Anda di halaman 1dari 2

Sebagai seorang pelajar cemerlang di sekolah anda, anda telah diminta untuk

menyampaikan ceramah kepada rakan-rakan anda yang bakal menduduki Ujian Akhir
Tahun Tingkatan Tiga nanti. Tajuk ceramah anda ialah "Rahsia Menjadi Pelajar
Cemerlang".Sediakan teks ceramah itu selengkapnya.

Terima Kasih diucapkan kepada pengerusi majlis. Yang berusaha Tuan Haji
Muhammad bin Abdul Ghani, pengetua Sekolah Kebangsaan Agama Sheikh
Abdul Malek, guru-guru, saf kepimpinan pelajar dan rakan-rakan yang dikasihi
sekalian. Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan. Saya ingin
berterima kasih kepada pihak majlis kerana memberi peluang kepada saya
untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk "Rahsia Menjadi Pelajar
Cemerlang".
Rakan-rakan yang dikasihi sekalian,
Seperti yang kita sedia maklum, pelajar-pelajar tingkatan tiga di sekolah
kita akan menduduki Ujian Akhir Tahun Tingkatan Tiga tidak lama lagi. Oleh itu,
mereka perlu melakukan pelbagai usaha untuk mencapai kecemerlangan
dalam peperiksaan itu. Bagi membantu mereka, saya ingin berkongsikan
beberapa rahsia yang dapat membantu mereka menggenggam kecemerlangan
tersebut. Antara rahsia untuk menjadi pelajar cemerlang termasuklah bijak
membahagikan masa. Seorang pelajar perlulah cekap dalam membahagikan
masa mereka untuk belajar dan beriadah. Hal ini demikian kerana kita juga
perlu meluangkan masa untuk beriadah seperti bermain badminton dan
berjoging untuk mempunyai badan dan minda yang sihat. Bak cogan kata,
badan sihat, otak cerdas. Seseorang yang hanya meluangkan masa dengan
mengulang kaji pelajaran sudah tentu dapat membahayakan kesihatan, sama
ada dari aspek fizikal mahupun mental. Sebagai contoh, kita dapat
menyediakan jadual belajar peribadi bagi membantu kita membahagikan
waktu belajar dan beriadah secara teratur. Ringkasnya, saya ingin menegaskan
bahawa bijak membahagikan masa amat penting untuk menjadi pelajar yang
cemerlang.
Selain itu, memberikan tumpuan ketika guru mengajar juga merupakan
salah satu rahsia menjadi pelajar cemerlang. Apabila kita fokus semasa guru
mengajar, sudah tentu kita dapat memahami sesuatu topik itu dengan mudah
dan lancar. Sekiranya tidak kita tidak memahami sesuatu topik yang kompleks
seperti mata pelajaran matematik dan sains, kita boleh bertanya kepada guru
agar tidak ketinggalan dalam sesi pembelajaran di dalam kelas. Memberi
tumpuan ketika guru mengajar juga merupakan salah satu adab menghormati
guru. Hal ini dibuktikan apabila kebanyakan pelajar yang bermain ketika guru
mengajar gagal dalam peperiksaan kerana tidak mendapat keberkatan guru.
Oleh itu, saya sekali lagi menegaskan bahawa memberi tumpuan ketika guru
mengajar adalah amat penting untuk berjaya dalam pelajaran.
Di samping itu, sentiasa mengulang kaji pelajaran juga merupakan rahsia
untuk menjadi pelajar cemerlang. Pelajar-pelajar kini gemar mengulang kaji
pelajaran pada saat-saat akhir kerana mereka berpendapat bahawa cara
tersebut merupakan cara yang terbaik. Namun, menurut kajian bahawa belajar
pada saat-saat akhir merupakan cara yang salah untuk berjaya. Hal ini kerana
kita akan terdorong untuk belajar dalam keadaan tertekan dan ilmu yang
diperolehi akan cepat hilang. Sebagai contoh, kita hendaklah meluangkan
sekurang-kurangnya satu jam sehari untuk mengulang kaji pelajaran. Pelajar-
pelajar cemerlang juga telah membuktikan bahawa kaedah ini antara kaedah
yang berkesan untuk memperoleh ilmu.
Rakan-rakan sekalian,
Akhir sekali, dorongan dan bimbingan daripada guru dan ibu bapa
merupakan antara faktor utama dalam melahirkan pelajar yang cemerlang.
Guru-guru dan ibu bapa bertanggungjawab untuk menyuntik semangat dalam
diri pelajar. Sebagai contoh, ibu bapa hendaklah sentiasa meberikan kata-kata
semangat kepada anak-anak agar kekal positif dan bersungguh-sungguh dalam
mengecapi kejayaan. Doa dan solat hajat juga merupakan aspek utama untuk
berjaya dalam pelajaran. Oleh itu, saya ingin menyatakan bahawa dorongan
dan bimbingan adalah amat penting untuk cemerlang sambil diiringi doa dan
solat hajat.
Intihanya, kita sebagai pelajar hendaklah berusaha untuk mencapai
kejayaan yang diimpikan. Bak kata pepatah kalau tidak dipecahkan ruyung
manakan dapat sagunya. Oleh itu, saya berharap agar ceramah saya dapat
dimanfaatkan oleh rakan-rakan terutamanya pelajar tingkatan tiga yang bakal
menduduki peperiksaan nanti. Saya sudahi ceramah saya dengan serangkap
pantun,

Anak raja makan sirih,


Sekian saja terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai