

Seterusnya,saya boleh menjadi pelajar cemerlang dengan memperbanyak aktiviti mengulang kaji dan
membuat latih tubi.Hal ini kerana untuk mahir dalam sesuatu perkara saya perlulah rajin melatih diri
agar dapat mempertingkatkan kemahiran diri.Malah saya akan lebih menguasai sesuatu topic dengan
mudah dan secara tidak langsung saya dapat membiasakan diri dengan soalan-soalan yang lazim keluar
di peperiksaan.Langkah akan memberi kesan yang ketara kerana saya mengulang kaji dan membuat latih
secara berterusan akan memastikan saya tidak ketinggalan dalam pelajaran.Bak kata pepatah sehari
selembar benang lama-lama menjadi kain.Tegasnya,langkah ini memberikan banyak manfaat kepada diri
saya.

Kesimpulannya,menjadi seorang pelajar cemerlang akan dapat menjadi memberi impak yang besar
kepada diri sendiri,keluarga,masyarkat dan Negara.Seseorang yang mengamalkan nilai cinta akan Negara
akan berusaha untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang agar dapat mengharumkan nama
Negara.Contohnya,Nur Amalina Che Bakri Berjaya mendapat keputusan yang cemerlang semasa
peperiksaann Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004 telah mengharumkan negara dengan menjadi seorang
doctor pakar bedah yang disegani di luar Negara.Oleh itu,saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk
menjadi seorang pelajar cemerlang ibarat genggam bara api biar sampai jadi arang.

Anda mungkin juga menyukai