Anda di halaman 1dari 15

Assalamualaikum Wabarakatuh.

warahmatullahi

Sebelum saya mulakan ucapan saya pada pagi yang berbahagia ini, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada 60 orang pelajar yang telah dipilih untuk mengikuti Kursus Imam dan Bilal Muda 2010 pada Hari Jumaat dan Sabtu lepas. Saya bagi pihak Pengurusan SMKPB juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Penganjurnya iaitu Unit Bina Insan di bawah pimpinan GPK HEM Encik Mohamed bin Che Ibrahim dan Penyelaras Program Puan Norihan binti Ahamed dan AJK nya serta fasilitator-fasilitator yang terlibat dengan program ini. Semoga usaha yang dijalankan itu mendapat keredhaan Allah. Guru-guru dan Pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian, Pada Hari rabu yang lepas saya telah memperkatakan tentang visi sekolah. Hari ini saya akan memperkatakan tentang misi pula. Saya ingin ulangi VISI SMK PAYA BESAR ialah Menjadikan SMK Paya Besar GEMILANG Antara Sekolah Harian Biasa Pada tahun 2013. Bagi mencapai visi ini tujuh perkara telah digariskan sebagai misi sekolah. 1.Kegemilangan Akademik melalui Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan. 2. Kegemilangan Sahsiah melalui Program Bina Insan yang Efektif. 3. Kegemilangan Kokurikulum melalui Pendekatan Inovatif. 4. Kegemilangan Pengurusan Sekolah. 5. Tahap Keselamatan, Kebersihan dan Kecerian yang Maksimum. 6. Hubungan Komuniti yang Berkesan. 7. Bekerja Sebagai Ibadah. PERSOALANNYA? Bagaimana misi yang digariskan itu boleh kita capai. Ingat! Visi yang hendak dicapai ialah Gemilang bukannya Cemerlang. Gemilang berada pada satu tahap yang lebih tinggi dari cemerlang tetapi berada pada satu tahap yang lebih rendah dari terbilang Hari ini saya akan memperkatakan misi yang pertama iaitu Kegemilangan Akademik

melalui Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan. Ada dua ungkapan penting dalam misi tersebut iaitu Kegemilangan Akademik dan P&P Berkesan. Bagaimana kita hendak merealisasi ungkapan tersebut.? Sekarang, rata-rata orang bercakap tentang KPI , iaitu Key Performance Indicator atau dalam bahasa Melayu disebut Indeks Penunjuk Kejayaan. Bagi mencapai misi tersebut, saya rasa KPI yang boleh ditetapkan dan saya yakin guru-guru dan juga pelajar pelajar bersetuju dengan saya iaitu KPI nya ialah guru mengajar dan murid belajar. Memandangkan KPI mesti dalam bentuk yang boleh dihitung atau dikira dan setiap mereka yang terlibat mesti mempunyai KPI masing-masing saya kira KPI bagi guru mungkin, menghabiskan satu-satu topik dalam jangkamasa tertentu atau memberikan jumlah soalan tertentu bagi dijawab oleh pelajar dan bagi pelajar pula KPI nya mungkin ialah menyiapkan kerja yang diberikan dalam tempoh masa tertentu atau menjawab jumlah soalan tertentu dalam masa tertentu. Bagaimana kita hendak mengetahui sama ada P&P itu berkesan atau tidak? Sudah tentu kita akan lihat berdasarkan kepada ujian atau peperiksaan sama ada yang dijalankan oleh pihak sekolah iaitu ujian bulanan atau topical , atau yang dijalankan secara berpusat iaitu Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun . Dan yang lebih penting lagi ialah keputusan yang dicapai dalam Peperiksaan Awam iatu PMR bagi Tingkatan Tiga, SPM bagi Tingkatan Lima dan STPM bagi Pelajar Pra Universiti. Lantaran itu saya rasakan KPI yang paling sesuai bagi seorang guru ialah ETR yang perlu dicapai bagi mata pelajaran yang diajarnya dan bagi pelajar pula ialah Target bagi mata pelajaran yang diambilnya. Perlu diingatkan bahawa kegemilangan yang hendak dicapai adalah berbeza bagi seseorang individu. Bagi seorang pelajar yang selalu mendapat E dalam mata pelajaran matematik misalnya. Kegemilangannya mungkin ialah jika dia boleh mencapai C atau B dalam peperiksaan Akhir Tahun bagi pelajar Tingkatan 1, 2 atau PMR bagi pelajar tingkatan 3. Saya rasa kita boleh fikirkan sendiri apakah KPI yang sesuai bagi kita. Wabilahi Taufik Wal Hidayah , Wassalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh.

Terdetik di hati nak berkongsi pengalaman menguruskan calon peperiksaan PMR selepas terbaca entry Chekgu Naman : Mengawas atau Mengajar PMR. Dengan 2 senario calon semasa menjawab, bila membaca membuatkan aku tersenyum. Macam tu lah calon PMR sekolahku. :D

Aku sememangnya tak pernah lagi ada pengalaman mengawas PMR, sebabnya yang dipilih untuk mengawas PMR ialah yang tidak berkepentingan di sekolah, maksudnya hanya mengajar kelas tingkatan 3 sahaja, sedangkan aku? Memang mesti menyelit mengajar kelas lain gak. Tahun lepas, dapatlah aku cari pengalaman dan duit extra mengawas SPM tapi tahun ni aku resign, tak sanggup aku melawan mental dan emosi aku mengawas selama berjam. Oh tidak!! Walaupun bayaran lumayan sekalipun, ai tak sanggup! Bukan boleh update blog time mengawas tau! Lebih sayangkan rambut daripada menduduki PMR Tahun lepas, aku Penyelaras Peperiksaan Tingkatan 3, so, akulah yang menguruskan Calon PMR 2009 masa tu membantu SU Peperiksaan. Tahun lepas, kena pulak pada Hari Kedua, ada seorang calon ni, datang untuk ambil peperiksaan, rambut panjang tajam2 macam Son Goku...kuku panjang macam dracula...memang ngeri, seb bek muka hensem... Disebabkan rupanya yang sangat mengerikan tu, kami hanya nak gunting rambut, dan suruh potong kuku supaya boleh masuk dewan utk periksa...walhal boleh je masuk kan? tapi sebab disiplin dan kekemasan tu penting lagipun malu la gak dengan pengawas yang datang sekolah kami. dia ni budak yang memang lama tak datang sekolah, alih2 datang nak amek peksa pada hari ke2 PMR 2009....dia rela simpan dr dipotong, then dia boleh terus balik ke rumah macam tu je. Terpaksa lak aku, kaunselor, dan guru bertugas ke rumah dia untuk menerangkan kepada ibubapa dia, sebab mana tau, kang lain pulak cerita disampaikan.

Mandi wajib = Mandi dua kali sehari? Ni kisah yang tahun ni punyer paper Pendidikan Islam kalau tak silap aku. Pengawas yang datang mengawas sekolah aku bercerita pada cikgu sekolah aku, dan aku pun mendapatlah cerita ni. Ada ke patut Mandi Wajib ialah mandi dua kali sehari? Ni laaa akibatnya kalo datang sekolah taknak, dan bila ustaz/ustazah ajar kat depan tak nak dengar. Ingat lagi, tahun lepas, masa mengawas pelajar kelas terakhir untuk Ujian Bulanan, kertas Agama Islam, kertas jawapan diorang memang kosong, hanya salin jawapan balik. Disebabkan diorang memang tak boleh nak jawab, aku pulak yang berbincang jawapan dengan mereka. Ops, aku bukan memberi jawapan, hanya suruh mereka berfikir dan sedar bahawa mereka mampu menjawab, bukannya terlalu bodoh untuk menjawab. Tapi rata-rata nampak kalo kelas hujung ni, jenis tak faham bahasa..tak tahu apa yang dikehendakisebab tu laaa tak tahu apa salah, apa yang betul.

p/s: PMR dah nak mansuh, kurang sumber rezeki hukhuk

Semasa di sekolah menengah,stesen untuk menguji anda yang kedua selepas UPSR adalah PMR. Ketika umat Islam sedang merayakan Hari Raya Aidilfitri,ada juga sesetengah pelajar yang berdebar-debar untuk menghadapi peperiksaan PMR yang akan berlangsung dalam bulan September ini. Bagaimana dengan persediaan anda? Saya yakin semua pelajar Form 3 di seluruh negara sudah bersedia untuk menghadapinya. Istilah Study Last Minute. Sebenarnya saya tidak percaya langsung pada istilah ini. Jika anda masih samar-samar apakah yang dimaksudkan dengan kosa kata ini,biar saya jelaskan mengikut pandangan saya.. Istilah ini merujuk pada pelajar yang menelaah pada ketika saatsaat akhir sebelum sesuatu ujian/peperiksaan diadakan. Mengapa saya tidak mempercayainya? Bagi saya,seseorang pelajar itu akan belajar dengan kemahuan sendiri sekiranya dia tahu bahawa dia akan mengambil sesuatu peperiksaan yang telah ditetapkan. Pelajar yang mempunyai cita-cita yang jelas dan bertanggungjawab terhadap masa depan dirinya akan berusaha untuk memperoleh kejayaan dengan peperiksaan itu kerana dia tahu,keputusan ujian itu akan mencorakkan masa depannya.

Bagaimana pula dengan pelajar yang tidak study langsung? Saya tidak nafikan,ada segelintir pelajar yang kita lihat seperti tidak study dan masih bermain walaupun peperiksaan sudah hampir. Apa yang saya perhatikan,perkara begini terjadi di sekolah luar bandar, dan beberapa sekolah yang terletak di bandar. Mereka ini bukan tidak mahu study,tetapi beberapa factor menyebabkan mereka menjadi begitu. Saya tidak akan huraikan factor itu di sini. Kepentingan PMR ini adalah untuk menilai anda separuh jalan dan juga untuk menentukan anda ke mana untuk belajar ke menengah atas. Anda boleh memilih untuk ke Sekolah Teknik Vokasional,Sekolah Integrasi,Sekolah Swasta,Sekolah Kluster dan berbagai jenis lagi. Tepuk kepala,tanya result PMR anda lah.. Baiklah,untuk pelajar yang bertanggungjawab pada masa hadapan anda sendiri. Di sini ada beberapa tips untuk anda menelaah di saat akhir. Saya yakin dan pasti anda sudah mempersiapkan diri anda untuk menghadapi PMR yang bakal menjelang tidak lama lagi. Terus terang saya katakan,PMR itu mudah. Mengapa? Sebab saya dah laluinya..jika saya ditempat anda sekarang atau ketika Form 3 dahulu pun saya kata Susahnya PMR hoho. Tumpuan Pada Bab Yang Anda Tidak Kuasai Jika anda merasakan ada bab-bab yang masih tidak kuasai dengan sepenuhnya,maka tumpukan lebih pada hal itu. Buat sehingga anda rasakan sudah lekat di dalam ingatan anda. Atau bahasa guru,buat sehingga lumat dan lunyai kertas buku anda itu. Tumpuan pada subjek yang masih tidak dikuasai dengan baik juga sebenarnya bergantung pada minat anda. Jika anda tidak minat,tidak guna saya nasihatkan anda untuk buat begitu dan begini. Perumpamaannya adalah seperti ;saya boleh memaksa kuda ke gigi air,tetapi kuda itu sendiri yang menentukan sama ada dia mahu minum ataupun tidak. Subjek yang anda minat,sudah tentu anda dapat kuasainya dengan baik. Tahniah. Tetapi anda mesti sedar suatu perkara. Subjek yang lain juga penting untuk anda. Setidak-tidaknya ia tidak akan mencacatkan result PMR anda nanti. Keputusan 7A 1C..sudah pasti orang akan lebih tertanya-tanya apakah yang C itu. Betul tak?

Telaah Ikut Jadual Peperiksaan Saat akhir sebelum anda masuk ke dewan peperiksaan. Berapa lama range saat-saat akhir itu? Bergantung pada diri anda sendiri untuk menetapkannya. Ada pelajar yang menyatakan 2 minggu sebelum exam itu sudah sampai waktu saat akhir,ada yang kata 2 hari dan ada yang beranggapan 3 bulan. Terserah pada penilaian masing-masing untuk menentukan. Jadual exam PMR atau SPM selalunya bermula dengan kertas Bahasa Melayu dahulu kebiasaannya. Bagi saya,bahasa Malaysia ini merupakan bonus masa untuk anda. Tidak perlu teruk-teruk untuk mengulangkaji matapelajaran ini bukan? Anda boleh tumpukan untuk mata pelajaran yang datang selepas kertas BM ini. Katakan Matematik disusuli dengan Sains,maka dalam waktu saat-saat akhir [anda yang tetapkan sendiri ] anda boleh tumpukan untuk membaca dan membuat latihan untuk dua subjek yang akan mendatang itu. Kemudian diikuti oleh subjek selepas subjek yang anda telah jawab exam itu. Poster Dinding /Nota Kaki Anda tahu poster? Anda tahu nota kaki? Tidak perlu saya terangkan kerana anda sudah mengetahuinya. Kalau tak tahu,anda memang bukan budak sekolah! Nota kaki dan poster hanya sesuai untuk meletakkan kata-kata semangat. Bukan meletakkan formula matematik yang berbagai coefficient,deteminator,anus. Bukan letakkan awan larat isi-isi penting karangan. Bukan letakkan label bahagian saintifik tumbuhan. Dan yang paling tidak boleh blah,letakkan nama-nama pejuang menentang British di Tanah Melayu seperti Tok Janggut,Yamtuan Antah dan Rentap. Untuk pengetahuan anda,apa yang kita baca,lihat dan ulang,akan masuk ke hati dan tubuh badan akan merencanakan itu untuk kita tanpa kita sedari. Tulis di poster dinding anda. Tidak perlu besar,cukup sekadar menarik untuk dibaca dan anda melihatnya setiap hari. Tulis PMR 8A. Strive for it! atau buat satu nota untuk diselitkan di dompet anda ,Touch Her Heart,and You Will Get Fatin [awek paling cun di sekolah ] Tubuh badan,minda dan jiwa anda akan bekerja untuk merealisasikan impian anda itu. Pokok pangkalnya,anda mesti yakin dengan diri sendiri dan percaya pada kebolehan anda dan kerahkan kudrat anda untuk mendapat 8A PMR dan juga hati awek paling cun di sekolah. Minda Separuh Sedar Sewaktu anda tidur,pernahkah anda bermimpi? Semestinya pernah bukan. Tetapi semasa bermimpi itu,pernahkan terdetik begini Aku sedang bermimpi ini. Nak bangun atau nak layan mimpi ini? pernah terjadi? Situasi kedua..ketika tidur juga kemudian anda mendengar suara perbualan rakan-rakan. Dengar tetapi anda buat tidak endah sahaja. Mata anda masih tertutup dan masih dalam mode tidur. Keadaan ketiga,anda sudah bangun pagi pada pukul 6.00 pagi,tetapi anda kata awal lagi,nak bangun pada 6.30. Disebabkan hanya 30 minit, anda hanya mahu memejamkan mata dan bermalasan atas katil sahaja. Tetapi anda rasakan anda tidak tidur,cuma pejamkan mata sahaja. Last-last anda bangun pada pukul 11.00 pagi. Eh,bila pula tertidur padahal pejam mata ajer. Apa yang anda alami itu adalah anda berada di bawah kawalan minda separuh sedar. Sekiranya ada orang menasihati anda pada ketika itu,nescaya anda akan mengikutinya. Baiklah,bagaimana kita nak eksploitasi keadaan ini demi PMR/SPM anda? Pada ketika anda

berkeadaan begitu,paksa diri untuk mengingat semula apa yang telah anda belajar di dalam kelas,ingat semula apa yang perlu anda ingat. Dan ulang tayang apa yang anda baca di buku ke dalam minda awak. Jika awak bangun,tetapi rasa tidak ingat,tidak mengapa. Kerana anda sekarang berada dalam Minda Sedar. Apa yang anda lakukan,akan terpahat di Minda Separuh Sedar. Anda pernah jawab soalan yang anda tidak tahu jawapannya dan rasa tidak pernah baca pun bab itu? Tetapi tangan anda laju ajer menulis dengan idea yang keluar dari kepala anda. Itulah kerja Minda Separuh Sedar. Fungsinya untuk mengingat perkara sebegini. Contohnya,adakah anda lupa cara-cara untuk menunggang basikal walaupun sudah berkereta/bermotosikal? Ulang dan ulang dan ulang dan ulang dan ulang dan ulang dan ulang. Anda peminat Hindustan? Peminat cerita Korea? Peminat cerita Jepun? Peminat Amerika Latin? Saya yakin anda dapat mengikuti lirik lagu pembukaan drama yang anda minat itu. Betul tak? Lagu tema Boys Over Flowers juga meniti bibir rakan-rakan saya,lagu dalam filem Hindustan sudah terlekat di fikiran,lagu Rosalinda sudah menjadi bualan suri rumah suatu ketika dahulu. Tetapi adakah anda faham apa yang dinyanyikan itu? Tidak! Saya pun tidak tahu makna lagu Hindustan yang menjadi siulan saya. Mengapa kita dapat mengusainya walaupun kita tidak faham? Hal ini kerana kita melihat perkara yang sama,di waktu yang sama dan kita menyebutnya,maka ia menjadi sebati dengan jiwa dan tubuh kita. Perkara sebegini semestinya diaplikasikan dalam kehidupan seorang pelajar. Baca dan ulang apa yang dibaca. Lihat,sebut dan dengar. Anda akan dapat kuasainya dengan lebih cepat.tetapi,facebook juga lebih memikat hati. Baca buku 20 minit sudah bosan. Relax ar,log in facebook dulu 10 minit. 10 minit berlanjut ke 30 minit kemudian ke 60 minit akhirnya jadi 2 jam setengah. Alamak,dah 2 jam lebih la,TAKPER,aku akan study 3 jam berturut-turut! Azam hati anda! Buka buku 13 minit kemudian ZZZZzzzzzz.. Rewind Ingatan / Ingat Semula Semasa sedang mandi,apakata anda cuba mengingati semula apa yang anda belajar di kelas pada pagi tadi. Atau jika tak boleh pun sekurang-kurangnya,anda ingat sequence mata pelajaran yang di ajar di kelas pada hari itu. Perbarisa pagi,BM,M3,PAI,Sc kemudian dan seterusnya. Jika anda dapat,baguslah. Kemudian cuba ingat wajah guru-guru yang mengajar subjek itu. Dapat? Kemudian ingat semula apa yang dia tulis,apa yang dia leterkan dan apa yang anda belajar hari ini? Anda tidur atau fikiran menerawang? Takkanlah sampai sehari suntuk. Jika anda tidur subjek itu,ingat semula subjek yang selepas waktu anda tidur itu. 80 % kita akan dapat semasa pengajaran dan pembelajaran. Dalam masa 24 jam jika tidak diingat semula,kita akan hilang 34 % peratus. Jika tidak diulang dalam masa 72 jam,otak hanya akan mampu mengingati 18% sahaja dari apa yang kita belajar sebelumnya.Cuba anda latih ingatan anda untuk mengingat semula ini ketika sedang bersendirian,termenung mahupun ketika mahu tidur. JANGAN INGAT SEMULA ketika dua keadaan ini. Semasa sedang bersolat dan semasa sedang date. Ketika solat,jika tidak khusyuk maka sia-sia sahaja solat anda. Manakala ketika date akan mematikan mood pasangan anda yang rancak bercerita. Tahulah dia cakap perkara yang membosankan,tetapi janganlah tidak menghiraukannya.

Otak kiri dan Otak Kanan Albert Einstein,Mozart,Napoleon,Edison dan ramai lagi tokoh dunia menggunakan keduadua bahagian otak mereka untuk berfikir. Mengikut research yang dijalankan di universiti terkemuka di Amerika,orang yang menggunakan kedua-dua bahagian otak akan dapat mengingat sesuatu itu 67% lebih baik dari otak dominant. Anda ingin tahu anda dominant otak mana? Lihat gambar balletrina di bawah ini.Jika dia berpusing ke arah kanan,maka anda menggunakan otak kanan lebih banyak. Jika dia berpusing arah kiri,otak kiri anda bekerja lebih dari otak kanan.

[klik pada gambar ini 'in a new tab' sekiranya tidak bergerak] Bagaimana kita nak gabungkan kedua-dua otak ini? Cuba anda ingat item-item ini mengikut turutan. Rosli Dhobi,bahasa,kayu,latitude,matrik 4,kuasa Tuhan,bumi,fotosintesis,bersenam,present tense. Dah hafal? Ok,cuba ingat semula. 1..23dapat ingat semuanya mengikut turutan. Saya rasa anda tak dapat ingat kesemua 10 items ini pun.Entah-entah 7 pun tak dapat. Baiklah,sekarang kita akan gabungkan otak kiri dan kanan untuk mengingat items di atas. Bersedia? Bayangkan dalam fikiran anda,ROSLI DHOBI,seorang lelaki sedang melihat perkataan BAHASA di satu KAYU..kemudian anda view lelaki itu ke atas,ke atas dan ke atas sehingga anda dapat bayangkan garisan-garisan LATITUDE bumi.Dia berada di latitude MATRIK 4 . view anda berubah lagi sehingga keluar bumi lalu nampak bumi kita bersama bulan. Ya,inilah KUASA TUHAN ..Dia yang menciptakan BUMI pandangan anda mula ke bumi semula sehingga ke sebuah hutan yang tebal. Turun lagi sehingga betulbetul atas sebatang pokok di pinggir hutan itu. Anda merenung pokok yang sedang menjalankan FOTOSINTESIS yang mengeluarkan oksigen untuk orang yang sedang BERSENAM di taman tepi hutan pada PRESENT TENSE [waktu ketika itu]. Ok,dah dapat? Mari ulang cuba untuk mengingat item-item di atas mengikut turutan. Pastikan sekali lagi anda mengikut jalan cerita di atas. Ok,dah bersedia? Ingat semula sekarangpasti anda berjaya. Berdoalah.. Untuk yang beragama Islam,disarankan anda memohon pada yang Maha Esa untuk mengabulkan permintaan anda. Ingatlah,Allah akan memakbulkan setiap doa hambanya sehingga Saidina Umar Al-Khattab berkata maksudnya Aku bercita-cita untuk berdoa. Bukan aku berdoa untuk cita-cita aku kerana setiap doa pasti dikabulkan oleh Allah Jika anda memperuntukkan masa selama 3 jam untuk study,maka peruntukan sedikit masa untuk anda membaca al-Quran dan berdoa kepada yang Maha Esa. Semasa anda sujud,ulang dan ulang apa yang anda inginkan dalam hidup antaranya Ya Allah,berilah aku 8A PMR. Setiap kali anda solat 5 waktu,ulanglah perkara yang sama dalam sujud anda. Pasti akan dikabulkan. Yakin dengan Pencipta anda. Sesungguhnya Dia maha Pemurah lagi Maha Pemberi Rezeki.

Malas? Standard la tu.. Muahahahaaahahaahahahhhhohohohohohho [gelak syaitan ] ANDA MALAS!? ANDA PENYEGAN!? ANDA TAK LAAARAAAT!? ANDA TAKDE MOOD!? Hahahahastandard la tuh. Sebagai seorang pelajar sekolah yang mempunyai komitment yang besar seperti perlu fikir hutang kereta,hutang rumah,tanggungan anak bini,tekanan kerja pejabat,aktiviti kemasyarakatan dan sebagainya sempurna,sudah semestinya sifat malas ada dalam diri seseorang yang pernah bergelar pelajar!! Jika ada orang berkata,jangan malas perlu anda ketahui bahawa dia juga pernah malas. Penipu besar sesiapa yang berkata sewaktu dia study dahulu dia tidak pernah malas; Rajin ajer memanjang. Saya juga pemalas. Bila tiba perasaan malas tu,maka layanlah dia. Belai si dia lembutlembut dan manja-manjakannya. Akhirnya dia akan terlena di pangkuan anda. Ketika dia terlena itu,mulakanlah kerja anda yang tertangguh sebentar tadi. Anda faham dengan analogi di atas? Tak perlu saya terangkan.. Tumpu pada subjek what you want to be.. Tips terakhir untuk pelajar yang last minute study. Sekiranya anda seorang yang berpegang pada prinsip Apalah yang ada pada sijil PMR,SPM,Diploma,Ijazah, akan ku buktikan orang failed kertas macam aku pun boleh berjaya! Bagus sebenarnya azam anda itu. Akan saya tunjukkan bukti bahawa dengan sijil tertinggi hanyalah di peringkat SPM sahaja mereka ini bergaji sama level dengan orang yang ada PhD dan Master. Ok,tips terakhir. Katakan anda mahu ke sekolah teknik,maka kuasai subjek yang perlu sahaja untuk ke sekolah teknik. Antaranya BM,BI,KHB dan Matematik. Yang lain buang ke tepi. Kalau nak ke sekolah Sains,kuasai subjek ini BM,BI,SC,Matematik. Yang lain bagi cukupcukup makan dah. Kalau nak ke sekolah agama,kuasailah subjek Pendidikan Agama Islam dan subjek teras yang lain.Ini nasihat peribadi. Tidak boleh dianggap sebagai nasihat professional dan digunakan untuk mengambil tindakan mahkamah sekiranya berlaku sesuatu pada orang yang mengikuti nasihat ini. Hoho.

Saya berharap agar anda semua dapat beroleh kejayaan yang cemerlang seperti yang telah dikecapi oleh kebanyakkan pelajar di seluruh Malaysia. Jika anda beroleh keputusan yang tidak elok,jangan bermuram durja kerana mereka-mereka ini mampu beroleh pendapatan yang lumayan. Ingat,pendidikan tinggi tidak menjamin pendapatan yang lumayan dan masyuk.

Read more: Tips Terhebat PMR | faizsufi.com http://faizsufi.com/umum/penilaian-menengahrendahsudahkah-anda-bersedia/#ixzz1ZLpgErST

Assalamulaikum wbt kepada semua pelawat Kalam Abu Musaddad, di sini terdapat beberapa tip untuk cemerlang dan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan khususnya bagi pelajarpelajar yang akan mengambil Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak lama lagi. Bagi pelajar peringkat menengah yang bakal menduduki peperiksaan PMR, SPM dan STPM juga boleh menggunakan tip ini sebagai panduan pembelajaran dan persediaan anda. Sepertimana kita maklumi, kira-kira 3 minggu lagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan di adakan. ana percaya disaat ini pelajar-pelajar bertukus lumus mengulangkaji pelajaran dan membuat persediaan untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti. Mungkin musim cuti ini ada sekolah membuat kelas tambahan, gerak gempur, bengkel dan sebagainya. Selain itu, ada juga pelajar-pelajar menghadiri tusyen sebagai persediaan dan persiapan diri untuk menghadapi peperiksaan tersebut. Apapun gunakan masa cuti ini sebaik mungkin untuk mengulangkaji pelajaran supaya masa tidak dibazirkan dengan perkaraperkara yang tidak berfaedah. Dengan demikian, di sini kalam ini ingin berkongsi dengan pelajar-pelajar sekalian terdapat beberapa tip sebagai persediaan menghadapi peperiksaan yang bakal dihadapi nanti. Tip ini di ambil dari akbar berita harian untuk pekongsian kita bersama. Antaranya ialah : 1. Semak jadual Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan. Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari. 2. Kunci peperiksaan Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan. Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan. 3. Tentukan keutamaan Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.

Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon. 4. Banyak mengingat dan membuat kaitan Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran. Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan. 5. Merancang persiapan peperiksaan Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan. a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan. Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari. Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit. Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan. Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu. Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda. Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan. Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.

b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah. Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan. Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya. Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang. Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian. Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir. Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda. c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah. Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir. Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan. 6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.

7. Berdoa dan bertawakal Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan. Itulah di antara tip-tip yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas, pelajarpelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti. Jadi, bagaimana persediaan anda sekarang ? Adakah anda sudah benar-benar bersedia ?? JommMai kongsi bersama cikgu..he he he Kalam Abu Musaddad / 18 Ogos 2008

Minggu depan, atau lebih tepat lagi pada 4 OKTOBER 2011, iaitu hari SELASA, peperiksaan PMR akan bermula. Hari-hari terakhir sebelum PMR, suasana di sekolah agak sibuk. Hari ini ada beberapa aktiviti berlangsung di sekolah, iaitu Majlis Restu Ilmu, Majlis Solat Hajat dan persiapan dewan serta bilik peperiksaan. Dalam pada itu, program intensif untuk calon PMR 2011 tetap diteruskan seperti yang dijadualkan.

Majlis Restu Ilmu telah diadakan pagi tadi sebaik sahaja selesai perhimpunan Mingguan Kokurikulum. Lebih kurang pukul 8.05 pagi bertempat di dewan yang sama, bermulalah Majlis Restu Ilmu untuk calon PMR 2011. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada semua murid yang terlibat memohon restu agar guru mendoakan kejayaan mereka. Majlis dimulakan dengan ucapan wakil murid dari Tingkatan 3K11. Ini diikuti dengan ucapan kaunselor sekolah, iaitu EN. ENG sebagai mewakili semua guru yang mengajar Tingkatan 3. Tuan Pengetua, En. LOH SAI HENG telah turun dari pentas, mendekati murid-murid yang bersila di dewan untuk memberi katakata nasihat dan perangsang untuk kesekian kalinya. Semoga mereka dapat mengamati dan menghayati setiap kata yang disampaikan itu sebagai pedoman dalam menghadapi PMR yang tinggal beberapa hari sahaja lagi.

Majlis dia khiri dengan setiap calon peperiksaan PMR menemui setiap guru yang mengajar Ting 3 untuk memohon restu agar mereka memperoleh keberkatan daripada-Nya dan saling bermaaf-maafan. Semua murid Ting. 3 beratur untuk bersalaman dan memohon restu daripada guruguru. Semoga dengan restu yang diberikan oleh guru-guru, semua murid akan dapat menduduki peperiksaan pada 4hb. OKTOBER ini dengan penuh yakin dan tenang, seterusnya memperoleh kejayaan yang cemerlang.

LAFAZ RESTU DARIPADA GURU "Kami berdoa dan merestui serta gunakanlah segala ilmu yang telah dicurahkan untuk mencapai kecemerlangan. Kami ikhlas mendidikmu. kami rela melepaskanmu untuk pergi berjuang berbekalkan ilmu yang telah dicurahkan. Gunakanlah sebaik-baiknya. Jawapan ada ditanganmu..buatlah yang terbaik..kerana anda adalah yang terbaik bagi kami...selamat berjuang" Kami berharap agar semua calon PMR bersedia bukan sahaja dari segi ilmu, malah persediaan mental, emosi dan fizikal juga sangat penting. Ibu bapa perlu memainkan peranan memberi sokongan kepada mereka agar terus bermotivasi dan membuat persediaan yang secukupnya untuk menghadapi peperiksaan ini. Kami sedar, tekanan dan sasaran bukanlah jalan terbaik untuk memberi kata-kata semangat. Sesungguhnya kami warga SMKTP sentiasa mendoakan agar calon-calon PMR tahun ini dapat menjawab soalan dengan tenang dan akhirnya memperoleh kejayaan yang cemerlang kelak. Insyaallah. Aktiviti seterusnya ialah penyediaan bilik dan dewan peperiksaan. SMKTP yang tidak mempunyai dewan tertutup terpaksa 'membuka' 4 buah kelas untuk dijadikan dewan peperiksaan dan menggunakan banyak bilik darjah untuk menempatkan lebih kurang 450 calon PMR di dua pusat peperiksaan.... Urusan penyediaan tempat peperiksaan akan dimulakan seawal pukul 10.45 pagi pada hari Jumaat ini dan dijangka dapat diselesaikan dalam masa yang telah ditetapkan dengan kerjasama semua guru dan murid. Pada hari Isnin, 3 OKTOBER 2011, semua calon PMR 2011 diberi pelepasan. Nampaknya penantian dan perjuangan murid menengah rendah selama tiga tahun sudah hampir sampai ke matlamatnya. Sudah tentu guru, ibu bapa, pihak PPD malah JPNP sekalipun sedang memfokuskan kepada PMR yang akan dijalankan pada 4 - 13 OKTOBER 2011 nanti. Bagaimanakah untung nasib calon-calon PMR SMKTP ? SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PMR KEPADA ANAK-ANAK DIDIK KAMI....

Anda mungkin juga menyukai