Anda di halaman 1dari 23

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI

Kursus

BBM 5101 Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu

Kredit:

3 (3+0)

Pensyarah:

Prof. Madya Dr Che Ibrahim bin Salleh


BLett. (Hons) & Dip.Ed., MS., PhD.

Bidang:

Tatabahasa, Linguistik Terapan

Pelajar:

MA (Bahasa Melayu) / Master Bahasa Melayu

HASIL PEMELAJARAN

Pelajar dapat menyimpulkan


hubungan antara bahasa,
pemikiran dan alam berasaskan
fungsi bahasa

BAHASA, PEMIKIRAN DAN ALAM

Persoalan tentang bahasa, pemikiran dan alam sudah menjadi


dominan dalam kalangan ahli falsafah, ahli bahasa dan ahli psikologi.

Ahli falsafah ialah orang yang memiliki kemampuan pengetahuan dan


penyelidikan dengan akal budi tentang hakikat segala yang ada,
sebab, asal, dan hukumnya.

Ahli bahasa ialah orang yang mahir dalam pengetahuan bahasa.

Ahli psikologi ialah orang yang mahir dalam ilmu yang berkaitan
dengan proses mental baik normal atau abnormal dan pengaruhnya
pada perilaku, atau ilmu pengetahuan tentang gejala dan kegiatan
jiwa.

Terdapat dua pandangan berhubung dengan persoalan bahasa,


pemikiran dan alam, iaitu:
1.
bahasa, pemikiran dan alam memang mempunyai hubungan
timbal balik secara dua hala
2.

bahasa, pemikiran dan alam bukanlah faktor penentu antara satu


dengan lain. Setiap satunya mempunyai sistem yang berautonomi

Kedua-dua pandangan tersebut hanya berbeda dari segi cara pertalian


bahasa, pemikiran dan alam, namun sama dari segi kewujudan
hubungan ketiga-tiga elemen tersebut.

Wujudnya hubungan itu kerana bahasa menjadi alat kepada


pemikiran dan alam nyata ialah sumbernya.

Ini terbukti kerana bahasa terdiri daripada sistem lambang,


yang menyatakan sesuatu hal atau mengandung maksud
tertentu, iaitu pengenal yang tetap (menyatakan sifat, keadaan
dan sebagainya).

Sistem lambang membayangkan kewujudan hubungan antara


bunyi percakapan dengan rujukan.

Hubungan antara bunyi dengan rujukan bunyi itu tidaklah bersifat


mutlak. Misalnya kata wanita bukanlah benda konkrit walaupun boleh
dipegang, dibelai, dan sebagainya, tetapi mewakili benda itu.

Oleh sebab itu, kata wanita bolehdiwakili oleh kata ibu, kaum hawa,
betina, perempuan, dara, puteri, gadis, janda, isteri

Dalam konteks lebih luas, kata wanita dalam bahasa Melayu, diwakili
oleh kata ang babae dalam bahasa Tagalog, woman / ladies dalam
bahasa Inggeris

Jelaslah bahawa lambang tidak sama dengan benda, tetapi mewakili


benda itu sahaja. Samalah halnya dengan peta sebuah negeri,
bukanlah negeri itu, tetapi bayangan kawasan negeri itu sahaja.

Lambang ialah pewujudan konsep dan konsep ialah gambaran mental


daripada objek, proses atau apa-apa pun yang ada di luar bahasa,
yang digunakan oleh akal budi untuk memahami hal lain. Konsep juga
hasil daripada persepsi.

Persepsi ialah kesedaran kita melalui pancaindera terhadap alam


sekeliling. Walaupun persepsi mewujudkan bahasa, namun persepsi
boleh wujud tanpa bahasa.

Dalam hal hubungan bahasa dengan alam nyata,


terdapat dua aliran pemikiran, iaitu:
1.

bahasa mencerminkan alam nyata

2. bahasalah yang membuatkan kita memahami


alam nyata

Hubungan antara bahasa, pemikiran dan alam dapat dijelaskan


melalui beberapa fungsi bahasa. Antaranya:
1.

Menyembunyikan fikiran
Bahasa bukan sahaja digunakan untuk menyatakan
fikiran, tetapi juga untuk maksud tertentu. Misalnya untuk
kepentingan nasional, golongan atau kelompok
masyarakat atau kepentingan peribadi. Dalam konteks
ini, bahasa digunakan dalam syarahan, ceramah,
resolusi, membuat keputusan, dan sebagainya.
Contohnya tentulah diambil daripada alam nyata.

10

2.

Petunjuk kebudayaan

Bahasa mencerminkan kebudayaan penuturnya, iaitu cara


hidup mereka, persekitaran (alam sekitar), dan sosial
mereka.. Hal ini terlihat jelas dalam kosa kata sesuatu
bahasa. Misalnya dalam masyarakat petani, tentulah banyak
kosa kata tentang tanaman dan tumbuh-tumbuhan yang
berdasarkan bentuk, warna dan rasa. Dalam masyarakat
nelayan pula, tentulah banyak kosa kata
tentang ombak,
angin, layar, gelombang, laut, gelora, ikan, udang, sotong,
dan sebagainya.

11

3. Fungsi persuasif
Persuasif bermaksud memujuk secara halus
supaya menjadi yakin. Dalam konteks ini, bahasa
bertujuan untuk menganjurkan sesuatu
idea
yang ideal. Misalnya tentang perpaduan,
perdamaian, keadilan, demokrasi, kebangsaan,
kesejahteraan Fungsi ini bertujuan positif tetapi
kesannya tetap negatif.

12

4. Fungsi mengancam
Bahasa digunakan untuk mengancam. Penampilan
ancaman itu melalui tiga peringkat, iaitu
keras,sederhana dan lembut. Keras bersifat
memaksa, tegas dan betul-betul. Sederhana
bermaksud bersahaja, tidak berlebih-lebih, dan
lembut bermaksud lunak dan halus.. Pada
peringkat lembut selalunya terselindung idea yang
baik dalam bentuk ancaman. Kesannya lebih hebat
dan tuntas.
13

5.

Bahasa dalam upacara


Dalam upacara amal, selalunya digunakan bahasa tertentu,
iaitu bahasa yang pada umumnya tidak difahami oleh
orang banyak untuk menimbulkan kesan. Hal ini terlihat
jelas dalam mantera masyarakat Melayu lama. Mantera
ialah perkataan atau ucapan yang dapat mendatangkan
daya ghaib (dapat menyembuhkan dan mendatangkan
celaka), dalam bentuk susunan kata berunsur puisi (rima,
irama) yang dianggap mengandung kekuatan ghaib, biasanya
diucapkan oleh dukun atau pawang untuk
menandingi
kekuatan ghaib yang lain.

14

6.

Bahasa sebagai alat akliah


Bahasa dapat mewujudkan pelbagai kegunaan
akliah (masuk akal). Bahasa seseorang itu
merupakan suatu manifestasi daripada
kandungan batin (perasaan hati) dalam
kesedaran pada peringkat yang berbeda.
Bermula
dengan fikiran yang mempunyai
pelbagai citra
kepada konsep yang mujarad. Perkaitan antara
kandungan batin dengan
peringkat mujarad
inilah yang menjadi tumpuan pemikiran.

15

7. Kerjasama dalam masyarakat


Semua kerjasama pelbagai usaha yang
diperlukan untuk berfungsinya masyarakat, hanyalah
dapat dicapai melalui bahasa. Tanpa bahasa, fungsi
itu tidak dapat dicapai sama sekali. Bagaimana ahli
masyarakat dapat
bekerjasama jika ideanya
tidak dapat
disampaikan dengan efisien dan
berkesan.

16

8. Bahasa menunjukkan bangsa


Dalam masyarakat Melayu, ungkapan itu
bermaksud budi bahasa yang halus, menunjukkan
orang baik, dan perangai atau tutur kata yang tidak
senonoh, menunjukkan orang yang tidak baik.
Dengan perkataan lain, bahasa
menunjukkan
tingkah laku dan budi pekerti seseorang. Bangsa
dikaitkan dengan rupa bentuk dan kawasan
tertentu. Ini bermakna, bahasa dan bangsa dapat
dikaitkan dengan semangat, fikiran dan pandangan
sarwa
seseorang.
17

HUBUNGAN BAHASA, PEMIKIRAN DAN KONSEP

Hubungan ini dijelmakan melalui empat kemungkinan


1. Jika dapat berfikir dengan baik, tetapi bahasa tidak baik,
konsep yang baik akan diwujudkan dalam bahasa yang
tidak baik.
2. Jika tidak dapat berfikir dengan baik, dan tidak dapat
berbahasa dengan baik, maka konsep tidak baik wujud
dalam bahasa yang tidak baik.
3. Jika tidak dapat berfikir dengan baik, tetapi dapat
berbahasa dengan baik, maka konsep tidak baik wujud
dalam bahasa yang baik.
4. Jika dapat berfikir dengan baik, dan dapat berbahasa
dengan baik, maka konsep yang baik wujud dalam bahasa
yang baik.
18

Bahasa membayangkan fikiran dan pengalaman alam penutur


ibunda bahasa itu. Ini bermakna penutur yang bukan bahasa
ibundanya tidak terikat secara mutlak dengan fikiran dan
pengalaman alam bahasa yang dituturkan itu.

Demikianlah penerimaan kita terhadap bahasa Inggeris, tidak


akan mengubah pandangan sarwa kita.

Demikian juga penerimaan bahasa Melayu oleh orang Cina dan


India tidak akan mengubah pandangan sarwa mereka.

19

Elemen penentu yang utama hubungan timbal balik antara


bahasa, fikiran dan tingkah laku ialah kata (bahasa), penutur
dan pendengar.

Dalam bahasa Melayu, terdapat banyak kata yang mempunyai


banyak makna. Misalnya kata mujarad seperti demokrasi, jujur,
adil, pahlawan, keseimbangan, pembangunan, kebahagiaan
makna demokrasi pada kita berbeda dengan demokrasi pada
komunis. Liberal di Amerika Syarikat membayangkan orang yang
menentang golongan kanan. Di tempat kita, liberal itu ialah
golongan kanan.

20

Jelaslah bahawa bahasa, pemikiran dan alam


mempunyai hubungan yang sangat erat. Anggapan
ini berasaskan tanggapan bahawa bahasa ialah
hasil persepsi manusia terhadap alam sekitarnya
dan juga hasil pemahaman manusia terhadap
alam nyata. Hakikat inilah yang menjadi dasar
falsafah hubungan elemen tersebut.

21

KESIMPULAN
Bahasa, pemikiran dan alam mempunyai hubungan
dua hala yang saling mempengaruhi
Dua aliran pemikiran tentang hubungan antara
bahasa dengan alam, iaitu bahasa mecerminkan
alam nyata dan bahasa membuatkan kita
memahami alam nyata
Hubungan bahasa, pemikiran dan alam berasaskan
fungsi bahasa, iaitu penyembunyian fikiran, petunjuk
kebudayaan, persuasif, ancaman, bahasa dalam
upacara, alat akhliah dan jiwa bangsa
Bahasa ialah hasil persepsi manusia terhadap alam
nyata
22

KATA BIJAK PANDAI

MASA LALU MEMANG BERSAMA KITA, TETAPI


KITA TIDAK BERSAMA MASA LALU. KITA
BERSAMA SAMA KINI. KITA MEMANG MEMBUAT
MASA HADAPAN, TETAPI KITA TIDAK BERSAMA
MASA HADAPAN

23

Anda mungkin juga menyukai