Anda di halaman 1dari 3

TRANSKRIP TEMU BUAL

Berikut merupakan transkrip hasil temu bual bersama Puan Norhasniza yang merupakan guru
Sains di Sekolah Kebangsaan Taman Cempaka, Johor Bahru.

Saya : Selamat pagi Puan Norhasniza.

Pn. Nor : Selamat pagi Cikgu.

Saya : Saya ingin menanyakan beberapa soalan mengenai masalah gangguan


emosi yang dihadapi oleh para guru. Adakah cikgu pernah mengalami tekanan
emosi?

Pn. Nor : Mestilah ada. Takkan jadi guru ini tak ada stres.

Saya : Apakah punca-punca berlakunya gangguan emosi pada cikgu?

Pn. Nor : Salah satu punca stres (gangguan emosi) ialah pelaksanaan kurikulum
baharu iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Hal ini kerana, kurikulum
ini sangat membebankan dan kurikulum Sains yang diajar oleh saya,, terlalu
sukar bagi tahap murid. Selain itu, masa tidak mencukupi untuk menyalurkan
semua ilmu kepada murid menyebabkan mereka tak dapat memahami dengan
mendalam.

Saya : Bagaimanakah cikgu dapat mengawal tekanan emosi tersebut?

Pn. Nor : Saya selalu menganggap setiap secara positif dan membuat perancangan
rapi agar semua kerja saya siap pada waktu yang tepat. Kalau stres sangat
saya berkongsi luahan hati saya pada suami saya.

Saya : Bagaimanakah cikgu,

Pn. Nor : Sebagai guru kita boleh memberi sokongan dalam bentuk bimbingan dan
memberi tunjuk ajar mengenai cara-cara untuk menguruskan emosi kendiri
ataupun dipanggil stress. Selain itu, kita boleh menyediakan persekitaran bilik
darjah yang kondusif untuk menarik perhatian murid-murid.

Saya : Itu sahaja Puan Norhasniza. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk
sesi temu bual ini.

Pn.Nor : Sama-sama dan terima kasih


TRANSKRIP TEMU BUAL

Berikut merupakan transkrip hasil temu bual bersama Puan Atiqah yang merupakan guru
Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Kebangsaan Taman Cempaka, Johor Bahru.

Saya : Selamat pagi Puan Atiqah.

Pn. Iqa : Selamat pagi Cikgu.

Saya : Saya hendak menanyakan beberapa soalan mengenai masalah tekanan


emosi yang dihadapi oleh para guru. Adakah cikgu pernah mengalami tekanan
emosi?

Pn. Iqa : ya, saya pernah mengalaminya.

Saya : Pada pendapat cikgu, apakah punca berlakunya gangguan emosi ini?

Pn. Iqa : Pada pendapat saya, ia akibat banyak faktor. Contohnya, bebanan kerja,
keluarga, persekitaran dan banyak lagi.

Saya : Bagaimanakah cikgu rasa tekanan emosi dapat dikawal?

Pn. Iqa : Sebenarnya ia bergantung kepada individu tersebut. Ada banyak cara untuk
mengawal atau menghilangkan stres. Antaranya, beriadah, berkongsi bersama
orang terdekat, menerima bantuan professional dan lain-lain lagi.

Saya : Sekarang saya ingin tahu mengenai masalah gangguan emosi dalam
kalangan murid. Apakah punca-punca berlakunya gangguan emosi dalam
kalangan murid?

Pn. Iqa : Puncanya ialah latar belakang atau situasi keluarga, sikap murid itu sendiri,
persekitaran dan tidak terkecuali juga masyarakat di sekeliling.

Saya : Apakah kesan yang ketara dapat diperhatikan pada murid-murid sebegini?

Pn. Iqa : Mereka berperwatakan malas, agresif serta bersikap suka mengganggu
rakan-rakan. Mereka juga gagal menumpukan perhatian semasa proses
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah ketika guru mengajar.

Saya : Apakah tindakan cikgu akan sarankan untuk mengatasi gangguan emosi
dalam kalangan murid yang mengalami masalah emosi?
Pn. Iqa : Cadangan saya, sebagai seorang guru kita boleh memberi sokongan dalam
bentuk bimbingan dan memberi tunjuk ajar mengenai cara-cara untuk
menguruskan emosi kendiri. Selain itu, kita boleh menyediakan persekitaran
bilik darjah yang kondusif untuk menarik perhatian murid-murid.

Saya : Terima kasih sangat Puan Iqa kerana sudi memberi kerjasama.

Pn. Iqa : Sama-sama dan terima kasih kerana memberi peluang.

Lampiran Bergambar.

Gambar 1. Bersama Puan Norhasniza Gambar 2. Bersama Puan Atiqah

Gambar 3. Hazail Gambar 4. Aiman

Anda mungkin juga menyukai