Anda di halaman 1dari 4

TRANSKRIP TEMUBUAL

Guru Pelatih yang menemubual : SHANTINI A/P RAMAN


Guru yang ditemubual : PN. AZA BINTI BUSRA
Tempat : BILIK MESYUARAT
Tarikh : 23/08/2017
Masa : 10.00 - 10.15pagi (15 Minit )

Saya telah menjemput seorang guru di SK TAMAN RINTING 2 iaitu Pn. Aza Binti Busra
untuk menjalani sesi temubual mengenai gangguan emosi dalam kalangan guru.

Shantini : Selamat pagi Cikgu Aza. Saya berasa amat bangga kerana cikgu sudi
menerima temubual pada hari ini. Temubual pada hari ini adalah
sebagai sumber maklumat utama bagi kajian kami mengenai
gangguan emosi dalam kalangan guru. Dunia pendidikan pada hari ini
memegang tanggungjawab yang sangat besar bagi mencapai aspirasi
negara.Namun para guru sentiasa bersedia dalam menangani cabaran
seperti tekanan emosi dalam kalangan guru. Bolehkah cikgu
menyatakan faktor-faktor utama yang menjadikan guru terdedah
dengan gangguan emosi?

Cikgu Aza : Terima kasih Shantini. Erm Pada pendapat saya, antara faktor
utama yang menyebabkan guru mengalami masalah gangguan emosi
ialah bebanan kerja seseorang guru yang semakin bertambah dari segi
kerja pekeranian dan aktiviti kokurikulum. Selain itu, sikap pelajar yang
bermasalah di sekolah juga menyebabkan guru rasa emosi tertekan.
Faktor seterusnya adalah pelajar kurang bekerjasama semasa guru
mengajar di kelas.

Shantini : Terima kasih atas pendapat Cikgu Aza. Apakah pandangan Cikgu Aza
terhadap tekanan emosi yang dihadapi oleh guru?
Cikgu Aza : Pada pendapat saya, saya rasa mungkin masalah keluarga seseorang
guru juga menyebabkan masalah gangguan emosi wujud semasa
pengajaran guru di sekolah. ErrKemungkinan besarnya masalah
dihadapi tidak dapat diselesaikan, sampai guru tidak dapat mengawal
emosi diri. Apabila guru datang ke sekolah dan berhadapan dengan
murid, dia tidak boleh melepaskan tekanannya yang dihadapi di rumah
dan dia akan menghadapi tekanan emosi semasa mengajar di
sekolah. Inilah pandangan daripada saya.

Shantini : Saya amat bersetuju dengan pandangan Cikgu Aza bahawa masalah
keluarga adalah punca utama yang menjadi guru terdedah dengan
stres.Err Bolehkan Cikgu Aza berkongsi pendapat tentang punca-
punca yang lain tentang gangguan emosi yang wujud dalam kalangan
guru?

Cikgu Aza : Boleh. Pada pendapat saya, saya rasa subjek yang diajar oleh
seseorang guru adalah punca utama yang menjadikan guru terdedah
dengan masalah gangguan emosi. Contohnya, saya baru ajar di sini
selama 6 bulan, saya telah diagihkan untuk mengajar pendidikan
muzik, tapi saya sendiri tidak mahir dalam muzik. Saya berasa sangat
tertekan sebab saya tak tahu kemahiran dan perkembangan murid
dalam kelas muzik. Selain itu, sikap ibu bapa juga merupakan satu
punca untuk mengalami gangguan emosi kepada cikgu. Saya seorang
guru pendidikan khas. Saya mendapati ibu bapa amat mementingkan
pencapaian pelajaran murid kerana mereka sentiasa datang ke
sekolah dan bertanya tentang perkembangan murid seminggu sampai
4 kali. Saya rasa amat tertekan kerana murid pendidikan khas perlu
menguasai sesuatu kemahiran dengan masa yang agak panjang.

Shantini : Terima kasih atas perkongsian pandangan Cikgu Aza. Seterusnya


bolehkah Cikgu Aza menyatakan sejauh manakah tahap keseriusan
gangguan emosi yang dialami?

Cikgu Aza : Pada pendapat saya, Err tahap gangguan emosi bagi saya dan
guru-guru dalam sekolah ini adalah tidak begitu serius. Saya masih
dapat mengawal emosi saya dan tidak melepaskan tekanan kepada
murid-murid semasa saya mengajar di dalam kelas. Tapi, kadang-
kadang saya masih risau dan takut tentang keberkesanan sesuatu
pengajaran dalam kelas. Contohnya, segelintir murid yang berbuat
bising di dalam kelas akan mempengaruhi murid yang lain juga
berbuat bising dalam kelas. Oleh itu, tidak setiap murid dapat
mendengar apa yang saya ajar semasa pengajaran dan mereka tidak
dapat menjawab soalan yang dikemukakan dalam kelas dengan betul.
Akibatnya pencapaian akademik murid akan semakin menurun.

Shantini : Terima kasih atas pendapat Cikgu Aza. Soalan yang terakhir ialah
apakah langkah-langkah yang guru boleh gunakan dalam menangani
masalah tekanan emosi dalam kalangan guru?

Cikgu Aza: Pada pendapat saya, langkah yang sesuai digunakan adalah guru
perlu menenangkan fikiran terlebih dahulu sebelum mengambil
tindakan sekiranya guru berada dalam keadaan yang tertekan. Apabila
emosi saya terganggu sangat, saya akan cuba diam sahaja, dan tarik
nafas. Selepas saya dapat tenangkan fikiran saya, barulah saya akan
membuat keputusan atau mengambil tindakan yang seterusnya. Inilah
pendapat saya. Seterusnya, sekiranya saya amat tertekan dengan
tingkah laku murid-murid, saya akan keluar dari bilik darjah supaya
meninggalkan situasi yang tertekan. Biasanya, saya akan
menenangkan diri dan minum air sebelum berhadapan dengan pelajar.
Cara yang saya gunakan juga bertujuan menunjukkan kepada murid
bahawa saya sudah marah. Selepas fikiran dan emosi saya berada
dalam keadaan yang tenang, saya akan balik ke kelas dan sambung
mengajar dalam kelas supaya emosi saya tidak akan mempengaruhi
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Selain itu, saya akan terus
tidur selepas waktu sekolah sekiranya berasa amat tertekan di
sekolah. Saya juga akan makan seberapa yang boleh untuk
mengurangkan gangguam emosi yang dihadapi. Walaubagaimanapun,
cara yang paling berkesan bagi saya untuk menangani tekanan emosi
yang dihadapi bersukan dan jogging untuk melepaskan tekanan
emosi yang dialami.

Shantini : Terima kasih atas perkongsian pendapat Cikgu Aza. MmSecara


keseluruhannya saya bersetuju dengan langkah-langkah yang
digunakan oleh guru-guru untuk mengatasi emosi yang dihadapi.
Secara keseluruhannya, gangguan emosi guru masih berada dalam
tahap keseriusan yang tidak serius. Diharapkan tekanan emosi yang
dihadapi oleh guru-guru masih boleh dikurangkan sehingga prestasi di
sekolah tidak akan dipengaruhi dan tekanan emosi guru-guru juga
tidak akan mempengaruhi pencapaian murid-murid di sekolah. Sekian
sahaja temubual pada hari ini. Saya ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada Cikgu Aza kerana sudi berkongsi pendapat tentang
gangguan emosi dalam kalangan guru. Sekian terima kasih.

Cikgu Aza : Ya, Sama-sama.

Anda mungkin juga menyukai