Anda di halaman 1dari 3

KARANGAN 1

Antara faktor utama ialah semangat ingin berjaya dalam peperiksaan.


Apabila seseorang menanamkan semangat yang tinggi untuk
memperoleh kejayaan justeru dia akan belajar dengan bersungguh-
sungguh. Dalam hatinya dia ingin memperoleh keputusan yang
cemerlang dalam setiap peperiksaan yang dihadapinya. Dengan
adanya semangat ini dia terus berusaha dengan gigih tanpa berasa
jemu. Dia juga akan sentiasa mengulang kaji pelajaran yang telah
dipelajari mahupun yang akan dipelajari. Dia juga sering membuat
latihan-latihan yang diberikan oleh guru.
Sebaliknya pula berlaku apabila seseorang pelajar yang
langsung tidak berminat untuk mencapai kejayaan. Dia tidak akan
berminat untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Setiap kali
menghadapi pelajaran, pelajar ini akan berasa cepat jemu malah tidak
berminat langsung untuk belajar. Setiap latihan yang diberikan oleh
guru tidak disiapkannya walaupun dimarahi oleh guru.
Pelajar sekalian,
Selain itu, kejayaan akan dapat dicapai dalam peperiksaan apabila
seseorang itu rajin membaca buku. Hal ini kerana apabila pelajar itu
begitu rajin membaca buku dia akan dapat menambahkan
pengetahuannya. Pelbagai ilmu pelajaran seperti Bahasa Melayu,
Matematik, Sains, Fizik dan sebagainya akan mudah dijawab. Hal ini
kerana melalui pembacaan pelajar itu akan memperoleh satu ilmu
yang baru. Ilmu-ilmu ini boleh digunakan dalam menjawab soalan-
soalan tentang pengetahuan am.
Hadirin sekalian,
Sesungguhnya masa merupakan emas bagi seseorang pelajar. Hal ini
kerana masa memberikan kita peluang untuk belajar. Seharusnya
seseorang pelajar itu barns bijak membahagikan masa belajar, masa
berehat, masa ke sekolah, dan masa untuk tidur. Setiap masa itu amat
penting kepada mereka. Seorang pelajar tidak boleh melebihkan masa
mereka bermain. Umpamanya, seseorang pelajar itu sangat
digalakkan membuat jadual hariannya. Dalam jadual ini terdapat masa
untuk belajar, mengulang kaji pelajaran, berehat, menonton
televisyen, dan bermain. Seharusnya masa untuk belajar melebihi
masa untuk berehat. Sekurang-kurangnya 3 jam diperlukan untuk
belajar setiap hari dan selebihnya adalah masa senggang. Harus
diingat bahawa masa yang saya cadangkan ini tidak termasuk masa
ketika kita belajar di sekolah. Oleh itu semua pelajar seharusnya bijak
membahagikan masa ini.
Hadirin yang dihormati,
Kita seharusnya menghormati guru. Hal ini kerana apabila kita
menghormati guru justeru pembelajaran yang kita hadapi akan lebih
bermakna dan kita juga akan disukai oleh guru. Oleh itu pelajar yang
menghormati guru akan mendapat berkat dalam pelajarannya dan
seterusnya berjaya dalam peperiksaan.
Selain daripada menghormati guru kita juga harus menghormati
ibu bapa. Setiap pelajar harus memperoleh restu daripada ibu bapa.
Apabila pelajar menghormati ibu bapa pasti ibu bapa akan mendoakan
kejayaan untuk mereka. Anak perlu menghormati dan mentaati ibu
bapa kerana merekalah yang telah membesarkan kita semua. Tanpa
mereka berdua sudah tentu kita tidak akan lahir ke dunia ini. Namun
begitu terdapat juga pelajar yang tidak menghormati kedua-dua orang
tua mereka. Apabila ini berlaku ibu bapa akan berasa kecil hati dan
tidak mendoakan kejayaan anaknya itu. Saya amat berharap agar
semua pelajar yang berada di dalam dewan ini supaya menghormati
ibu bapa mereka.
Pelajar sekalian,
Seseorang yang ingin berjaya seharusnya mempunyai cita-citanya
sendiri. Dia boleh menanamkan cita-citanya untuk memperoleh
pekerjaan yang diingininya. Umpamanya dia ingin menjadi seorang
doktor, peguam, pensyarah, mahupun jurutera. Apabila keinginannya
ditanam di dalam hatinya, awal- awallagi dia akan menanamkan cita-
citanya di dalam hatinya. Malah dia akan belajar dengan tekun untuk
mencapai cita-cita yang dihajatinya. Dengan ini setiap apa yang
dicitakan akan tercapai jika dia berusaha dengan gigih.
Sesetengah pelajar yang cemerlang dalam SPM telah melalui
suasana pembelajaran secara berkumpulan dan perbincangan. Hal ini
kerana apabila pembelajaran dilakukan secara perbincangan lebih
mudah difahami. Banyak tajuk yang dapat dibincangkan dalam masa
yang singkat. Hal ini memudahkan pelajar untuk mengingati sesuatu
pelajaran yang telah diajar oleh guru. Mereka yang belajar secara
perbincangan juga akan memperoleh pengetahuan yang barn.
Kumpulan ini saling bekerjasama dan masing-masing berusaha untuk
memahami sesuatu topik yang dibincangkan. Apabila semua tajuk
telah dibincangkan pelajar ini sudah bersiap sedia menghadapi
peperiksaan. Sudah tentu mereka boleh menjawab soalan yang
diajukan dengan lebih mudah sewaktu peperiksaan berlangsung.
Oleh itu, diharap pembentangan teknik belajar dengan berkesan
ini dapat diguna pakai oleh semua pelajar. Hal ini kerana teknik ini
telah banyak digunakan oleh para pelajar yang berjaya sebelum ini.
Semoga para pelajar akan mencontohi semua teknik ini untuk
memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM
nanti. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai