Anda di halaman 1dari 14

CARABELAJAR YANG BETUL

Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Berikut ini disenaraikan dua puluh kaedah belajar yang berkesan untuk membantu pelajar berhadapan dunia peperiksaan. Pertama - Tidak mensia-siakan biar pun seminit Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca. Kedua - Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran. Ketiga - Gunakan masa awal pagi Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.

Keempat - Buat nota ringkas Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah. Kelima - Mengikut jadual sepenuhnya Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj buku dan membacanya. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar. Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran. Keenam - Mencuba soalan tahun lalu Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan. Ketujuh - Ulang sebanyak kali yang boleh Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akn dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar

pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang. Kelapan - Sentiasa menanya kalau tidak faham Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini. Kesembilan : Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji. Ke sepuluh : Mengunjungi perpustakaan Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar. Perhatikan bagaimana mereka belajar dan semarakkan jiwa yang kuat seperti mereka. Tukar pendapat antara satu sama lain. Berikan penemuan dan berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing. Ke sebelas : Menjadi model dalam rumah

Jadikan diri anda sebagai contoh kepada adik-adik lain. Beritahu mereka Jangan membuang masa dengan aktivitiaktiviti yang tidak menyumbang kepada masa depan. Semakin anda memberi galakan untuk mereka , semakin tinggi semangat anda untuk menjadi contoh kepada mereka. Apa yang anda serukan akan menjadi panduan dalam hidup anda sendiri. Ke dua belas : Imbangkan masa kokorikulum dan akademik Jika anda berada dalam tahun peperiksaan , jangan terlalu menumpukan perhatian pada kokorikulum kerana ini akan melalaikan diri dalam bidang akademik. Jika anda mahu berjaya dalam akademik, anda perlu mempunyai masa ulangkaji yang cukup di rumah. Masa ulangkaji untuk SPM ialah dalam lingkungan 5 jam ke 6 jam sehari. Jika masa minima tersebut tidak dipenuhi, anda mungkin perlu berjaga malam atau bangun pagi. Ke tiga belas : Belajar mengikut rentak sendiri Jangan membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan. Anda perlu mebgenal rentak sendiri dan pastikan anda mematuhi rentak tersebut. Jika anda seorang pelupa, pastikan anda mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga pada minggu-minggu yang akan datang. Jika anda perlukan bimbingan tambahan , dapatkan tuisyen. Ke empat belas : Persiapan minda sebelum ulangkaji Lelapkan mata untuk beberapa minit dan wawasankan hidup anda kelak. Apa yang anda hendak capai. Apakah corak hidup yang anda hajatkan. Apakah yang hendak anda berikan kepada ahli keluarga serta ibu bapa anda sebagai tanda kasih

sayang dan terima kasih. Adakah anda berhajat hendak mengharumkan nama keluarga dan negara anda ? Apakah kejayaan peringkat remaja yang membanggakan diri anda dan keluarga anda? Bila anda membaca buku, kaitkan dengan hidup anda. Anda bukan sekadar mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan , anda mahukan hidup yang baik dan berkualiti. Ke lima belas : Elakkan gangguan emosi Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu diketepikan. Beritahu diri anda , saya tidak relakan masa depan saya tergadai oleh okr yang remeh-temeh ini. Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas . Layankan semua gangguan ini selepas peperiksaan. Anda boleh gunakan musik latar yang lembut untuk menjadikan suasana belajar lebih menyelerakan (jika sesuai). Ke enam belas : Kurangkan kerja rumah tangga Jika anda pada tahun peperiksaan , maklumkan hajat anda untuk berjaya dan minta adik-adik anda menolong anda dalam beberapa aspek kerja rumah tangga. Amalkan sikap tolong menolong dalam keluarga. Bila masanya mereka yang menduduki peperiksaan SPM, sama-sama menolong dirinya. Budaya berkongsi beban kerja rumah tangga seperti mencuci kasut, menyapu lantai dan lain-lain akan memberi lebih masa untuk anda belajar. Ke tujuh belas : Rancangkan jadual ulangkaji setahun Tetapkan ulangkaji anda sehingga bulan September. Sebulan sebelum peperiksaan , anda perlu siap ulangkaji. Pastikan setiap mukasurat dibaca, dan setiap soalan dijawab. Ini boleh dilakukan dengan membahagikan bilangan mukasurat buku

dengan bilangan hari yang ada. Jika anda gagal mengulangkaji mukasurat berkenaan pada hari yang ditetapkanm pangkahkan dengan besar menggunakan pensil. Pastikan anda membaca mukasurat ini sebelum peperiksaan tiba. Tapi, sebelum anda membaca mukasurat yang terhutang, pastikan anda telah siap ulangkaji mukasurat yang ditetapkan untuk hari tersebut. Ke lapan belas : Belajar menyesuikan diri dengan semua keadaan Biar pun rumah anda bising, panas atau kurang selesa; ia tidak menjadi penghalang untuk anda mengulangkaji. Kadangkadang , kita perlu belajar menyesuikan diri dengan kekurangan yang ada. Semakin mencabar keadaan anda , semakin besar ujian ketahanan diri anda. Beritahu diri anda , biar apa yang berlaku, saya tetap dapat menjalankan tugas saya kerana saya seorang yang tahan lasak. Ke sembilan belas : Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan dengan anda Jika anda mahu belajar tetapi rakan-rakan anda tidak suka belajar. Mereka cuba mempengaruhi anda dengan seribu satu jenis kegiatan yang hanya membuangkan masa anda. Berani berkata tidak dan menolak mereka dengan lembut. Jangan sekali-kali menjadi mangsa kepada mereka kononnya anda tidak mahu melukakan hati mereka. Jika anda mengikut rentak mereka, anda akan melukakan masa depan sendiri. Ke dua puluh : Terus belajar biar pun tidak menampakkan kemajuan Jangan mengukur prestasi anda kerana tidak menampakkan kemajuan yang nyata dalam keputusan peperiksaan sekolah. Setelah berbulan-bulan anda bertungkus-lumus, anda mungkin

mahu kemajuan dalam keputusan sekolah. Sebenarnya, penilaian sekolah tidak menggambarkan anda pasti akan lulus atau gagal dalam peperiksaan akhir tahun. Teruskan usaha dan jangan berhenti. Ke dua puluh satu : Terokai bakat dan minat anda Sambil anda berjuang untuk peperiksaan SPM, peruntukkan masa juga untuk bidang yang anda hendak ceburi. Mungkin anda minat dengan bidang kedoktoran, baca majalah dan bahan rujukan am yang berkaitan dengan cita-cita anda tersebut. Gunakan bakat anda untuk berbakti kepada keluarga atau sekolah anda. Jika anda minat dalam bidang kejuruteraan, peruntukkan masa untuk belajar membaiki kereta atau anda juga boleh menolong kawan anda membaiki kereta mereka. Kegiatan sedemikian menjadikan makna pembelajaran lebih nyata. Anda tahu mengapa anda belajar kerana anda mempunyai hala tujuan yang nyata. Kesimpulan Belajar adalah suatu seni. Jika anda tahu menguasai seni tersebut , anda boleh berjaya biar pun diri anda mempunyai beberapa kekurangan. Semoga lembaran ini menguatkan ikhtizam anda untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam pelajaran.

Teknikbetul membaca
29 Sep 2010, 01:25 PM | Motivasi

TEKNIK membaca yang betul perlu diamalkan untuk semua medium, bentuk atau sumber bahan bacaan. - Gambar hiasan

MEMBACA untuk pembelajaran tidak sama dengan membaca untuk hobi atau mengisi masa lapang. Pembacaan untuk pembelajaran memerlukan pembacaan yang aktif. Untuk memudahkan pemahaman, bukan sekadar membca teks tetapi baca semuanya - graf, jadual atau apa-apa gambaran yang disertakan. Selain itu, membaca buku bahasa kedua seperti bahasa Inggeris memang agak membosankan terutama jika pelajar tidak mahir bahasa tersebut. Oleh itu, syarat utama untuk memahami buku bahasa asing ialah kamus yang baik. Namun tidak bermakna dengan memiliki kamus yang baik, pembelajaran akan menjadi mudah. Seringkali tumpuan pelajar terjejas oleh gangguan-gangguan seperti mencari makna sesuatu perkataan. Berkali-kali melihat kamus, boleh menjejaskan pemahaman asal dan menyebabkan fikiran cepat bosan serta letih. Bagi mengatasinya, pelajar harus mengurangkan seminimum mungkin proses

mencari makna perkataan yang tidak difahaminya. Sebelum membaca sesuatu tajuk yang ditulis dalam bahasa asing, semak terlebih dahulu dengan membacanya secara pantas. Catatkan perkataan itu untuk tujuan rujukan dan sediakan satu set catatan yang khusus bagi sesuatu buku yang dibaca. Teknik membaca yang menjimatkan masa 1. Baca dengan mata, bukan dengan mulut. Membaca dengan mulut (terkumat-kamit ketika membaca) hanya melambatkan pembacaan kerana pergerakan mata lebih pantas daripada mulut. Begitu juga membaca dengan menggerakkan jari telunjuk turut melambatkan proses pembacaan. 2. Elakkan berjalan atau mundar-mandir ketika membaca. Elakkan diri daripada mengulangi ayat yang sudah dibaca. Ini dapat dibiasakan dengan kerap membuat latihan tetapi masih mengekalkan daya penangkapan maklumat dari bahan yang dibaca. 3. Baca sesuatu tajuk sehingga habis. Mulakan pembacaan sesuatu topik dari awal untuk memudahkan pemahaman dan tidak perlu mengulang pembacaan jika berhenti pada pertengahan tajuk. Ingat kembali 1. Cara mengingat kembali boleh dilakukan secara lisan, dalam hati atau menulis fakta di atas kertas. 2. Proses ingat kembali lebih menguntungkan kerana menjimatkan masa dan tidak perlu mengambil masa banyak untuk mengulangkaji. 3. Pelajar tahu apa yang sukar diingati, terlupa ataupun salah, jadi ia akan menumpukan lebih perhatian kepada bahan ini dalam proses ingat kembali. Lihat semula 1. Lihat semula adalah proses untuk mengetahui apa yang telah dibaca. 2. Belajar secara bersendirian sebenarnya memerlukan masa yang lebih. 3. Selain pembahagian waktu teratur, pelajar perlu ada tatatertib sendiri hapuskan sikap acuh tak acuh, menangguh-nangguhkan belajar atau malas. 4. Belajar di tempat yang menggalakkan pembelajaran. Ujian sendiri 1. Ujian dapat mengenalpasti tahap pemahaman. 2. Untuk menguji ingatan, tutup buku dan tulis semula apa yang diingati. 3. Uji juga kefahaman konsep serta penggunaannya, dengan menjawab soalan lalu.

Ubat malasbelajar
20 Feb 2013, 12:02 PM | Motivasi

TRANSFORMASI PENDIDIKAN oleh Dr Ismail Zain MALAS dialami oleh semua orang terutamanya dalam kalangan murid-murid sekolah. Malas melibatkan perasaan bosan yang menyekat seseorang itu daripada bertindak melakukan sesuatu aktiviti yang berfaedah. Orang yang malas terasa dirinya kurang bertenaga, tidak ceria, tidak tahu apa hendak dilakukkannya dan tidak suka melakukan sesuatu itu dengan sepenuh hati. Bagi golongan murid sekolah antara punca seseorang itu malas belajar ialah terlalu lama bercuti tanpa memberi perhatian pada pelajaran. Keadaan ini termasuklah pada hari pertama setiap minggu persekolahan setelah bercuti selama dua hari di hujung minggu. Selain itu perasaan malas juga akan dialami jika seseorang itu terlalu lama dibuai dengan hiburan termasuklah permainan video atau permainan elektronik lain yang canggih dan melekakan. Keadaan ini harus dibendung agar tidak terus menular ke jiwa murid yang akan berakhir dengan kegagalan dalam pelajaran. Beberapa tindakan dalaman dan luaran harus diambil untuk menjadi ubat kepada penyakit malas belajar.

Jati diri

Jati diri bermaksud seseorang itu harus cekal dan mampu bersedia untuk melawan nafsu ke atas apa sahaja perkara negatif yang melanda dirinya. Hal ini bermakna ia harus berfikir sendiri tanpa melayani perasaan tentang kebaikan atau keburukan sesuatu tindakan yang akan diambilnya nanti. Dalam hal ini, pengorbanan dan komitmen amatlah penting dan menjadi asas pada amalan jati diri. Jati diri ini akan terbina dalam jiwa jika seseorang itu tahu tentang hala tuju kehidupannya.

Jadual waktu persendirian

Ketidaktentuan dalam melaksanakan sesuatu tindakan kebiasaannya disebabkan oleh ketiadaan jadual waktu persendirian. Jadual waktu persendirian merujuk kepada penstrukturan masa mengikut aktiviti yang hendak dilakukan termasuk masa belajar, masa rehat, masa bermain dan sebagainya. Jadual ini memudahkan murid membahagikan masa mengikut aktiviti yang dirancang secara sistematik. Dengan adanya jadual seumpama ini murid mampu memaksimumkan ruang penggunaan masa dengan pelaksanaan aktiviti yang dirancang di samping berupaya mengelakkan rasa malas dalam

diri mereka.

Tetapkan matlamat

Apa tujuan saya belajar?. Apa cita-cita dan minat saya? Ke mana arah dan tujuan saya?. Apa akan terjadi pada saya setelah saya dewasa? Apa bidang kerjaya yang ingin saya ceburi?. Semua itu adalah sebahagian daripada soalan yang harus dilontarkan oleh seseorang murid kepada dirinya. Soalan-soalan tersebut sekurang-kurangnya dapat menyedarkan tanggungjawabnya dalam menghadapi pelajaran.

Belajar bersama rakan

Ada juga golongan murid yang lebih berminat belajar bersama rakan-rakan dalam kumpulan. Hal ini merupakan salah satu ciri-ciri gaya belajar. Oleh itu pilihlah rakan-rakan yang sesuai untuk membentuk kumpulan belajar. Bagi murid yang tergolong dalam ciri-ciri ini, belajar secara kumpulan dapat mengurangkan rasa bosan dan malas berbanding dengan belajar secara sendirian. Walau bagaimanapun anggota kumpulan haruslah membuat persiapan terlebih dahulu seperti menentukan tugasan yang hendak dilakukan, bahan yang perlu dibawa dan jangka masa yang hendak digunakan. Tanpa persiapan seumpama ini, berkemungkinan besar anggota kumpulan akan melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti berbual kosong, bermain dan sebagainya sehinggakan menjejaskan tujuan sebenar mereka berada dalam kumpulan tersebut.

Segerakan tindakan mengikut keutamaan

Setiap tindakan harus disegerakan tanpa bertangguh-tangguh untuk mengelakkan daripada lambakan kerja. Lambakan kerja merupakan salah satu faktor seseorang itu akan menjadi malas. Oleh itu setiap kerja yang diberikan harus dilakukan segera mengikut keutamaan. Jika menghadapi sebarang masalah tindakan segera juga harus diambil untuk menyelesaikannya. Sebenarnya kegagalan yang kita alami bukannya disebabkan perkara itu susah tetapi penyakit malas yang menular dalam jiwa kitalah yang menjadi penyebabnya. Begitu juga banyak perkara yang tidak dapat dilaksankan pada hari ini bukannya disebabkan masa tidak mencukupi tetapi disebabkan rasa malas kita untuk bertindak. Marilah kita ubati penyakit malas ini!

MURID cemerlang bijak mengurus masa dan tidak bertangguh dalam menyiapkan kerja sekolah. Gambar hiasan

Kekeluargaanmenjamin kejayaan
06 Apr 2012, 11:17 AM | Motivasi

DORONGAN serta sokongan ibu bapa dan ahli keluarga merupakan satu suntikan semangat amak bermakna dalam menjamin kejayaan seseorang pelajar. - Gambar hiasan.

SANTAPAN MINDA Oleh DR. ISMAIL ZAIN PENDIDIKAN formal bermula di sekolah sama ada di peringkat rendah termasuk prasekolah atau di peringkat menara gading. Malah segala bentuk kursus, seminar atau bengkel juga merupakan satu bentuk pendidikan formal. Proses pendidikan yang formal memerlukan jalinan yang mesra serta saling faham memahami warga sekolah khususnya dalam kalanan murid mampu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dan menyeronokkan. Murid yang melangkah kaki ke sekolah akan mendapat ilmu dan kemahiran umum mengikut tahap masing-masing. Ini sebagai satu persediaan diri sebelum melanjutkan lagi pelajaran mereka ke pusat pengajian tinggi mengikut pengkhususan masing-masing ke arah penentuan bidang kerjaya. Selain daripada itu sekolah juga berfungsi sebagai pusat sosialisasi ke arah mencorakkan pembudayaan masyarakat berlandaskan nilai-nilai murni yang menjadi teras kehidupan rakyak Malaysia. Dalam konteks ini murid harus mempamerkan tingkah laku yang sopan, hormat menghormati antara satu sama lain serta berkomunikasi dengan baik untuk memupuk perpaduan dalam kalangan warga sekolah. Pelanggaran peraturan sekolah boleh mencetuskan suasana yang hiruk pikuk bukan sahaja dalam kalangan murid tetapi juga melibatkan perhubungan dengan guru, ibu bapa dan masyarakat luar. Adalah menjadi kewajipan guru untuk mengambil tindakan membetulkan keadaan bagi murid yang bersifat sombong, angkuh, dan engkar mematuhi arahan. Sudah menjadi lumrah kehidupan bagi segelintir manusia yang tidak suka dicabar atau dan tidak bersedia untuk menerima sebarang tindakan setelah mereka melakukan kesalahan. Sikap angkuh beginilah yang menyebabkan mereka bertindak dengan lebih agresif lagi seperti mencederakan guru, merosak kenderaan malah ada yang cuba memusnahkan harta benda sekolah sabagai satu bentuk protes terhadap tindakan yang diambil oleh pihak guru terhadap mereka. Kesan buruk daripada gejala yang disebut di atas ialah kerugian besar ke atas proses pembelajaran murid-murid. Sistem pembelajaran sekarang memerlukan pendekatan secara kolaborasi di mana perbincangan, perkongsian maklumat dan perbahasan perlu dilakukan secara kumpulan. Anggota ahli yang aktif serta mempunyia perhubungan kekeluargaan yang mantap dalam kalangan mereka mampu menjana banyak ide-ide baru untuk mempermudahkan proses pencarian maklumat. Dalah hal ini soal perpaduan, soal saling faham memahami antara satu sama lain adalah penting sebagai alat komunikasi yang mampu menyepadukan

murid-murid dalam proses pembelajaran dan pengajaran ke arah mencapai kejayaan.

Anda mungkin juga menyukai