Anda di halaman 1dari 8

Unit 1 Pengenalan kepada Kalkulus Asas |1

UNIT PELAJARAN 1


PENGENALAN KEPADA KALKULUS ASAS

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir kursus ini, anda diharap dapat:

1. Menyedari kegunaan kalkulus dalam kehidupan seharian.
2. Menghubungkaitkan konsep had dalam pembezaan dan kamiran.
3. Mengenal pasti pembezaan bentuk sesuatu graf dengan menggunakan ujian
menyusut/menokok, ujian terbitan pertama, ujian kecekungan dan ujian
terbitan kedua.
4. Mencari pembezaan bagi pelbagai fungsi.
5. Melakarkan graf berdasarkan kaedah yang sistematik.
6. Memilih dan menggunakan teknik-teknik kamiran yang sesuai.
7. Menyelesaikan masalah-masalah yang melibatkan pembezaan dan kamiran
secara sistematik.



Kalkulus Asas|2

PENGENALAN

alkulus asas merupakan satu bidang yang penting dalam matematik. Ini kerana ia
merupakan asas kepada bidang kalkulus yang lebih tinggi dan ia juga penting dalam
kehidupan seharian. Pengetahuan tentang kalkulus asas dapat membantu pelajar
mengendalikan aktiviti seharian mereka. Skop bidang pembelajaran ini merangkumi tajuk fungsi,
had dan keselanjaran, pembezaan, penggunaan pembezaan, kamiran dan penggunaan
pengamiran. Kemahiran yang akan dibincangkan ialah mengenai:

Fungsi
Had dan keselanjaran
Pembezaan
Teknik pembezaan
Penggunaan pembezaan
Kamiran
Teknik pengamiran
Penggunaan pengamiran

Tajuk ini meliputi idea intuitif konsep matematik tentang Kalkulus Asas. Kalkulus Asas memainkan
peranan yang sangat penting sebagai asas dalam bidang kalkulus yang lebih tinggi dan juga dalam
hidupan harian. Amalan kemahiran kalkulus ini digunakan dalam sains dan hidupan seharian.
Kalkulus Asas adalah satu daripada tajuk yang menarik dalam kurikulum matematik sekolah. Oleh
itu, murid perlu belajar konsep dan proses yang berkaitan dengan Kalkulus Asas melalui
penglibatan aktif daripada situasi pelbagai amalan.

K
Unit 1 Pengenalan kepada Kalkulus Asas |3

1.1 Fungsi I

Tajuk berkenaan fungsi adalah suatu yang sangat penting dalam bidang kalkulus. Fungsi secara
ringkasnya adalah suatu bentuk hubungan yang tertakrif antara satu set input dan satu set output.
Kita namakan set yang berhubungan tersebut dengan nama domain dan julat. Fungsi sentiasa
menjadi tumpuan penyiasatan dalam kebanyakan bidang kajian matematik moden. Terdapat
banyak cara untuk kita menggambarkan atau mewakili fungsi. Pada kebiasaannya, fungsi boleh
ditakrifkan oleh formula atau algoritma yang menceritakan bagaimana untuk mengira output
daripada input yang diberikan. Cara lain yang digunakan adalah melalui rajah yang dipanggil graf
fungsi. Fungsi boleh juga digambarkan melalui hubungan dengan fungsi-fungsi lain, contohnya
sebagai fungsi songsang, gubahan atau sebagai penyelesaian persamaan perbezaan.

1.2 Fungsi II

Dalam unit ini, kita akan pelajari lanjutan perbincangan mengenai fungsi. Beberapa fungsi penting
di dalam kajian matematik akan dibincangkan bermula dengan fungsi polinomial diikuti dengan
fungsi modulus, fungsi nisbah, fungsi eksponen dan logaritma. Seterusnya fungsi punca kuasa,
fungsi trigonometri dan diakhiri dengan fungsi hiperbolik.
Fungsi polinomial adalah antara fungsi yang terpenting, ditakrifkan daripada ungkapan berbentuk
polinomial. Aplikasi fungsi polinomial muncul dalam pelbagai bidang matematik, sains gunaan,
ekonomi dan sains sosial. Sebagai contoh, ia sering ditemui sebagai hasil permodelan pelbagai
masalah daripada masalah perkataan mudah hingga kepada masalah yang lebih rumit seperti
memperolehi penghampiran dan interpolasi. Termasuk juga fungsi yang terbit daripada proses
pembinaan model-model statik dan dinamik, yang mewakili masalah kehidupan harian dan
fenomena alam semulajadi. Fungsi lain yang akan diberi penekanan dalam unit ini adalah fungsi
Kalkulus Asas|4

trigonometri. Oleh kerana sifat berkala yang dimilikinya maka kita akan membincangkan
perwakilan umum bagi membantu kita melakarkan graf.

1.3 Had dan Keselanjaran

Had sesuatu fungsi adalah satu konsep asas yang perlu difahami dalam pembelajaran kalkulus.
Dalam unit ini, pelajar akan didedahkan tentang pengertian
0
had ( )
x x
f x l

, mengenalpasti kes had


tak wujud, had di ketakterhinggaan, mencari had dengan menggunakan teorem-teorem had, takrif
had secara formal dan akhir sekali pelajar boleh mengenalpasti keselanjaran fungsi pada suatu titik
tertentu. Konsep had ini sangat penting dan banyak digunakan terutamanya ketika melakarkan graf
fungsi fungsi nisbah. Selain itu konsep had juga digunakan dalam mentakrifkan pembezaan atau
pengamiran sesuatu fungsi.

1.4 Pembezaan

Dalam topik ini, pelajar akan mempelajari mengenai pembezaan sebagai perubahan suatu kuantiti
terhadap kuantiti yang lain. Selain itu, pelajar juga akan didedahkan tentang bagaimana untuk
mencari pembezaan suatu fungsi dengan menggunakan Kaedah Prinsip Pertama. Seterusnya
mencari pembezaan suatu fungsi dengan menggunakan rumus pembezaan. Akhir sekali,
bagaimana untuk menentukan terbitan pertama untuk fungsi polinomial mudah, trigonometri,
logaritma dan exponensial juga akan dipelajari.



Unit 1 Pengenalan kepada Kalkulus Asas |5

1.5 Teknik Pembezaan

Unit ini merupakan kesinambungan dari unit sebelum ini iaitu unit pembezaan. Dalam unit ini,
pelajar didedahkan dengan teknik pembezaan iaitu antaranya ialah terbitan pertama untuk sesuatu
fungsi yang merupakan hasil tambah atau hasil tolak dua sebutan algebra. Selain itu, dalam unit ini
juga pelajar akan mempelajari bagaimana untuk menentukan terbitan pertama hasil darab atau
hasil bahagi untuk dua fungsi. Begitu juga dengan terbitan pertama fungsi gubahan dengan
menggunakan petua rantai. Seterusnya, pelajar juga akan mempelajari bagaimana untuk
menentukan terbitan pertama untuk fungsi tersirat. Akhir sekali, pelajar didedahkan bagaimana
untuk mencari terbitan peringkat yang lebih tinggi untuk fungsi y = f(x).

1.6 Penggunaan Pembezaan

Kita telah pelajari konsep terbitan ataupun pembezaan dalam bab sebelum ini. Pengetahuan itu
sangat penting untuk lanjutan dari unit tersebut dari segi teori ataupun penggunaan dalam bidang
matematik, fizik, kimia, kejuruteraan, biologi dan ekonomi. Dalam penggunaan pembezaan pula,
pengetahuan tersebut akan digunakan untuk menyelesaikan beberapa masalah dalam kehidupan
harian. Antara sub topik yang akan dipelajari dalam unit ini ialah mengira nilai hampiran sesuatu
fungsi serta mengira ralat hampiran fungsi apabila berlaku ralat pada pembolehubah tak
bersandar.

Selain itu, pelajar juga didedahkan tentang bagaimana untuk mengira kadar perubahan sesuatu
pembolehubah apabila diketahui kadar perubahan kuantiti yang lain tetapi berkaitan. Seterusnya
bagaimana untuk mendapatkan halaju dan pecutan seketika sesuatu zarah pada sebarang masa t
yang diketahui persamaan gerakannya juga dipelajari. Akhir sekali, pelajar didedahkan tentang
Kalkulus Asas|6

bagaimana untuk mendapatkan titik-titik genting, sifat titik-titik genting bagi suatu fungsi dan
melakarkan graf bagi sesuatu lengkung.

1.7 Kamiran

Dalam unit ini, perbincangan mengenai bagaimana untuk menganalisis konsep kamiran dan juga
untuk membezakan antara pembezaan dan kamiran. Selain itu, pelajar boleh menyatakan kamiran
sebagai songsangan kepada pembezaan. Seterusnya, pelajar diajar bagaimana untuk menilai
kamiran tentu dengan menggunakan Teorem Asas Kalkulus. Akhir sekali, pelajar boleh
menggunakan petua-petua kamiran untuk menyelesaikan masalah yang diberikan.

1.8 Teknik Pengamiran

Teknik kamiran merupakan sambungan kepada kamiran unit 9. Dalam unit ini, pelajar
diperkenalkan tentang bagaimana untuk menilai kamiran dengan menggunakan kaedah bahagian
demi bahagian dan kaedah gantian. Selain itu, pelajar turut diajar untuk menilai kamiran bagi suatu
fungsi trigonometri. Akhir sekali, bagaimana untuk menilai kamiran dengan kaedah pecahan
separa turut didedahkan.

1.9 Penggunaan Pengamiran

Unit ini juga merupakan sambungan kepada dua unit sebelum ini iaitu kamiran dan teknik
pengamiran. Di dalam unit ini pelajar akan didedahkan dengan penggunaan pengamiran untuk
mengira luas permukaan dan isipadu suatu bongkah. Berikut disertakan rumus-rumus yang
digunakan dalam unit ini:
Unit 1 Pengenalan kepada Kalkulus Asas |7

Mengira luas di bawah graf yang dibatasi oleh x a dan x b sebagai
b
a
ydx

.
Mengira luas di bawah graf yang dibatasi oleh y a dan y b sebagai
b
a
xdy

.
Mengira isipadu kisaran pada paksix sebagai
2
b
a
y dx

.
Mengira isipadu kisaran pada paksiy sebagai
2
b
a
x dy

.

RUMUSAN

Konsep kalkulus hendaklah dibina melalui interaksi bersahaja di dalam suasana pembelajaran
yang kaya dengan kepelbagaian dan bukannya terkongkong oleh arahan aktiviti guru yang terlalu
berstruktur. Proses pengajaran dan pembelajaran seharusnya memberi peluang pelajar untuk
membina dan memahami konsep dan proses mengenai asas kalkulus. Sebahagian daripada
pengalaman mengenai konsep dan proses itu ialah perbendaharaan kata. Seterusnya kemahiran
dalam setiap tajuk atau topik ini sangat penting untuk digunakan dalam bidang kalkulus yang lebih
tinggi dan juga dalam semua aspek kehidupan seharian.

KATA KUNCI

Fungsi, had dan keselanjaran, pembezaan, teknik pembezaan, penggunaan pembezaan, kamiran,
teknik pengamiran dan penggunaan pengamiran.



Kalkulus Asas|8

RUJUKAN

Stewart, J. (2009). Calculus. 6
th
Ed. Belmont: Brooks/Cole Thomson Learning Inc.
Anton, H., Bivens, I. & Davis, S. (2005). Calculus. 8
th
Ed. New York: John Wiley & Sons.
Abd. Wahid Md. Raji, Hamisan Rahmat, Ismail Kamis, Mohd Nor Mohamad & Ong Chee Tiong.
(1998). Siri Nota Kuliah Kalkulus. UTM.
Larson, R.E., Hostetler, R.P. & Edwards, B.H.(1998). Calculus with Analytic Geometry:
Houghton Mifflin, New York.

Anda mungkin juga menyukai