Anda di halaman 1dari 17

5.

1 (C) Penyejatan Air


Penyejatan Air Cecair Gas

• Proses yang berlaku di permukaan air


• Menukarkan air menjadi wap air
• Berlaku pada sebarang suhu
Faktor-faktor yang mempengaruhi Kadar Penyejatan Air

Kadar penyejatan?

Berapa cepat?

4 Faktor
• Kelembapan udara
• Suhu persekitaran
• Luas permukaan air yang
terdedah
• Pergerakan udara
Faktor-faktor yang mempengaruhi Kadar Penyejatan Air

Kelembapan udara
• Udara kering mengandungi wap air yang sedikit.
• Udara kering dapat menampung lebih banyak molekul air yang
terlepas dari permukaan air.
• Kadar penyejatan air meningkat apabila kelembapan udara menurun.
Faktor-faktor yang mempengaruhi Kadar Penyejatan Air
Kertas Kobalt Klorida
Kelembapan udara
Biru: Air tidak hadir (kering)
Merah Jambu: Air hadir (lembap)

• Kertas kobalt klorida dalam serkup kaca S tukar ke warna biru dulu.
• Kadar penyejatan air meningkat apabila kelembapan udara menurun.
Faktor-faktor yang mempengaruhi Kadar Penyejatan Air
Suhu persekitaran
• Apabila suhu persekitaran meningkat, molekul-molekul air di
permukaan memperoleh lebih banyak tenaga, bergerak
dengan pantas dan mudah terlepas ke udara.
• Kadar penyejatan air meningkat apabila suhu persekitaran
meningkat.
Faktor-faktor yang mempengaruhi Kadar Penyejatan Air
Suhu persekitaran Kertas Kobalt Klorida
Biru: Air tidak hadir (kering)
Merah Jambu: Air hadir (lembap)

• Kertas kobalt klorida dalam jubin K tukar ke warna biru dulu.


• Kadar penyejatan air meningkat apabila suhu persekitaran
meningkat.
Faktor-faktor yang mempengaruhi Kadar Penyejatan Air

Luas permukaan air yang terdedah

• Permukaan air yang terdedah yang lebih luas membolehkan


lebih banyak molekul air terlepas ke udara.
• Kadar penyejatan air meningkat apabila luas permukaan air
yang terdedah meningkat.
Faktor-faktor yang mempengaruhi Kadar Penyejatan Air

Luas permukaan air yang terdedah

• Kertas turas P akan kering dulu diikuti oleh Q dan R.


• Kadar penyejatan air meningkat apabila luas permukaan air yang
terdedah meningkat.
Faktor-faktor yang mempengaruhi Kadar Penyejatan Air

Pergerakan Udara
• Pergerakan udara akan membawa wap air di dalam udara ke tempat
lain.
• Tiupan angin yang kuat menyebabkan udara di atas permukaan air
menjadi kering.
• Kadar penyejatan air meningkat apabila pergerkan udara meningkat.
Faktor-faktor yang mempengaruhi Kadar Penyejatan Air
Kertas Kobalt Klorida
Pergerakan Udara
Biru: Air tidak hadir (kering)
Merah Jambu: Air hadir (lembap)

Slaid M – di bawah kipas


Slaid N – jauh daripada kipas

• Kertas kobalt klorida dalam slaid M tukar ke warna biru dulu.


• Kadar penyejatan air meningkat apabila pergerakan udara
meningkat.
Faktor-faktor yang mempengaruhi Kadar Penyejatan Air

Rumusan
Kadar
Faktor Penyejatan
Kelembapan udara Meningkat Menurun

Suhu persekitaran Meningkat Meningkat

Luas permukaan air yang Meningkat Meningkat


terdedah

Pergerakan udara Meningkat Meningkat


Aplikasi Penyejatan Air dalam Kehidupan Harian

Pakaian yang disidai di ampaian mempunyai luas permukaan


terdedah yang besar. Jadi, pakaian akan kering dengan cepat.
Aplikasi Penyejatan Air dalam Kehidupan Harian

Garam laut diperoleh daripada air laut melalui penyejatan air.


Aplikasi Penyejatan Air dalam Kehidupan Harian

Makanan laut yang dikeringkan dapat disimpan lebih lama


kerana mikroorganisma tidak dapat hidup tanpa air.
Aplikasi Penyejatan Air dalam Kehidupan Harian

Pengering rambut yang mengeluarkan udara panas dapat


meningkatkan suhu lalu mempercepat proses penyejatan air.
Jumpa
lagi…

Anda mungkin juga menyukai