Anda di halaman 1dari 3

Setiapmanusiatidakterlepasdaripadamenghadapitekanandalamkehidupan.

Halinibertepatandengan
maksudperibahasa,bumimanayangtidakditimpahujandanlautanmanayangtidakbergelora

Tips mengatasi stress menjelang peperiksaan:

1. Pengurusan masa yang betul.

Pelajar perlu mengelakkan diri daripada mengulangkaji pada saat akhir. Pelajar perlulah
menyediakan jadual belajar dan mengatur masa dengan efisien. Pelajar juga perlu mengelakkan
diri daripada melakukan aktiviti tidak berfaedah dalam minggu peperiksaan, sebaliknya menyusun
atur jadual agar lebih kepada aktiviti ulang kaji.

2. Pengambilan makanan seimbang.

Ia sangat penting kerana pengambilan makanan yang berkahsiat mengikut aturan masa dapat
mengelakkan daripada tekanan sewaktu belajar. Elakkan daripada mengambil makanan yang tinggi
lemak, gula dan sodium.

Pengambilan sarapan juga amat penting sebelum memasuki dewan peperiksaan . Kaedah ini akan
membantu seseorang pelajar agar mempunyai tenaga dan tenang untuk menjawab soalan, dan
seterusnya mengelak daripada tertekan akibat lapar.

3. Berbincang dengan ibu bapa.

Harapan yang terlalu tinggi daripada kedua-dua ibu bapa juga merupakan antara faktor yang
menyebabkan pelajar menghadapi stress. Oleh itu, ibu bapa perlu bertenang dan mengetahui
tahap kemampuan anak masing-masing. Mereka seterusnya perlu menyokong dan bukannya
mendesak untuk mendapatkan keputusan cemerlang.

Sesungguhnya tidak ada ibu bapa yang mahukan anak mereka gagal dalam pelajaran. Namun
demikian, ibu bapa tidak boleh meletakkan harapan terlalu tinggi sehingga anak-anak mereka
berasa tertekan kerana perlu memenuhi kehendak keluarga.

4. Tidur secukupnya.

Tidur adalah rehat yang paling sempurna. Jadi pelajar perlulah mempunyai waktu tidur yang
mencukupi agar ia dapat menyegarkan fizikal dan emosi. Tidur yang mencukupi juga dapat
menyusun ingatan dalam otak kita.

5. Sentiasa bisikkan ayat positif pada diri sendiri.


Contohnya, AKU PELAJAR CEMERLANG.

6. Bagi pelajar yang beragama Islam.

Biasakanlah berwuduk setiap kali ingin membuat ulang kaji. Berwuduk akan menenangkan jiwa
dan akan memudahkan kita mengingati apa yang dipelajari. Selain itu jangan sesekali melupakan
solat dan jangan abaikan amalan membaca Al-Quran.

7. Teknik menarik nafas.


Tarik nafas dan hembus perlahan-lahan adalah antara cara paling mudah untuk mengatasi
tekanan . Bernafas dengan cepat akan meningkatkan tindak balas tekanan. Jadi pelajar perlu
bertenang dan bernafas secara perlahan bagi membekalkan oksigen yang secukupnya kepada
otak.

Emosi merupakan salah satu unsur yang memainkan peranan penting di dalam kehidupan
manusia sejagat. Emosi juga merupakan salah satu tunjang yang penting dalam perjalanan
setiap insan di muka bumi ini. Jika emosi diganggu, akan timbul beberapa masalah yang
mampu memberikan kesan-kesan yang negatif kepada diri sendiri seperti tidak bersemangat
dalam melakukan sesuatu perkara dan sering kelihatan gelisah bagi melaksanakan sesuatu
tugasan

Antara cara untuk mengatasi masalah stress adalah mengatur pemakanan yang betul. Makanan
adalah penting untuk individu mempunyai tenaga bagi menjalankan aktiviti harian.

Pemilihan makanan akan mempengaruhi tenaga kita sekaligus mengurangkan perasaan stress
tersebut timbul. Tambahan lagi, pengambilan makanan secara diet yang seimbang juga akan dapat
menambah zat makanan yang diperlukan dalam tubuh badan manusia. Dengan itu, adalah amat
penting untuk mengambil makanan yang menjamin kesihatan tubuh badan.

Langkah seterusnya berfikiran positif. Hal ini amat penting untuk kita berfikir secara bernas dan bijak
ketika berada dalam sesuatu situasi yang tegang. Semua masalah boleh diselesaikan jika kita
berfikir secara positif dan rasional dan stress hanya akan membebanka nmasalah yang timbul
dalamdiri seseorang.

Oleh itu, seseorang akan lebih mudah mengawal emosi jika berfikiran positif dan bersedia untuk
mencari altenatif penyelesaian yang terbaik dalam usaha menyelesaikan masalah tanpa perlu
mempengaruhi kesihatan diri sendiri. Selain itu, individu juga tidak perlu membeban kandiri masing-
masing. Hal ini berlaku apabila seseorang itu menaruh harapan yang tinggi dalam sesuatu perkara
hingga terlupa akan kemampuan diri yang dimiliki beliau. Oleh itu, individu harus sedarakan
kemampuan kita kerana stess akan berlaku jika kita tidak mendapat apa yang diinginkan atau
mengalami kegagalan. Lalu, jalan penyelesaian adalah melakukan tugasan secara sistematik agar
perasaan stress dapat dielakkan dari semasa ke semasa.

Berehat juga boleh mengatasi masalah stress. Kebiasaannya, individu yang mengalami stress akan
sibuk dan kekurangan masa untuk tidur. Hal ini bermaksud, tubuh badan tidak memperolehi rehat
yang secukupnya lalu ia akan memudaratkan kesihatan seseorang. oleh yang demikian, seseorang
individu hendaklah mengatur masa tidur dan rehat secara sistematik agar tubuh badan tidak menjadi
lemah. Tambahan lagi, beriadah dan mendengar music secaraber sendiri juga boleh merehatkan
minda daripada masalah stress.

Alternatif yang seterusnya ialah berkomunikasi dengan keluarga dan rakan-rakan. Sebagai seorang
manusia, kita hendaklah berinteraksi dengan orang lain agar hidup tidak berseorangan. Hal ini
kerana berseorangan juga boleh menimbulkan perasaan stress. Kita perlukan seseorang untuk
menyokong dan mendorong supaya hidup lebih bermotivasi dan ia jugaa kan menghilangkan rasa
rungsing yang berada dalam fikiran. Olehitu, individu haruslah meluangkan masa bersama keluarga
dan rakan-rakan pada masa kelapangan.

Anda mungkin juga menyukai