Anda di halaman 1dari 9

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG.

1 . TAAT KEPADA ALLAH 2. 3. 4. 5. 6. 7. MENGHORMATI IBUBAPA DAN MENDOAKAN MEREKA. MENGHORMAT DAN MENYAYANGI GURU. MEMBERI PENGHORMATAN KEPADA DIRI SENDIRI SENTIASA BERDOA DAN BERSYUKUR KEPADA ALLAH. SELALU BERTAWAKKAL DAN REDHA KEPADA ALLAH BERIMEJ POSITIF DAN KEMAS.

8 BERMOTIVASI TINGGI DAN MELAKUKAN SEMUA PEKERJAAN DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH 9. MAHIR STRATEGI DAN TEKNIK BELAJAR

10. MAHIR CARA MENGHADAPI PEPERIKSAAN 11. SUKA KEPADA SEMUA MATA PELAJARAN YANG DIPELAJARI 12. BERKAWAN DENGAN ORANG YANG BERFIKIRAN POSITIF 13. MENOLONG KAWAN YANG MEMERLUKAN 14. MENJALANKAN KEGIATAN RIADAH (BERSUKAN) UNTUK MENYIHATKAN TUBUH BADAN
Cara belajar yang betul Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Berikut ini disenaraikan dua puluh kaedah belajar yang berkesan untuk membantu pelajar berhadapan dunia peperiksaan.

Pertama - Tidak mensia-siakan biar pun seminit Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.

Kedua - Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.

Ketiga - Gunakan masa awal pagi Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.

Keempat - Buat nota ringkas Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.

Kelima - Mengikut jadual sepenuhnya

Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj buku dan membacanya. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar. Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran.

Keenam - Mencuba soalan tahun lalu Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.

Ketujuh Ulang sebanyak kali yang boleh Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akn dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang.

Kelapan - Sentiasa menanya kalau tidak faham Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.

Kesembilan : Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah

Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.

Ke sepuluh : Mengunjungi perpustakaan Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar. Perhatikan bagaimana mereka belajar dan semarakkan jiwa yang kuat seperti mereka. Tukar pendapat antara satu sama lain. Berikan penemuan dan berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing.

Ke sebelas : Menjadi model dalam rumah Jadikan diri anda sebagai contoh kepada adik-adik lain. Beritahu mereka Jangan membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak menyumbang kepada masa depan. Semakin anda memberi galakan untuk mereka , semakin tinggi semangat anda untuk menjadi contoh kepada mereka. Apa yang anda serukan akan menjadi panduan dalam hidup anda sendiri.

Ke dua belas : Imbangkan masa kokorikulum dan akademik Jika anda berada dalam tahun peperiksaan , jangan terlalu menumpukan perhatian pada kokorikulum kerana ini akan melalaikan diri dalam bidang akademik. Jika anda mahu berjaya dalam akademik, anda perlu mempunyai masa ulangkaji yang cukup di rumah. Masa ulangkaji untuk SPM ialah dalam lingkungan 5 jam ke 6 jam sehari. Jika masa minima tersebut tidak dipenuhi, anda mungkin perlu berjaga malam atau bangun pagi.

Ke tiga belas : Belajar mengikut rentak sendiri

Jangan

membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan. Anda perlu mebgenal rentak sendiri dan pastikan anda mematuhi rentak tersebut. Jika anda seorang pelupa, pastikan anda mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga pada minggu-minggu yang akan datang. Jika anda perlukan bimbingan tambahan , dapatkan tuisyen.

Ke empat belas : Persiapan minda sebelum ulangkaji Lelapkan mata untuk beberapa minit dan wawasankan hidup anda kelak. Apa yang anda hendak capai. Apakah corak hidup yang anda hajatkan. Apakah yang hendak anda berikan kepada ahli keluarga serta ibu bapa anda sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih. Adakah anda berhajat hendak mengharumkan nama keluarga dan negara anda ? Apakah kejayaan peringkat remaja yang membanggakan diri anda dan keluarga anda? Bila anda membaca buku, kaitkan dengan hidup anda. Anda bukan sekadar mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan , anda mahukan hidup yang baik dan berkualiti.

Ke lima belas : Elakkan gangguan emosi Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu diketepikan. Beritahu diri anda , saya tidak relakan masa depan saya tergadai oleh okr yang remeh-temeh ini. Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas . Layankan semua gangguan ini selepas peperiksaan. Anda boleh gunakan musik latar yang lembut untuk menjadikan suasana belajar lebih menyelerakan (jika sesuai).

Ke enam belas : Kurangkan kerja rumah tangga Jika anda pada tahun peperiksaan , maklumkan hajat anda untuk berjaya dan minta adik-adik anda menolong anda dalam beberapa aspek kerja rumah tangga. Amalkan sikap tolong menolong dalam keluarga. Bila masanya mereka yang menduduki peperiksaan SPM, sama-sama menolong dirinya. Budaya berkongsi beban kerja rumah tangga seperti mencuci kasut, menyapu lantai dan lain-lain akan memberi lebih masa untuk anda belajar.

Ke tujuh belas : Rancangkan jadual ulangkaji setahun

Tetapkan ulangkaji anda sehingga bulan September. Sebulan sebelum peperiksaan , anda perlu siap ulangkaji. Pastikan setiap mukasurat dibaca, dan setiap soalan dijawab. Ini boleh dilakukan dengan membahagikan bilangan mukasurat buku dengan bilangan hari yang ada. Jika anda gagal mengulangkaji mukasurat berkenaan pada hari yang ditetapkanm pangkahkan dengan besar menggunakan pensil. Pastikan anda membaca mukasurat ini sebelum peperiksaan tiba. Tapi, sebelum anda membaca mukasurat yang terhutang, pastikan anda telah siap ulangkaji mukasurat yang ditetapkan untuk hari tersebut.

Ke lapan belas : Belajar menyesuikan diri dengan semua keadaan Biar pun rumah anda bising, panas atau kurang selesa; ia tidak menjadi penghalang untuk anda mengulangkaji. Kadang-kadang , kita perlu belajar menyesuikan diri dengan kekurangan yang ada. Semakin mencabar keadaan anda , semakin besar ujian ketahanan diri anda. Beritahu diri anda , biar apa yang berlaku, saya tetap dapat menjalankan tugas saya kerana saya seorang yang tahan lasak.

Ke sembilan beas : Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan dengan anda Jika anda mahu belajar tetapi rakan-rakan anda tidak suka belajar. Mereka cuba mempengaruhi anda dengan seribu satu jenis kegiatan yang hanya membuangkan masa anda. Berani berkata tidak dan menolak mereka dengan lembut. Jangan sekali-kali menjadi mangsa kepada mereka kononnya anda tidak mahu melukakan hati mereka. Jika anda mengikut rentak mereka, anda akan melukakan masa depan sendiri.

Ke dua puluh : Terus belajar biar pun tidak menampakkan kemajuan Jangan mengukur prestasi anda kerana tidak menampakkan kemajuan yang nyata dalam keputusan peperiksaan sekolah. Setelah berbulan-bulan anda bertungkus-lumus, anda mungkin mahu kemajuan dalam keputusan sekolah. Sebenarnya, penilaian sekolah tidak menggambarkan anda pasti akan lulus atau gagal dalam peperiksaan akhir tahun. Teruskan usaha dan jangan berhenti.

Ke dua puluh satu : Terokai bakat dan minat anda

Sambil anda berjuang untuk peperiksaan SPM, peruntukkan masa juga untuk bidang yang anda hendak ceburi. Mungkin anda minat dengan bidang kedoktoran, baca majalah dan bahan rujukan am yang berkaitan dengan cita-cita anda tersebut. Gunakan bakat anda untuk berbakti kepada keluarga atau sekolah anda. Jika anda minat dalam bidang kejuruteraan, peruntukkan masa untuk belajar membaiki kereta atau anda juga boleh menolong kawan anda membaiki kereta mereka. Kegiatan sedemikian menjadikan makna pembelajaran lebih nyata. Anda tahu mengapa anda belajar kerana anda mempunyai hala tujuan yang nyata.

Kesimpulan Belajar adalah suatu seni. Jika anda tahu menguasai seni tersebut , anda boleh berjaya biar pun diri anda mempunyai beberapa kekurangan. Semoga lembaran ini menguatkan ikhtizam anda untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam pelajaran.

Persediaan Sebelum Hari Peperiksaan


Peperiksaan hampir tiba. Macam-macam akan difikirkan. Adakah saya telah habiskan salibus? Adakah faham semuanya dan sebagainya. Pelajar cemerlang semestinya telah bersedia lebih awal untuk menghadapi peperiksaan. Mereka telah bersedia dari beberapa segi. Persediaan yang dimaksudkan ialah, 1. Persediaan Emosi Sila pastikan emosi anda berada dalam keadaan stabil. Kawalan emosi merupakan satu faktor yang akan membantu anda untuk berjaya. Antara persediaan emosi yang perlu di jaga ialah, a. Elakkan perselisihan faham dengan rakan - perselisihan faham dengan rakan sedikit sebanyak boleh mengganggu emosi anda. Cuba anda selesaikan semua sengketa yang berlaku antara kawan sebelum hari peperiksaan. Persengketaan berterusan akan menjadikan emosi anda tidak stabil. Ia akan mengganggu konsentrasi belajar anda. Contoh, rakan merajuk tentang sesuatu dengan anda dan enggan bercakap dengan anda. Cuba cari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah berkenaan agar tidak terus berpanjangan. b. Menjaga hati ibu bapa - Restu daripada ibu bapa amat penting. Doa ibu bapa terhadap anak akan membawa ke syurga. Doa ibu bapa amat mustajab. Doa mereka akan mempengaruhi kejayaan anda. Lihat dan perhatikan cerita Si Tanggang. Si Tanggang derhaka telah disumpah menjadi batu disebabkan doa ibu. Pepatah juga menyebut, Syurga terletak di bawah telapak kaki ibu. Ibu telah melahirkan, mendidik dan menjaga anda hingga dewasa. Segala nasihat dan teguran daripada ibu

bapa perlu diikuti. Jangan selalu melawan cakap ibu bapa. Mereka lebih mengetahui daripada anda kerana mereka telah merasa garam terlebih dahulu. c. Mendapat restu guru restu guru juga amat penting. Guru memainkan peranan penting dalam pembelajaran anda. Setiap hari anda ke sekolsh bertemu guru. Guru seperti ibu bapa kedua anda. Tanpa guru, anda tidak memperoleh ilmu. Tunjuk ajar guru banyak mempengaruhi kejayaan anda. Sebelum hari peperiksaan, minta restu guru. Minta guru mendoakan kejayaan anda. Guru tidak pernah mendoakan kegagalan pelajarnya. Mereka mahu melihat semua anak didiknya berjaya sepertimana yang diharapkan pelajar. d. Tidak bercinta elakkan bercinta semasa belajar. Orang kata, cinta masa belajar hanya cinta monyet. Cinta setakat belajar sahaja. Percintaan akan terputus selepas kedua-duanya mencari haluan masing-masing selepas habis belajar. Bercinta semasa sekolah banyak mengganggu pelajaran anda. Jika berlaku persengketaan, ianya akan mengganggu emosi dan pelajaran anda. Bercinta tidak salah. Anda boleh fikirkan untuk bercinta selepas habis belajar. Jangan jadikan cinta sebagai kegagalan anda dalam hidup. e. Yakin pada diri sendiri perasaan yakin akan wujud jika anda telah bersedia lebih awal. Tanamkan sifat yakin pada diri sendiri. Perasaan yakin membolehkan akan merasa seronok untuk mengambil peperiksaan. Pastikan semua kelemahan anda telah diatasi. Tumpukan perhatian anda pada peperiksaan yang bakal dihadapi. Ilmu yang telah penuh di dada menjadi bekalan untuk menduduki peperiksaan. f. Tiada Prasangka Negatif Terhadap Orang Lain sila pastikan anda tiada menyimpan prasangka negatif terhadap orang lain. Rakan, guru dan ibu bapa semuanya mengharapkan kejayaan anda. Tiada orang mahu melihat kegagalan anda. Hanya musuh yang ingin melihat kegagalan anda. Jika anda gagal dalam sesuatu mata pelajaran, jangan menganggap diri anda telah gagal. Prasangka buruk orang terhadap diri anda bukan bererti mereka mahu melihat anda terus gagal. Buang jauh-jauh prasangka tersebut. Kejayaan akan menjadi milik anda jika anda terus membaiki kelemahan diri sendiri. Tanamkan sifat ingin berjaya seperti orang lain. 2. Persediaan Fizikal Anda juga perlu bersiap dari segi fizikal. Fizikal diri yang baik akan mempengaruhi peperiksaan anda. Tidak bermakna bagi anda jika sakit pada hari peperiksaan. Keadaan diri yang tidak sihat akan memberi impak besar kepada konsentrasi menghadapi peperiksaan. Anda perlu memberi keutamaan pada kesihatan diri sendiri. Antara tindakan yang perlu di ambil ialah, a. Tidak tidur larut malam kesihatan badan perlu dijaga. Lewat tidur menyebabkan badan menjadi letih. Keadaan ini menyebabkan anda mengantuk sepanjang hari. Walaupun anda telah bersedia dari segi mental namun badan yang lemah menyebabkan tiada konsentrasi untuk menjawab soalan. b. Menjaga keselamatan diri keselamatan diri juga perlu dijaga sepanjang mengambil peperiksaan. Kita sering terdengar pelajar tercedera atau kemalangan semasa peperiksaan sedang berjalan. Lebih teruk lagi terlibat dengan pergaduhan. Kecederaan

diri menyebabkan anda tidak dapat menjawab soalan dengan baik. Jika anda dimasukkan ke wad, peperiksaan boleh diteruskan di wad. Keadaan kurang selesa dan sakit menyukarkan anda untuk mendapat markah yang baik dalam peperiksaan tersebut. Keadaan menjadi lebih teruk lagi jika anggota badan anda seperti tangan tidak dapat digunakan untuk menulis. c. Makan makanan secukupnya dan berkhasiat makanan amat mempengaruhi kesihatan anda. Pemakanan yang seimbang dan sihat memberi kesan kepada pencapaian peperiksaan anda. Jangan biarkan perut anda kosong ketika peperiksaan. Sila pastikan anda mengambil sarapan sebelum hadir peperiksaan. Perut kosong, otakpun kosong. Jadi, pastikan anda makan makanan berkhasiat sebelum menduduki peperiksaan. Otak cergas datangnya daripada makanan berkhasiat. d. Membuat riadah ringan - sila pastikan anda membuat riadah ringan sekurangkurangnya 20 hingga 30 minit setiap hari. Senaman ringan menjadikan badan anda merasa sihat dan ringan. Senaman tidak bermakna anda perlu keluar rumah. Senaman ringan boleh di buat dalam rumah. Contoh, bermain skipping dan berlari-lari anak. Lebih untung lagi jika anda mempunyai peralatan senaman seperti basikal dan sebagainya. 3. Persediaan Mental Mental anda juga mesti dijaga. Pastikan fikiran anda dalam keadaan tenang. Fikiran yang bercelaru akan menjadikan diri anda tidak menentu. Anda akan merasa runsing dan takut untuk menghadapi peperiksaan. Antara persediaan mental yang perlu diketahui ialah, a. Jangan cepat menyerah kalah dan berputus asa - jika anda tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaan, jangan berputus asa. Kegagalan bukan bermakna gagal selamanya. Kegagalan dalam sesuatu mata pelajaran bukan disebabkan anda tidak pandai. Tetapi anda kurang berusaha untuk membaikinya. Cuba cari kelemahan diri dan berusaha membaikinya. Menyerah kalah tanpa berjuang terlebih dahulu tidak memberi apa-apa erti dalam hidup anda. b. Tiada gambaran negatif tentang sesuatu - jangan berfikir bukan-bukan tentang diri anda. Jika anda berfikiran negatif, negatiflah jadinya. Tanamkan sifat positif dalam diri. Kata-kata positif mampu mengubah diri anda daripada negatif kepada positif. c. Mesti berfikiran positif sentiasalah berfikiran positif. Bersusah-susahlah pada hari ini dan bersenang-senang kemudian. Masa belajar perlu belajar. Masa bermain perlu bermain. Jangan dijadikan nasihat dan teguran guru, ibu bapa dan rakan sebagai penghalang. Teguran baik mereka perlu dijadikan panduan untuk terus berjaya. d. Tidak berasa bimbang keterlaluan

Anda mungkin juga menyukai