Anda di halaman 1dari 2

Teori – teori motivasi ini merupakan satu kaedah positif yang membantu guru

dalam proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan


kepada murid. Elemen rangsangan dan motivasi dalam pengajaran sering
digunakan guru secara tidak sedar bagi meningkatkan motivasi murid terhadap
pembelajaran. Selalunya pelajar hanya bermotivasi untuk belajar pada masa
tertentu sahaja. Oleh itu guru perlu bijak menyesuaikan teori ini mengikut tahap
pencapaian murid dan persekitaran bilik darjah sama ada persekitaran itu
meransang murid untuk belajar atau tidak.

Implikasi teori – teori motivasi kepada PdPc.

1. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan di


dalam kelas seperti peneguhan positif oleh guru samada berbentuk pujian atau
ganjaran. Contohnya sekiranya pelajar itu menjawab jawapan dengan betul maka
guru memberi peneguhan positif berbentuk tepukan beramai-ramai dan pujian.
Peneguhan positif ini merupakan satu rangsangan hasil akibat daripada
tingakhlaku murid yang menjawab jawapan dengan betul. Ia membentuk dan
memupuk suatu sikap positif murid,keyakinan dan kepercayaan murid dengan
dorongan dan motivasi kalangan rakan-rakanya dan guru di dalam bilik darjah.
Suasana ini bakan sahaja merangsang pelajar itu tetapi membentuk persekitaran
yang positif, harmoni dan sihat. Ganjaran berbentuk pelekat, duit, jajan, alat tulis
juga merupakan satu cara bagi menarik minat murid untuk belajar.

2. Guru dapat menilai pelajar dengan serta merta.

Apabila guru menggunakan kaedah motivasi dalam PdPc , guru dapat menilai
secara terus terhadap tingkahlaku pelajar itu sama ada minat kepada pelajaran
tersebut atau tidak. Maka dengan itu, guru perlu mengubah pendekatan guru
sesuai dengan tahap pencapaian murid. Contohnya, pelajar dikehendaki untuk
membina 10 ayat pendek, 3 orang pelajar hanya mampu membina 3 ayat pendek
sahaja. Maka guru digalakan memberi kata –kata perangsang dan motivasi
kepada murid agar lebih bersemangat untuk belajar walaupun tahap pencapaian
kurang memberangsangkan.
3. Hukuman atau dendaan kepada pelajar boleh menjadi satu cara yang
merangsang murid untuk belajar. Contohnya guru membuat latihan berkumpulan
mengenai sesuau topik. Sekiranya salah satu kumpulan gagal membuat latihan
itu, maka mereka akan didenda. Dendaan itu seperti nyayian lagu negaraku atau
bacaan surah alfatihah dihadapan kawan-kawan menjadikan suasana
pembelajaran itu lebih menyeronokkan dan bermakna dan nilai tambah bagi
pelajar tersebut. Hal ini, kerana dendaan itu merupakan satu perbuatan yang
menyeronokkan dan memotivasikan pelajar tersebut dan bukannya sesuatu yang
menyakitkan seperti, cacian, leteran merotan dan sebagainya.

4. Membentuk jaringan komunikasi dua hala antara guru dan murid. Komunikasi
merupakan satu cara guru dapat mengenalpasti tahap pencapaian murid.
Kebanyakkan murid yang pencapaian yag rendah mereka kurang berkomunikasi
dengan guru berbanding murid yang mempunyai pencapaian yang tinggi, mereka
mempunyai komunikasi yang baik dengan guru, bersemangat dan sentiasa ingin
bermotivasi untuk belajar.

Anda mungkin juga menyukai