Anda di halaman 1dari 3

Wan Naimah Fadhilah Bt Wan Chik

1

1

Perbandingan Kurikulum Matematik di Malaysia dan di Luar Negara berdasarkan NCTM.

Kurikulum Matematik di Malaysia pada peringkat sekolah rendah adalah
bertujuan supaya pelajar-pelajar mampu menguasai kemahiran mengira yang mudah
agar mereka mampu mengaplikasikan terus ke dalam kehidupan. Contoh aplikasi dalam
kehidupan yang dimaksudkan adalah seperti urusan jual beli seharian, kemampuan
untuk membaca waktu dan sebagainya. Secara tidak langsung, pelbagai nilai juga boleh
diterapkan menerusi pengajaran matematik seperti rasionalisme, empirisisme,
keterbukaan, kemajuan dan lain-lain.
Apabila kurikulum Matematik di Malaysia dibandingkan dengan kurikulum
Matematik dari luar negara menerusi laman NCTM, terdapat banyak persamaan antara
kedua-dua kurikulum ini. Sebagaimana NCTM yang mempunyai enam prinsip untuk
kurikulum Matematik mereka, kurikulum di Malaysia juga mempunyai enam prinsip
yang hampir sama.
Kurikulum Malaysia Kurikulum NCTM
Penyebaran Kurikulum Equity
Kurikulum Curriculum
Pengajaran Kurikulum Teaching
Perancangan Kurikulum Learning
Penilaian Kurikulum Assessment
Pembaharuan Kurikulum Technology

Prinsip pertama Kurikulum Matematik menekankan berkenaan ekuiti yang
bermaksud keadilan ataupun layanan sama rata kepada semua pelajar tanpa mengira
latar belakang, keadaan fizikal dan karakter individu tersebut. Maksud yang difahami di
sini adalah semua pelajar berhak untuk belajar Matematik tapi tidaklah bermakna
setiap pelajar harus menjalani proses pengajaran dan pembelajaran yang sama. Hal ini
kerana, bagi pelajar yang lemah, mereka memerlukan tempoh yang lebih lama untuk
memahami sesuatu topik yang dipelajari. Dari aspek kemudahan untuk belajar juga
perlulah sama rata seperti kemudahan makmal di bandar dan luar bandar haruslah
sama-sama mendapat peruntukan mengikut keperluan pelajar.
Kurikulum yang menjadi prinsip kedua juga antara yang perlu dititikberatkan
kerana dengan adanya kurikulum yang standard mampu menjadi panduan atau asas
rujukan untuk guru-guru Matematik. Ini penting supaya kefahaman semua pelajar dapat
disama ratakan apabila keluar dari sekolah masing-masing dan mudah bagi mereka
untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang seterusnya.

Wan Naimah Fadhilah Bt Wan Chik
2

2

Prinsip yang ketiga iaitu pengajaran kurikulum penting untuk seseorang guru
kerana teknik-teknik pangajaran yang efektif lagi efisyen haruslah dipelajari supaya
pelajar-pelajar mampu menguasai sesuatu topik Matematik dengan baik dan proses
pembelajaran tidaklah membosankan pelajar. Oleh itu, kerajaan harus mengambil
langkah untuk memantapkan teknik-teknik pengajaran seseorang guru itu dengan
mengadakan seminar-seminar ataupun kursus-kursus yang berkaitan. Seseorang guru
itu juga harus mempunyai ilmu yang mendalam berkenaan apa yang diajarnya supaya
dapat membantu pelajar memahami Matematik dengan pelbagai cara yang efektif.
Prinsip seterusnya adalah proses pembelajaran kurikulum. Seseorang pelajar
haruslah memahami konsep Matematik yang diajar dan bukanlah hanya dengan
menghafal. Hal ini kerana, kefahaman yang mendalam membolehkan seseorang pelajar
itu menyelesaikan sesuatu masalah yang lebih sukar jika dibandingkan dengan
seseorang pelajar yang hanya menghafal konsep Matematik yang dipelajarinya. Guru
harus memainkan peranan untuk memahamkan pelajar kerana mereka berhak untuk
memahami apa yang diajar oleh gurunya.
Penilaian dari kurikulum yang diajar haruslah dilakukan kepada pelajar bagi
membolehkan guru untuk menilai para pelajarnya. Maklum balas daripada penilaian
yang dilakukan sepatutnya dianalisis dengan baik oleh guru bagi mengenal pasti
kelemahan pelajar-pelajarnya. Dengan adanya penilaian ini, para pelajar juga boleh
menetapkan matlamat mereka sendiri untuk lebih memahami sesuatu topik Matematik
yang belum dikuasainya.
Prinsip yang terakhir adalah penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kurikulum Matematik di sekolah. Penggunaan teknologi seperti komputer
dan video mampu menarik minat pelajar untuk lebih fokus kerana penggunaan grafik
yang lebih menarik berbanding cara pengajaran yang biasa.
Standard proses daripada NCTM pula mempunyai persamaan yang besar dengan
Lima Tonggak dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik di Malaysia iaitu
penyelesaian masalah, komunikasi matematik, penaakulan matematik, perkaitan
matematik dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Lima asas yang tersebut penting dalam kurikulum Matematik bagi melahirkan
modal insan yang seimbang dan harmonis dari aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek.
Tambahan lagi, pada kurun ke-21 ini, keperluan yang baru iaitu kemahiran dalam
teknologi dan sumber manusia yang kreatif dan inovatif diperlukan. Oleh itu tugasan
dalam bilik darjah perlu lebih mencapah, mencabar minda dan lebih holistik supaya
mampu mencapai matlamat yang diinginkan.
Antara topik yang dipelajari di luar negara berdasarkan NCTM adalah Nombor
dan Operasi, Algebra, Geometri, Ukuran, dan Manipulasi Data. Jika dibandingkan dengan
topik yang diajar di Malaysia, hanya Algebra sahaja yang kurang diberi penekanan pada
tahap rendah kerana penekanan terhadap penguasaan konsep asas lebih diutamakan.
Wan Naimah Fadhilah Bt Wan Chik
3

3

Berdasarkan penerangan di atas, dapat disimpulkan di sini bahawa Kurikulum
Matematik di Malaysia dengan Kurikulum Matematik di luar negara mempunyai banyak
persamaan. Oleh itu, sepatutnya masyarakat Malaysia mampu untuk sama-sama maju
ke hadapan seiring dengan negara-negara lain. Seharusnya, tiada lagi ucapan yang
mengatakan kurikulum Malaysia ketinggalan selepas perbandingan ini dilakukan.
Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia secara keseluruhannya harus memainkan
peranan masing-masing bagi mencapai matlamat ini dan bukan hanya mengharapkan
peranan daripada sesetengah pihak sahaja.

Anda mungkin juga menyukai