Anda di halaman 1dari 6

PKE3023E Pendidikan Keselamatan

Keselamatan sosial ( alam siber (internet safety)

Bertindak Dengan Bijak Jangan Tertipu

Terdapat pengguna internet yang sentiasa mencari peluang untuk menganiayai orang

lain terutama remaja dan kanak-kanak. Kebiasaannya mereka akan menghantar e-

mel/mesej (IM) secara rawak dan mengharapkan seseorang akan membalas e-

mel/mesej (IM) tersebut. Oleh itu jangan sesekali

Berikan nama, alamat, nombor telefon, nama sekolah atau kata laluan.

Bertemu dengan orang yang tidak dikenali semasa anda berbual di internet .

hiraukan apa yang diperkatakan olehnya

Membuka e-mel dan lampiran daripada orang yang tidak kenali, mempercayai

gambar dan mesej yang anda terima daripada orang yang tidak dikenali.

Sembunyikan sesuatu daripada ibu bapa, guru atau penjaga anda jika seseorang

atau mesej yang dihantar menjadikan anda berasa tidak selesa


Panduan keselamatan internet bagi kanak-kanak yang boleh kita terapkan

bermula dari rumah kita sendiri.

1. Ketahui pergerakan mereka

Sama seperti kita mengetahui di mana anak kita berada pada setiap masa, begitu

juga sewaktu mereka melayari internet. Jadi teman sewaktu mereka melayari internet

serta kenalpasti siapa kenalan mereka di media sosial. Bukan untuk mengongkong,

tetapi lebih baik berjaga-jaga sebelum semua sudah terlewat nanti.

2. Pilih lokasi selamat

Pilih lokasi yang terbuka untuk penggunaan internet di rumah. Ruang menonton

keluarga atau laluan utama di rumah adalah paling sesuai. Tetapkan bahawa gajet

dengan capaian internet hanya boleh digunakan oleh mereka di ruangan ini sahaja,

dan dengan kehadiran orang dewasa.

3. Tetapkan peraturan

Sesuai dengan usia anak-anak, tetapkan jadual penggunaan internet di rumah.

Jadikan penggunaan internet ini sebagai ganjaran sekiranya tugasan harian mereka

telah disempurnakan. Buat senarai laman web yang boleh dilayari pada masa yang

dibenarkan, selain daripada itu mesti mendapat kebenaran kita terlebih dahulu.
4. Mendidik tentang privasi

Meskipun mereka masih kecil, kita mesti sentiasa mengingatkan bahawa si dia:

1. Tidak dibenarkan memberi nama penuh, nombor telefon, alamat emel, alamat

rumah, kata laluan internet, nama sekolah dan gambar kepada orang yang tidak

dikenali;

2. Tidak membuka emel dari orang asing;

3. Tidak menjawab apa-apa mesej yang mengganggu ketenteraman;

4. Tidak akan berjumpa dengan sesiapa sahaja yang dikenali atas talian;

5. Tidak memuat-turun gambar dan status yang tidak sesuai di media sosial;

6. Tidak meninggalkan komen atau kata-kata yang membuatkan orang lain tidak

selesa.

Adakalanya, cara kita menggunakan media sosial menjadi contoh terdekat untuk

diikuti oleh anak-anak kita. Beri contoh yang baik sewaktu mengemaskini status,

gambar serta meninggalkan komen di sana.


5. Memilih aktiviti di internet

Ketahui minat si kecil kita melalui laman web yang sering dilawatinya. Ada kanak-

kanak yang gemarkan eksplorasi sains, projek kraf, memasak atau teknologi internet

itu sendiri.

Senaraikan laman web khas berkaitan yang menarik untuk mereka terokai. Teruskan

juga dengan aktiviti fizikal agar masa mereka sentiasa dipenuhi dengan perkara

berfaedah. Tidak mustahil si kecil kita akan menjadi pakar dalam bidang yang disukai

si dia satu hari nanti!

6. Berterus-terang tentang bahaya internet

Cerita dan tunjukkan keratan akhbar kepada si kecil tentang bahaya internet seperti

pembuli siber, pornografi kanak-kanak, pedofilia, penculikan dan sebagainya. Kanak-

kanak sangat gemar mencuba tanpa menyedari akibat sesuatu perkara.

Beritahu mereka sekiranya ada situasi yang membuat mereka tidak selesa di internet,

mereka perlu memberitahu kita dengan serta-merta.


7. Lakukan sendiri

Kita boleh melakukan sendiri perkara berikut untuk keselamatan pengunaan

internet di rumah:

1. Hentikan fungsi kamera web (webcam) dan kamera sedia ada (built in camera)

dengan menukar tetapan pada komputer.

2. Di laman web popular seperti Google dan YouTube, tukar tetapan keselamatan

(safety settings) untuk menapis paparan yang tidak sesuai.

Terdapat banyak video panduan di Youtube yang boleh kita tonton untuk panduan

keselamatan internet kanak-kanak. Ambil tahu dan lakukan langkah pencegahan

demi anak-anak kita.

8. Menggunakan perisian keselamatan

Bagi ibu bapa dengan anak-anak yang sering menggunakan internet untuk

pembelajaran dan juga santai, penggunaan perisian keselamatan berbayar untuk

menapis kandungan internet adalah lebih baik.

Terdapat pelbagai variasi mengikut keperluan dan keutamaan setiap keluarga.

Dapatkan khidmat nasihat dari yang pakar dengan berkunjung ke kedai perisian

komputer berdekatan.
Internet akan menjadi selamat jika kita sebagai ibu bapa atau penjaga mencorakkan

budaya penggunaan internet yang selamat sejak anak-anak masih kecil lagi.

Ajar anak kita untuk memberi respon Tidak kepada perkara yang membuatkan si dia

merasa ragu-ragu dan tidak selesa sewaktu melayari internet.

Jadi teman baik dan terokai dunia internet hari ini dengan duduk bersama-sama

mereka beserta panduan, nasihat dan didikan yang berterusan.

Suatu hari nanti mereka akan melayari internet tanpa kita di sisi dan semoga mereka

dapat membuat pilihan yang tepat.

Anda mungkin juga menyukai