Anda di halaman 1dari 4

PEMBINAAN DAN PEMANTAPAN JATI DIRI

STRES

NAMA : NORISAH BINTI ABU

NOMBOR MATRIK : FAH 100811

NOMBOR KAD PENGENALAN : 920203-08-6388

KUMPULAN : HAYAT 1
1. Kenal pasti apakah jenis stres yang sedang anda alami sekarang.

Stres atau tekanan adalah tindakbalas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang ancaman
perubahan atau tuntutan yang perlu dihadapinya. Stres juga merupakan perkara normal yang dihadapi oleh semua
manusia. Gejala stress ini terhasil apabila seseorang itu merasa yang keperluan melebihi dari keupayaan atau sumber
yang ada pada dirinya.Perasaan berkemampuan dan berkesan adalah mustahak pada seseorang individu. menyedari
yang diri adalah cekap dan efektif (dalam mecapai apa yang dihajati dan melaksanakan segala tanggungjawabnya)
adalah prasyarat penting pada kebanyakan individu profesional dalam penerimaan diri, nilai diri yang positif dan
kesejahteraan
hidupnya.Jika kepentingan ini terlampau kuat dalam diri seseorang itu, maka ia akan
lebih cenderung kepada stress yang dicipta dalam dirinya sendiri.

Saya juga tidak terkecuali untuk menghadapi stress. Seperti yang kita sedia maklum, terdapat dua jenis stress,
iaitu eustress dan distress. Eustress bermaksud rangsangan untuk menggapai kejayaan, manakala distress pula
tekanan atau kemurungan. Buat masa sekarang, saya menghadapi eustress atau tekanan atau rangsangan untuk
berjaya dalam menghadapi peperiksaan yang bakal tiba tidak lama lagi pada bulan November.

Eustress merupakan stress yang biasa dialami oleh para pelajar khususnya bagi mereka yang akan
menghadapi peperiksaan sama ada peperiksaan dalaman ataupun peperiksaan awam. Tahap stress saya akan
meningkat apabila peperiksaan makin hamper kerana saya tidak yakin sama ada saya mampu untuk menjawab
peperiksaan dengan jayanya,

Antara simptom-simptom fizikal yang saya alami semasa stress ialah gementar, berpeluh, cirit birit, kurang
selera makan, berat badan berkurangan, dan cepat letih. Simptom-simptom psikologi yang saya hadapi ialah
kerisauan, kegelisahan, sukar mengawal perasaan, tekanan perasaan dan kekecewaan.

Saya juga menghadapi stress semasa belajar kerana cara pembelajaran yang sangat berbeza jika dibandingkan
dengan system pembelajaran di sekolah. Sesuai dengan tahap sebagai pelajar pra-universiti, kami dilatih untuk
berdikari dalam menuntut ilmu. Para pensyarah tidak akan memarahi kita sekiranya kita lewat menghadiri kuliah
atau tidak menghantar tugasan yang diberi. Sebagai seorang manusia yang berumur 18 tahun, kita semestinya sudah
matang dan tahu untuk membezakan sesuatu perkara yang buruk dan yang baik.

Selain itu, saya turut menghadapi stress yang berkaitan dengan peperiksaan. Setiap kali peperiksaan, saya
merasakan bahawa saya tidak bersedia, belum menguasai kesemua pelajaran dan tidak mampu melakukan yang
terbaik dalam peperisaan.
2. Apakah punca stres itu berlaku?

Terdapat banyak punca yang menyumbang kepada stress ini. Antaranya ialah tidak memahami
pelajaran yang diajar oleh para pensyarah terutamanya ketika di dalam dewan kuliah. Hal ini kerana,
pelajar perlu melakukan mendengar, menyalin, memahami dan menumpukan perhatian dalam satu masa.
Memanglah tidak mustahil perkara ini dapat dilakukan dengan serentak, namun tidak semua pelajar
mampu melakukannya. Kebanyakkan pelajar akan mengeluh apabila tamat kuliah kerana mereka
termasuklah saya tidak dapat memahami pelajaran yang diajar oleh pensyarah. Manakan mahu menyalin,
mendengar dan memahami ilmu yang sedang diterangkan oleh pensyarah.

Selain itu, ssuasana di dalam dewan kuliah turut menjadi punca stress kerana dalam satu-satu
kuliah akan dihadiri oleh lebih daripada 400 orang pelajar. Sudah tentu dapat dibayangkan keadaan semasa
itu. Tidak semua pelajar memberikan kerjasama untuk diam apabila pensyarah sedang menyampaikan ilmu
di hadapan.Pelbagai ragam dapat disaksikan apabila berada di dalam dewan kuliah. Para pelajar yang mahu
bersungguh-sungguh untuk mendapatkan ilmu akan mencuba untuk mendapat tempat paling hadapan .
Bagi mereka yang tidak mahu menumpukan perhatian semasa kuliah mereka lebih suka untuk duduk di
barisan belakang, membuat bising serta mengganggu rakan-rakan lain yang ingin belajar. Perkara ini
secara tidak langsung mewujudkan stress bagi saya.

Dalam pada masa yang sama, saya turut menghadapi stress apabila melihat rakan-rakan lain
bersungguh-sungguh belajr. Saya seperti tidak mempunyai semangat dan berasa amat kurang sokongan
untuk belajar. Situasi ini sekaligus boleh membantutkan niat saya untuk belajar.Saya seperti tidak
mempunyai keinginan untuk belajar seperti rakan-rakan yang lain. Terdapat juga rakan-rakan yang
bersikap negatif yang mengajak untuk melakukan perkara yang sia-sia seperti ponteng kuliah, berfoya-foya
tanpa mengira masa dan pelbagai lagi gelaja negative lain.

Di samping itu, harapan yang tinggi daripada keluarga, terutamanya ibu bapa turut menjadi salah
satu punca stress yang saya alami. Sebagai anak bongsu dalam keluarga, pastilah ibu bapa mengharapkan
yang terbaik daripada anak bongsunya jika dibandingkan dengan kakak mahupun abangnya. Walaupun
secara lahiriahnya kita berasa bangga mempuyai kakak atau abang yang berjaya dengan cemerlang dalam
hidupnya serta mempunyai pekerjaan yang baik, namun, si adik akan berasa tertekan dan tercabar untuk
melakukan yang lebih baik daripada mereka. Ahli keluarga janganlah meletakkan harapan yang terlalu
tinggi kepada anak-anak kerana anak-anak akan berasa tertekan dan tidak gembira dengan hidupnya.
3. Beri cadangan dan perancangan untuk mengatasi stress anda?

Antara solusi yang dapat saya fikirkan untuk menyelesaikan stress saya ialah dengan menetapkan
kembali matlamat hidup saya semasa belajar di PASUM ini. Saya perlu berfikir dengan positif, tabah
menghadapi dugaan dan cabaran untuk menuntut ilmu di samping dapat menambahkan ilmu dan
pengalaman hidup. Kegagalan yang lepas perlulah diterima dengan hati yang terbuka dan ambillah
pengajaran daripada peristiwa itu, Oleh itu, saya akan mempraktikkan cara berfikir secara rasional dalam
setiap detik hidup ini. Walaupun bunyinya kedengaran mustahil, namun tidak mungkin ianya tidah mampu
dilakukan. Kita sememangnya tidak boleh menjadi yang paling baik, tetapi kita sentisa berpeluang untuk
menjadi yang terbaik.

Selain itu, untuk mengatasi masalah tidak memahami ilmu yang diajar di dalam dewan kuliah,
saya perlulah mengamalkan sikap suka bertanya perkara-perkara yang bnerfaedah. Malam sebelum kuliah,
saya boleh memperuntukkan beberapa ketika untuk membaca dahulu topik yang bakal diajar di dalam
ujian.Perkara ini sangat membantu kita untuk lebih memahami pelajaran yang bakal diajar esok hari. Kita
perlulah sentiasa bersedia untuk mempelajari ilmu ilmu yang bakal diajar oleh pensyarah agar tidak berasa
tidak seronok dan bergembira. Bertahanlah, tidak lama lai semua ini akan berakhir.

Di samping itu, kita juga boleh mengadakan kumpulan belajar yang dianggotai oleh empat-lima
orang tetamu. Belajar berkumpulan lebih efektif kerana mereka saling bantu membantu untuk
memahamkan sesuatu ilmu.

Sebagai persiapan untuk menghadapi peperiksaan akhir semester yang bakal menjelang tidak
lama lagi pada hujung bulan Oktober, saya seharusnya sudah memulakan ulang kaji dan cuba
memahamkan ilmu yang diajar dengan lebih mudah. Selain itu, saya juga telah menyediakan jadual belajar
yang lebih sistematik dan teratur agar saya mempunyai pedoman untuk memulakan ulang kaji. Apabila
sudah mempunyai jadual belajar, saya merasakan bahawa saya mempunyai komitmen yang perlu
dilakukan dengan bersungguh-sungguh.

Sementelahan itu, kita juga tidak boleh mengabaikan factor agama. Sebagai seorang pelajar
muslim yang berpegang dengan ajaran Islam, kita sendiri sedia maklum bahawa kita perlulah melakukan
segala suruhan dan meninggalkan laranganNya seperti yang telah dijelaskan di dalam al quran. Hali ini
kerana agama memainkan peranan penting dalam diri kita bagi membentuk hati, perasaan dan spiritual
yang teguh, tabah dan sentiasa istiqamah dalam melakukan kebaikan. Apabila kita mengikut perintah
Allah, secara tidak langsung, jiwa kita akan tenang dan ini sekaligus menerangkan hati dan memudahkan
proses pembelajaran berlaku. Dalam pada masa yang sama, untuk mencapai nikmat ini, kita juga perlulah
taat dan patuh kepada kedua ibu bapa. Seperti mana yang kita semua ketahui, syurga seorang anak terletak
di bawah telapak kaki ibunya. Tidak dilupakan juga kepada guru-guru atau pensyarah yang memberi ilmu
kepada kita. Kita seharusnya menghormati mereka kerana mereka ibarat ibu bapa kita di institusi
pendidikan. Harus juga ditekankan di sini bahawa kita juga perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan
semua orang dan tidak menimbulkan masalah. Sekiranya kita mahu disayangi, maka kita perlulah
menyayangi dahulu.Jika kita tidak mahu disakiti, maka janganlah kita menyakiti orang lain dahulu.

Anda mungkin juga menyukai