Anda di halaman 1dari 2

PKE3023E Pendidikan Keselamatan

Pendidikan keselamatan diri dari bahaya di persekitaran :Keselamatan Jalan Raya

1. Rancang perjalanan anda untuk mengelakkan situasi kelam kabut pada saat-saat terakhir. Pastikan anda
mendapat rehat secukupnya terutamanya sebelum perjalanan yang panjang. Jangan memandu dalam
keadaan letih, mengantuk tau bila mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan rasa mengantuk.
Periksa tayar, brek dan lampu isyarat sebelum memulakan perjalanan.

2. Sentiasa patuhi had laju yang ditetapkan. Ia menentukan tahap kelajuan maksimum yang selamat bagi
jalan tersebut. Perlahankan kenderaan apabila hujan kerana jalan basah dan licin serta jarakkan kenderaan
anda daripada kenderaan di hadapan. Bagi meningkatkan kebolehlihatan, pasangkan lampu kecil bukannya
lampu kecemasannya.

3. Menukar-nukar lorong adalah membahayakan. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan
semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandang belakang sebelum menukar lorong.

4. Amalkan keselamatan di persimpangan dengan memperlahankan kenderaan pada lampu kuning dan
berhenti pada lampu merah.

5. Beri keutamaan kepada pejalan kaki di kawasan lintasan belang.

6. Elakkan dari mengekori kenderaan terlalu rapat. Perbuatan ini amat membahayakan.

7. Jangan memotong di zon larangan dan jika teragak-agak.

8. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Perbuatan ini boleh menimbulkan
rasa tidak puas hati dan marah.

9. Elakkan mencelah dia antara kenderaan apabila memandu. Perbuatan ini menyebabkan anda lebih sukar
dilihat oleh pengguna jalan raya lain (kerana anda bergerak keluar dan masuk dari kawasan titik buta).

10. Sentiasa gunakan atau pasangkan tali pinggang keledar dan pastikan semua penumpang juga
menggunakannya.

Amalkan tabiat yang selamat jika ingin selamat. Pilihan di tangan anda. Anda mampu mengubahnya
Sebelum memulakan perjalanan

1. Sebelum memulakan perjalanan, periksa dan pastikan tayar, brek dan lampu motosikal anda dalam
keadaan baik dan berfungsi.
2. Gunakan topi keledar yang diluluskan oleh SIRIM dan kancingkan tali dagu dengan ketat untuk
perlindungan maksimum.
3. Pastikan anda boleh dilihat oleh pengguna jalan raya yang lain dengan memaki topi keledar, ves dan kasut
yang berwarna cerah. Jika pakaian anda berwarna hitam, tambahkan bahan pemantul cahaya agar lebih
selamat.
Dalam Perjalanan
1. Kurangkan kelajuan. Patuhi had aju yang ditetapkan kerana ia menunjukkan kelajuan maksimum yang
selamat bagi alan tersebut.
2. Amalkan tabiat memotong yang selamat. Jangan memotong di zon larangan dan jika teragak-agak.
3. Elakkan dari mengekori terlalu rapat kerana ia membahayakan diri dan orang lain.
4. Perlahankan motosikal apabila lampu kuning menyala dan berhenti pada lampu merah. Mengingkarinya
boleh membawa maut.
5. Hormati pejalan kaki. Berikan keutamaan kepada mereka di lintasan belang.
6. Menukar-nukar lorong adalah membahayakan. Periksa cermin di sisi anda dan berikan isyarat serta
pastikan keadaan benar-benar selamat sebelum menukar lorong.
7. Ikut lorong anda. Jangan mencelah-celah. Perbuatan ini menyebabkan anda lebih sukar dilihat oleh
pengguna jalan raya yang lain kerana anda bergerak masuk dan keluar dari kawasan titik buta.

Anda mungkin juga menyukai