Anda di halaman 1dari 6

C.

PENUNGGANG BASIKAL

1. Basikal sentiasa berada dalam keadaan baik.

2. Menunggang di kiri jalan.

3. Menunggang basikal dalam satu barisan.

4. Pastikan belakang anda tidak ada kenderaan lain sebelum membelok ke


kanan atau ke kiri.

5. Jangan berbual-bual, berlumba dan melakukan apa-apa yang tidak


sepatutnya semasa menunggang basikal.

6. Memahami dan mengetahui isyarat-isyarat jalan raya.

7. Tidak menunggang basikal secara berkumpulan.

8. Berikan isyarat tangan sebelum melintas jalan raya.


D. KESELAMATAN KETIKA MENUNGGANG BASIKAL

Pelbagai alat pelindungan direka khas bagi mengelakkan kecederaan yang


lebih serius jika berlaku sesuatu yang tidak diingini. Pemakaian topi
keselamatan yang betul dan menepati piawaian dapat melindungi kepala
daripada kecederaan yang teruk jika terjatuh daripada basikal. Gambar
di bawah menunjukkan topi keselamatan bagi penunggang basikal.

1. TOPI KESELAMATAN PENUNGGANG BASIKAL


Alat-alat keselamatan yang lain termasuklah pelindung siku dan lutut. Ia
juga tidak kurang penting berbanding topi keselamatan. Pemakaian
pelindung siku dan lutut dapat mengelakkan kecederaan serius terhadap
kedua-dua anggota tersebut. Anggota ini mudah tercedera apabila
terjatuh di tempat yang keras dan penggunaan pelindung siku dan lulut
amatlah digalakkan ketika menunggang basikal. Gambar di bawah
menunjukkan pelindung siku dan lutut yang sesuai bagi penunggang
basikal.
Pelindung Lutut

2. PELINDUNG SIKU
Kasut yang sesuai juga diperlukan ketika menunggang basikal. Melindungi
kaki harus menjadi keutamaan kerana kaki adalah anggota yang sangat
penting penting ketika menunggang basikal. Kasut yang sesuai bersifat
melindungi. Gambar di bawah menunjukkan kasut yang sesuai digunakan
oleh penunggang basikal. Elakkan pemakaian selipar ketika menunggang
basikal.

3. KASUT SUKAN
Antara alat keselamatan lain termasuklah jaket pemantul cahaya. Jaket
ini sangat penting terutamanya ketika menunggang pada malam hari atau
cuaca yang gelap. Ini untuk menyedarkan pengguna jalan raya lain
kehadiran kita di jalan raya. Pemakaian pakaian yang terang juga penting,
sama penting seperti pemakaian jaket keselamatan bagi menyedarkan
kehadiran kita si bahu jalan. Gambar di bawah menunjukkan jaket
keselamtan yang sesuai bagi seorang penunggang basikal.
Jaket Pemantul Cahaya

Peraturan semasa menunggang basikal

1. Pastikan basikal berada dalam keadaan yang baik dan sempurna.


2. Beri isyarat yang jelas semasa menunggang basikal
3. Tunggang dalam satu baris sekiranya menunggang secara
berkumpulan
4. Guna lorong basikal yang telah disediakan.
5. Pastikan tangan sentiasa berada pada pemegang dan kaki berada
pada pedal sepanjang masa
6. Memahami dan tahu isyarat-isyarat jalan raya
7. Gunakan kedua-dua brek hadapan dan belakang.
8. Sentiasa memberi jalan kepada kenderaan di sebelah kanan
9. Sentiasa menunggang di sebelah kiri jalan.

Perkara yang menyebabkan kemalangan semasa berbasikal.

1. Menggunakan basikal yang tidak sempurna.


2. Tidak memberi isyarat dengan jelas
3. Membawa penumpang atau barang yang berat.
4. Mengikuti kenderaan lain pada jarak yang dekat.
5. Menunggang secara beriringan.
6. Membawa haiwan semasa menunggang
7. Bergurau atau bercakap
8. Memotong dan melintasi kenderaan lain
9. Menunggang basikal yang tidak sesuai
10. Pemegang dan tempat duduk yang tidak selaras dengan penunggang
 Membelok ke kiri: Depakan tangan kiri ke kiri.
 Membelok ke kanan: Depakan tangan kanan ke kanan.
 Memperlahankan kenderaan atau hendak berhenti: Depakan
tangan kanan ke kanan, kemudian lambaikan telapak tangan ke atas dan
ke bawah.
Sila ambil perhatian bahawa isyarat-isyarat tangan di atas adalah untuk
digunakan di Malaysia, United Kingdom, Ireland dan negara-negara
Komanwel sahaja. Bagi isyarat tangan di negara lain, sila semak dengan
pihak berkuasa masing-masing.

Peraturan-peraturan Semasa Menunggang Basikal

1. Sebelum menunggang basikal, pastikan brek, lampu hadapan, lampu


merah belakang dan loceng boleh digunakan.

2. Sebelum belok basikal ke kanan atau ke kiri, atau ke belakang,


hendaklah memandang ke belakang, dan kemudian beri isyarat.

3. Jika tunggang ramai-ramai, tunggang dalam satu baris.

4. Guna lorong basikal, jika ada.

5. Kedua-dua tangan mesti pegang pemegang (hendal) dan kaki pada


pengayuh basikal (pedal).

6. Fahami dan ingat isyarat jalan raya.


7. Apabila berhenti, gunakan brek belakang, perlahan, dan brek hadapan
kemudiannya.

8. Beri jalan kepada kenderaan yang besar dan patuh pada isyarat lalu
lintas.

9. Sentiasa menunggang basikal di sebelah kiri jalan.


4. Perkara Yang Menyebabkan Kemalangan Berbasikal
Perkara-perkara Yang Menyebabkan Kemalangan
Semasa Berbasikal

1. Basikal Tidak Sempurna - Misalnya brek, lampu, dan sebagainya,


tidak boleh berfungsi.

2. Tidak Memberi Isyarat - semasa memulakan tunggangan, sewaktu


membelok atau memberhenti basikal.

3. Membawa Penumpang - yang mengganggu imbangan.

4. Jarak yang sesuai.

5. Jalan raya yang sibuk dan sempit.

6. Membawa haiwan.

7. Bergurau atau bercakap-cakap.

8. Memotong atau melintasi celah-celah kenderaan lain.

9. Saiz basikal tidak sesuai.

10. Pemegang (hendal) dan tempat duduknya tidak sesuai


a

Anda mungkin juga menyukai