Anda di halaman 1dari 2

Secara individu anda dikehendaki menulis satu refleksi tentang bagaimana anda mengurus tekanan emosi yang dihadapi

semasa belajar di Institut Pendidikan Guru Kampus di Malaysia.

Sebagai seorang penuntut di Institut Pendidikan Guru Kampus di Malaysia, saya tidak dapat lari daripada tekanan yang sering melanda diri. Selama menuntut di IPGK, saya telah dapat mempelajari serba sedikit untuk mengurus tekanan emosi yang sering dihadapi lebih-lebih lagi pada musim kerja kursus dan juga musim peperiksaan. Tekanan yang dihadapi pada musim-musim ini, mengancam ketenteraman dan juga kesihatan diri.

Pada mulanya, tekanan yang saya hadapi menyebabkan saya berasa sangat sedih dan juga mengakibatkan emosi yang tidak stabil. Saya tidak dapat meluahkan perasaan saya pada orang lain kerana takut diketawakan. Maka, saya menyimpannya dalam hati sehingga pada suatu saat, saya rasa sesak nafas dan menangis teresakesak tanpa mengetahui sebab munasabah saya menangis begitu. Saya akan berasa lega setelah menangis dan keesokan harinya saya menjalani rutin seperti biasa.

Lama- kelamaan saya berasa menangis bukan sesuatu yang baik untuk mengurus tekanan yang dihadapi. Maka saya mula mencari seorang kawan yang paling rapat dan dapat dipercayai untuk meluahkan segala yang saya rasa supaya saya dapat mengurus tekanan yang saya hadapi. Dengan itu, saya akan mencari kawan sekelas saya paling rapat dengan saya, iaitu Reeta untuk meluahkan tekanan emosi yang saya hadapi kepadanya dan seterusnya dia akan member nasihat kepada saya untuk menangani tekanan emosi yang saya hadapi dan begitu juga sebaliknya.

Selain itu, saya juga akan menonton atau mendengar lagu untuk mengurangkan tekanan emosi yang saya hadapi lebih-lebih lagi semasa musim peperiksaan menjelang tiba. Ini kerana saya lebih suka belajar memahami apa yang saya pelajari daripada saya menghafalnya. Saya akan rasa tertekan bila rakan-rakan dan teman sebilik saya asyik menelaah buku di hadapan saya. Apabila saya melihat situasi yang sedemikian maka saya akan rasa takut dan gelisah. Saya rasa tidak tenteram. Jadi, saya akan menonton atau mendengar lagu yang berirama perlahan melayani perasaan saya buat sementara waktu sebelum saya mula menelaah buku.

Tambahan pula, saya akan berusaha untuk menyiapkan tugasan kerja kursus awal untuk mengelakkan tekanan emosi. Saya akan mencari bahan-bahan yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan secepat mungkin. Saya juga akan berjumpa dengan pensyarah untuk mendapatkan maklumat sekiranya timbul sebarang kemusykilan. Dengan itu, saya dapat menyiapkan tugasan kerja kursus yang diberikan dengan cepat, tepat dan juga aman.Apabila saya menyiapkan tugasan lebih awal, saya akan rasa lebih bersemangat untuk belajar dan juga akan rasa tenang tanpa sebarang beban yang menganggu emosi sehingga menyebabkan tekanan emosi yang hebat.

Akhir sekali, selama saya menuntut di Institut Pendidikan Guru Kampus di Malaysia, saya telah banyak mempelajari dan mempraktikkan cara-cara mengurus tekanan emosi yang sering kali dilanda semasa belajar.Saya juga amat bersyukur kerana dapat mengurus tekanan emosi yang saya sering kali alami daripada terus berleluasa sehingga menyebabkan penyakit.Saya juga amat berharap cara-cara pengurusan emosi yang saya pelajari dan praktikkan itu dapat membantu saya pada masa akan datang iaitu setelah menjawat jawatan sebagai seorang guru.

Anda mungkin juga menyukai