Anda di halaman 1dari 9

Penulisan 1 : Dimensi Diri : Prakarsa Mencapai Kecemerlangan Peperiksaan

Setiap murid mempunyai cita-cita tersendiri untuk berjaya dalam hidup termasuk
mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam peperiksaan.
Huraikan langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan.
Tidak dapat dinafikan bahawa setiap murid pasti mempunyai keinginan untuk
mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Kecemerlangan ini hanya akan dapat
dicapai sekiranya murid-murid berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya.
Kecemerlangan dalam peperiksaan bukanlah sesuatu yang susah untuk dicapai
sekiranya murid itu sendiri mempunyai azam yang tinggi untuk mencapainya. Muridmurid tidak sepatutnya menganggap perkara ini sesuatu yang remeh atau mudah
kerana keputusan peperiksaanlah yang akan menjamin masa hadapan seseorang
pelajar. Oleh itu, murid-murid janganlah menyesal pada masa hadapan disebabkan
tidak dapat memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan bak kata orang
tua-tua sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. Oleh sebab itu, saya
sebagai salah seorang murid, saya harus berusaha mencapai kecemerlangan dalam
peperiksaan. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang sepatutnya saya lakukan
untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan nanti?
Langkah yang pertama yang akan saya lakukan untuk mencapai kecemerlangan
dalam peperiksaan ialah saya akan sentiasa memberikan perhatian ketika guru sedang
mengajar di bilik darjah. Apabila saya memberi perhatian ketika seseorang guru sedang
mengajar sudah tentulah sesuatu pembelajaran tersebut akan cepat diserap masuk ke
dalam minda saya. Bahkan seorang pakar psikologi pernah mengatakan bahawa lima
puluh peratus kejayaan pelajar-pelajar adalah disebabkan kerana mereka memberikan
sepenuh perhatian ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan.
Saya juga akan terlibat secara aktif ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang
dijalankan agar dapat mewujudkan suasana bilik darjah yang ceria supaya saya tidak
akan berasa bosan dan secara tidak langsung saya akan dapat mengingati apa-apa
yang disoal atau ditanya oleh guru serta apa-apa yang saya sebut atau yang saya
ulangi. Saya juga akan menyiapkan segala kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru
supaya saya akan lebih memahami sesuatu topik dan tidak ketinggalan. Saya juga
akan bertanya kepada guru-guru sekiranya terdapat sesuatu topik atau tajuk yang saya
kurang fahami kerana berdasarkan satu kajian yang telah dijalankan dan telah
mendapati bahawa kebanyakan kecemerlangan pelajar-pelajar dalam peperiksaan
adalah disebabkan oleh pelajar-pelajar yang sentiasa mengemukakan soalan-soalan
sekiranya terdapat sesuatu topik atau tajuk yang kurang difahami oleh mereka.
Tegasnya, memberi tumpuan ketika guru-guru sedang mengajar dan dengan
menyiapkan segala kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru merupakan salah satu
langkah dalam mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.

Selain itu, saya akan menguruskan masa dengan bijak dan baik. Saya akan
menyediakan jadual waktu belajar dan saya akan mengikutinya dengan tegas
sekiranya saya ingin mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Hal ini demikian
kerana berdasarkan satu kajian, jadual waktu belajar dapat membantu para pelajar
menguruskan masa secara berkesan supaya mereka akan mempunyai masa yang
mencukupi untuk mengulang kaji pelajaran dengan lebih menyeluruh dan bersiap sedia
untuk menghadapi peperiksaan. Malah, jika saya mengikut jadual waktu belajar yang
telah saya tetapkan dengan apabila peperiksaan sudah hampir kerana peribahasa
menyatakan bahawa sediakan payung sebelum hujan. Tambahan pula, kebanyakan
pelajar yang berjaya biasanya terdiri daripada pelajar-pelajar yang telah membuat
persiapan awal. Manakala, pelajar-pelajar yang tidak membuat persiapan awal kerana
mereka terlalu leka membuang masa dan tidak berpegang kepada pepatah masa itu
emas dan masa yang lalu tidak akan kembali maka mereka tidak dapat
menghabiskan semua tajuk-tajuk sebelum tiba peperiksaan. Jelasnya, pengurusan
masa yang cekap akan memberi saya masa yang cukup untuk membuat persediaan
awal supaya saya dapat mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan yang akan saya
duduki nanti.
Pada waktu yang sama, untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan, saya
akan membuat lebih banyak latihan dan saya juga akan mengulang kaji pelajaran
secara berterusan. Ungkapan yang dipetik daripada Bahasa Inggeris iaitu, practice
makes perfect. Kalau ungkapan ini ditukarkan ke dalam Bahasa Melayu, maka
ungkapannya akan menjadi, praktis asas kecemerlangan. Kedua-dua ungkapan ini
membawa maksud yang sama iaitu jikalau seorang itu membuat latihan yang banyak
maka dia akan mencapai kecemerlangan dalam hidup. Saya akan membuat latihan
bagi setiap mata pelajaran setelah selesai mengulang kaji sesuatu topik. Hal ini kerana
saya akan lebih menguasai sesuatu topik dan secara tidak langsung saya akan biasa
dengan jenis-jenis soalan yang akan ditanya dalam peperiksaan. Saya juga akan
membuat ulang kaji secara berterusan bak kata pepatah sehari selembar benang,
lama-lama menjadi kain dan sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Saya akan belajar
bersungguh-sungguh dan saya akan membuat ulang kaji secara berterusan untuk
memastikan saya tidak akan ketinggalan dalam pelajaran dan terutamanya dalam mata
pelajaran sains. Tegasnya, saya membuat lebih banyak latihan dan jika saya
mengulang kaji pelajaran secara berterusan, pasti saya akan mencapai kecemerlangan
dalam peperiksaan nanti.
Seterusnya, saya akan mengikuti kelas tuisyen. Jika saya segan bertanya guruguru di sekolah, bolehlah saya bertanya kepada guru-guru yang mengajar di kelas
tuisyen tetapi saya juga perlulah menghapuskan perasaan segan bertanya kepada
guru-guru di sekolah kerana bak kata pepatah malas berkayuh perahu hanyut, segan
bertanya sesat jalan. Malahan, jika saya tidak memahami sesuatu topik yang diajar
oleh guru-guru di pusat tuisyen, maka bolehlah saya bertanya kepada guru-guru yang
mengajar di kelas tuisyen. Tambahan pula, jika terdapat sesuatu topik itu diajar dua kali,

maka saya akan mudah ingat dan saya juga akan menguasai sesuatu topik itu.
Contohnya, di sekolah yang diajar topik yang sama yang telah diajar di pusat tuisyen
terlebih dahulu, maka saya akan lebih faham. Di samping itu, saya juga boleh mengikuti
program di sekolah kerana ini juga membantu saya untuk mencapai kecemerlangan
dalam peperiksaan. Saya akan menyertai segala program-program yang telah
dianjurkan oleh pihak sekolah seperti Minggu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris,
Teknik Menjawab Soalan-soalan dan lain-lain lagi. Sekiranya saya menyertai dalam
program-program yang dianjurkan oleh pihak sekolah, saya akan didedahkan dengan
jenis-jenis soalan dan latihan yang kerap kali akan ditanya dalam peperiksaan.
Jelasnya, penyertaan saya dalam program-program sekolah dan mengikuti kelas-kelas
tuisyen merupakan salah satu langkah bagi saya untuk mencapai kecemerlangan
dalam peperiksaan.
Langkah yang berikutnya ialah saya akan bersikap sabar, tabah dan tidak mudah
putus asa. Saya tidak akan dapat cepat mengalah apabila saya gagal dalam sesuatu
buat kali pertama dan kedua, malah saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk
lulus dalam sesuatu perkara kerana saya berpegang pada prinsip, gagal sekali tidak
bermakna gagal selama-lamanya. Saya juga akan tabah apabila terdapat apa-apa
masalah atau cabaran yang saya hadapi. Seseorang yang ternama pernah menyatakan
bahawa jika seseorang itu berjaya dalam hidupnya, tentu dia telah memenuhi
kegagalan beberapa kali kerana untuk mencapai sesuatu tentu ada kekangan yang
akan kita tempuhi. Contohnya, jika saya gagal mendapat penyelesaian untuk sesuatu
soalan, saya tidak akan putus asa, malah saya akan mencuba beberapa kali sehingga
saya mendapat penyelesaiannya. Tegasnya, saya perlu bersikap sabar, tabah dalam
menghadapi halangan dalam mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan dan saya
tidak akan mudah putus asa untuk memperoleh kecemerlangan dalam peperiksaan.
Akhir sekali, saya juga akan mematuhi segala nasihat daripada kedua-dua ibu
bapa saya dan saya juga akan sentiasa berdoa kepada Tuhan. Kata orang tua-tua,
Tuhan hanya akan menolong dan memberkati hidup anak yang taat kepada ibu bapa,
Kenyataan ini pasti benar kerana orang-orang tua mempunyai lebih banyak
pengalaman. Saya akan sentiasa patuh pada nasihat dan asuhan ibu bapa kerana saya
sedar bahawa syurga terletak di telapak kaki ibu. Misalnya, ibu bapa saya akan selalu
menasihati saya untuk belajar bersungguh-sungguh. Oleh itu, saya akan berusaha
secara gigih untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang. Segala doa dan dorongan
ibu bapa, saya tahu walaupun betapa tabah atau bijak mana saya sekali pun, saya tidak
mungkin dapat memperoleh kejayaan yang cemerlang yang saya ingini tanpa doa,
restu dan dorongan daripada kedua-dua ibu bapa saya. Malah, saya juga akan sentiasa
berdoa kepada Tuhan supaya saya tidak akan jatuh sakit pada hari peperiksaan kerana
manusia hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan segala-galanya.
Jelasnya, untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan, saya perlulah mematuhi
segala nasihat kedua-dua ibu bapa saya dan saya juga akan sentiasa berdoa dan
bersyukur kepada Tuhan atas segala pemberian-Nya.

Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah saya simpulkan bahawa untuk


mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan, saya perlulah mengikuti langkah-langkah
yang telah saya tulis dalam perenggan di atas. Saya perlu mencapai kecemerlangan
dalam peperiksaan agar masa depan saya tidak gelap tetapi terang dengan cahaya
iaitu kejayaan. Kejayaan dalam peperiksaan adalah diibaratkan pelita yang menjadi
penyuluh kepada kita pada malam-malam yang gelap-gelita. Tanpa kecemerlangan
dalam peperiksaan kerana ini akan menentukan masa depan kita, kita akan hidup
teraba-raba dalam kegelapan. Oleh itu, saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk
mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan ibarat genggam bara api biar sampai
jadi arang.

KOSA KATA DAN UNGKAPAN MENARIK


1.Aspirasi-hasrat
2. Inferens-kesimpulan

3. Sambil menyelam minum air-mendapat dua faedah dalam satu masa yang
sama.
4. Ilustrasi-gambar
5. Bitara-tiada tandingan
6. Acap kali-sering
7. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.-berfikir semasakmasaknya
8. Konkurensi-persaingan
9. Penawar yang paling mujarab-cara paling berkesan
10. Menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak.-berhati-hati
dalam setiap tindakan
11.Memanifestasikan fikiran - Menggunakan idea dengan sebaik-baiknya
12.Menukilkan kata-kata - Menulis / bercakap sesuatu
13.Memberikan impak - Mengakibatkan / menyebabkan
14.Rentetan senario itu - Selepas fenomena itu
15.Jika ditelusuri - Jika dikaji secara mendalam
16.Penyalur ilmu - Pemberi banyak pengetahuan
17.Alaf baharu - Masa terkini
18Mutakhir ini - Pada masa kini
19.Seantero dunia - Seluruh dunia
20.Menikam sanubari - Merosakkan perasaan
21.Meluaskan horizon pemikiran - Meluaskan pandangan / pemikiran
22.Menggabungjalinkan elemen - Menggunakan pelbagai aspek
23.Merangsang ekonomi - Mengaktifkan proses jual beli
24.Lebih intelektual dan berketerampilan - Lebih bijak dan berkebolehan
25.Simbiosis - Dua benda yang saling berkaitan
26.Masih bermain dengan fantasi - Berkhayal / bermenung / tidak berfikiran matang

27.Mendabik dada - Kesombongan akibat kejayaan / keangkuhan


28.Mengkodifikasikan undang-undang - Menyelaras undang-undang / peraturan
29.Kestabilan spiritual dan fizikal - Keseimbangan rohani dan jasmani
30.Mekanisme kawalan - Alat / aspek yang mengawal sesuatu
31.Pandangan sarwa - Pemikiran biasa / umum
32.Anjakan paradigma - Perubahan demi kemajuan atau kebaikan
34.Relevan dengan kehendak zaman - Diterima dengan perubahan dari semasa ke
semasa
35.Landasan berfikir - Cara berfikir
36.Masyarakat konvensional - Masyarakat umum / biasa
37.Mengaibkan diri - Memalukan diri
38.Alma mater - Sekolah / universiti / tempat pelajar
39.Kemapanan fikiran - Keteguhan cara berfikir
40.Alpukah - Daya usaha / inisiatif
41.Bacul - Tidak bersemangat
42.Badai kehidupan - Cabaran hidup
43.Inteligensia - Kumpulan manusia yang pandai
44.Bukti yang konklusif - Bukti yang kukuh
45.Praja - Kota / negeri
46.Prakarsa - Inisiatif / daya usaha
47.pramusaji - Pelayan tetamu di restoran
48.Rutin harian - Kerja yang biasa dilakukan dan sehari-hari
49.Nawaitu diri - Keinginan diri
50.Narsisistik - Terlalu memuji diri sendiri
51.Privasi - Keadaan atau suasana bersendiri tanpa sebarang gangguan
52.Pentas siasah - Dunia politik
53.Polemik - Bahas / debat / konflik

54.Melikwidasikan - Membubarkan / memansuhkan


55.Falah - Kejayaan / kemenangan
56.Interpretasi - Tafsiran / penjelasan
57.Bersilengah - Bersikap tidak tahu
58.Siber-berkaitan dengan komputer dan internet
59.Optimum-kedudukan/paras yang terbaik
60. Dunia tanpa sempadan-globalisasi
61. Pornografi- unsur-unsur lucah
62. Katak di bawah tempurung-ketinggalan
63.Global-sejagat
64.Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannyaanak-anak
dipengaruhi sikap ibu bapa yang mencorakkannya
65. Kudsi-suci
66. Api dalam sekam-sesuatu yang berlaku secara diam-diam
67.Usia yang baru setahun jagung dan darah setampuk pinang-masih terlalu
muda
68.Kemaslahatan-faedah
69. Cendekiawan-golongan cerdik pandai
70. Konvensional-umum
71.Alah bisa tegal biasa-menjadi kebiasaan
72. Menyimpang seinci,rugi seribu batu-kerugian yang berganda akibat kesilapan yang
kecil
73.Kriteria ukuran untuk menentukan nilai sesuatu
74. Ghalibnya-lazimnya
75.Sudah terang lagi bersuluh-telah benar-benar jelas
76. Masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri-tidak memberi kesan

7 7.Hangat-hangat tahi ayam-bersifat sementara/tidak kekal.


78.Menyayat hati-memilukan
79.Sejenak-seketika
80.Menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berselerakberhati-hati
81.Delinkuen-tidak mematuhi peraturan.
82.Malang tidak berbau-nasib buruk boleh terjadi tanpa diduga
83.Modus operandi-cara
84.Akar umbi-peringkat awal/peringkat dasar
85.Hedonisme-mementingkan hiburan.
86.Era kontemporari zaman moden
87.Menangguk di air keruh-mengambil keuntungan
88. Ironinya-kesannya.
89.Konsentrasi-tumpuan
90.Jalan mudah-cara senang
91.Baling batu sembunyi tangan-tidak mahu bertanggungjawab
92.Alternatif-usaha yang menjadi pilihan
93.Risiko-masalah
94. Sampel-contoh
95. Fobia-takut
96.Nasi menjadi bubur-terlambat.
97. Izharnya-jelas
98.Drastik-segera
99.Berkompromi-bertolak- ansur
100.Kesiagaan-keaaan bersiap sedia
101. Enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing-mementingkan diri
sendiri

102.Obses-asyik
103.Peri pentingnya-keutamaan
104.Cerucuk pembangunan negara-nadi kemajuan negara/tiang utama
105.Kestabilan spiritual dan fizikal-keseimbangan rohani dan jasmani
106.Otak yang cerdas itu datangnya dari badan yang sihat.-tubuh yang sihat
membolehkan seseorang
berfikir secara bijak dan rasional
107.Meniupkan api semangat memberi dorongan
108.Jika ditelusuri-jika dikaji secara mendalam
109.Onak dan duri-pelbagai rintangan
110.Di mana ada kemahuan di situ ada jalan-sekiranya menginginkan sesuatu pasti
ada caranya.
111.Meluaskan horizon pemikiran-meluaskan panangan/pemikiran

Anda mungkin juga menyukai