Anda di halaman 1dari 2

7 Tips belajar untuk Pelajar SPM

Posted on October 30, 2010 by cikgu malaysia

Sign up, like and share Sold.my and stand a chance to win the NEW iPad! #soldmy

26Share
Seperti yang kita tahu, tak lama lagi akan ada peperiksaan besar SPM. SPM ialah Sijil Pelajaran Malaysia dan kita semua tahu inilah antara salah satu sijil paling laku kat Malaysia nih. Kalau ada SPM, korang dah boleh kerja kat macam-macam tempat samada dalam kerajaan ataupun swasta. Malah, SPM juga menjadi penanda aras untuk para pelajar melanjutkan pelajaran mereka dibidang yang lebih tinggi seperti Matrikulasi, Tingkatan 6, Diploma dan juga yang lain-lain. Yang penting, mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam SPM. Di sini aku kongsikan tips belajar untuk para pelajar SPM yang sedang giat menggandakan usaha untuk mendapatkan result yang cemerlang dalam SPM nanti. Mungkin ianya bukan tips yang terbaik dan ini juga apa yang pernah aku lakukan ketika menghadapi peperiksaan penting ini. 1. Pastikan para pelajar sudah ada nota maut masing-masing. Maksudnya, korang sudah ada sediakan nota-nota penting yang korang boleh ulangkaji pada bila-bila masa. Boleh baca kat dalam kereta, dalam bas dan ketika menunggu bas atau komuter. Pastikan ada nota kecil dalam beg korang. Tak perlu besar atau pun buku yang tebal-tebal. Memadai jika nota itu terisi isi-isi penting yang mempunyai kata-kata kunci yang mampu membuatkan korang ingat apa yang pernah korang belajar sebelum ini. Terutamanya dalam mata pelajaran Sejarah, Geografi, Pendidikan Islam dan lain-lain. Subjek macam ini, memang banyak benda yang kena hafal dan ingat. Teringat dulu masa belajar, semasa tunggu bas, baca nota tentang Hitler dan sebab-sebab yang menyebabkan berlakunya perang dunia kedua. Alhamdulillah, dapat A1 masa SPM dulu subjek sejarah. Hehe.. 2. Oleh kerana waktu dan singkat, tinggal 23 hari sahaja sebelum korang melangkah ke dewan peperiksaan. Pastikan korang buat banyak latih tubi soalan-soalan SPM yang pernah keluar 5 tahun lepas. JIka boleh, 10 tahun lepas. Dah buat semua, ulang semula banyak kali. Ulang latih tubi ni sampai korang rasa buku latihan korang tu dah lebih nipis berbanding ketika korang baru beli. Bagi soalan objektif, ini merupakan salah satu cara yang agak efektif untuk melatih memori korang mengingat soalan dan jawapan. Sampai satu tahap, korang tengok jawapan pun, korang boleh tahu A atau B jawapannya. Tak payah tengok soalan dahh..

Time to save on a dream getaway. Time for #MyImart 3. Jika korang tak pandai dalam sesuatu topik, tanya kawan korang yang mahir dalam subjek tersebut. Memandangkan masa dah singkat, ini antara satu cara yang paling cepat untuk membuatkan korang faham sesuatu subjek. Terutamanya subjek-subjek yang memerlukan korang faham sesuatu subjek itu dengan lebih mendalam. 4. Buat study group. Jangan ramai-ramai. Biar dalam satu group tu ada dalam 5-6 orang. Kalau terlalu ramai, buat team. Dalam team tersebut, pecahkan kepada beberapa group kecil yang ada 3-4 orang. Ini lebih afdal dan buat presentation untuk sesebuah subtopik bagi sesuatu mata pelajaran. Malah, ini juga boleh bantu korang cover semula subjek tingkatan 4 dan tingkatan 5 tak sampai 1 minggu. Itupun jika

korang buat setap hari. Ini antara cara paling cepat untuk ulang-kaji dan cara yang paling efektif untuk mengenal pasti subtopik mana yang korang bebal. Lepas ni, dah boleh recover balik mana-mana yang patut. Kalau tak faham, rujuk semula tips nombor 4. 5. Banyakkan solat dan bersedekah. Aku tahu mungkin ada yang masih tak pernah solat dan mungkin ada yang tinggal sana sini. Ada orang kata, bila nak exam, barulah nak kenal tikar sembahyang. Tapi ianya lebih baik korang buat daripada terlambatkan? Yang tak pernah buat, buatlah sekarang sebelum terlambat. Ini mungkin salah satu cara nak mengenal diri kita sendiri dan kelemahan kita. Mendekatkan diri kepada Allah. Walaupun pada mulanya mungkin niat untuk lulus exam dengan cemerlang tapi ianya mungkin akan jadi pemangkin yang baik untuk jadi pelajar yang lebih beriman dan cemerlang. 6. Maafkan semua orang dan minta maaf dengan sesiapa yang korang rasa pernah terguris dengan apa yang korang pernah lakukan. Takut-takut ada orang menyumpah korang atau doakan perkara tak baik pada korang semua. Ini antara perkara yang utama tapi ramai yang orang ambil rendah. Minta maaflah dengan guru-guru sekolah dan juga ibubapa korang. Masih belum terlambat bukan? 7. Tawakal dan bersangka baik. Memang bagus kalau kita yakin. Tapi jangan terlampau yakin. Dan jangan lupa untuk bersangka baik dalam setiap apa yang kita lakukan. Pasang niat yang elok-elok. Moga-moga korang dapat capai cita-cita korang semua. Terakhir, bertawakal dan berserah. Kita buat apa yang patut dan sentiasa berdoa yang kita akan dapat keputusan yang baik dan cemerlang. Itu sahaja yang dapat aku kongsikan. Mungkin tak banyak tapi aku harap ianya akan membantu para pelajar SPM untuk lebih gigih belajar untuk menghadapi ini. Aku harap lebih ramai pelajar dapat A dan dapat pergi belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Ps: Teringat dulu, selalu tak tidur malam sebab nak belajar. Aku tahu tak berapa elok. Tapi ini yang aku selesa dan alhamdulillah, dapat keputusan yang memberangsangkan sekaligus mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih baik dan lumayan.

Anda mungkin juga menyukai