Anda di halaman 1dari 6

Pelbagai alat pelindungan direka khas bagi mengelakkan kecederaan yang lebih serius jika

berlaku sesuatu yang tidak diingini. Pemakaian topi keselamatan yang betul dan menepati
piawaian dapat melindungi kepala daripada kecederaan yang teruk jika terjatuh daripada basikal.
Gambar di bawah menunjukkan topi keselamatan bagi penunggang basikal.

Topi Keselamatan Basikal

Alat-alat keselamatan yang lain termasuklah pelindung siku dan lutut. Ia juga tidak kurang
penting berbanding topi keselamatan. Pemakaian pelindung siku dan lutut dapat mengelakkan
kecederaan serius terhadap kedua-dua anggota tersebut. Anggota ini mudah tercedera apabila
terjatuh di tempat yang keras dan penggunaan pelindung siku dan lulut amatlah digalakkan
ketika menunggang basikal. Gambar di bawah menunjukkan pelindung siku dan lutut yang
sesuai bagi penunggang basikal.
Pelindung Lutut

Pelindung Siku

Kasut yang sesuai juga diperlukan ketika menunggang basikal. Melindungi kaki harus menjadi
keutamaan kerana kaki adalah anggota yang sangat penting penting ketika menunggang basikal.
Kasut yang sesuai bersifat melindungi. Gambar di bawah menunjukkan kasut yang sesuai
digunakan oleh penunggang basikal. Elakkan pemakaian selipar ketika menunggang basikal.
Kasut Sukan

Antara alat keselamatan lain termasuklah jaket pemantul cahaya. Jaket ini sangat penting
terutamanya ketika menunggang pada malam hari atau cuaca yang gelap. Ini untuk menyedarkan
pengguna jalan raya lain kehadiran kita di jalan raya. Pemakaian pakaian yang terang juga
penting, sama penting seperti pemakaian jaket keselamatan bagi menyedarkan kehadiran kita si
bahu jalan. Gambar di bawah menunjukkan jaket keselamtan yang sesuai bagi seorang
penunggang basikal.

Jaket Pemantul Cahaya


Ini adalah bahagian yang selalu diambil ringan dalam kalangan rider dalam melakukan sesi pengayuhan
pada waktu malam mahupun siang. Selain menggunakan pemantul cahaya (reflector), lampu yang
menggunakan tenaga adalah lebih baik daripada pemantul cahaya dan lampu perlu dinyalakan dan
digunakan pada waktu malam dan siang supaya pengguna jalanraya yang lain seperti kereta, lori dan
lebih-lebih lagi motorsikal yang suka mencelah dapat melihat anda. Waktu siang juga begitu. Oleh kerana
siang mempunyai cuaca atau pemandangan yang terang, kita sebagai rider susah untuk dikesan oleh
mereka. Banyak pilihan yang boleh digunakan sama ada bermodalkan set lampu yang murah sederhana
dan juga mahal, janji anda tidak merisikokan nyawa anda. Jadi, berikut ada beberapa tip yang boleh
digunakan.

cth: Lampu yang mudah dibeli dan ada juga jenis yang menggunakan bateri cas semula berkuasa tinggi.

Waktu malam : Lampu depan (Head lights) perlu menggunakan warna putih yang terang dengan mod
kekal (tidak berkelip) manakala lampu belakang pula digalakkan menggunakan lampu merah yang
berkelip.

cth: Lampu belakang yang biasa untuk mudah dikesan.

Waktu siang : Lampu depan mempunyai warna putih yang berkelip supaya mudah dikesan pada waktu
siang. Lampu belakang pula menggunakan warna merah yang berkelip.

5. Wisel.
Penggunaan wisel pada basikal umpama hon di motorsikal. Ini juga memudahkan anda sebagai rider
untuk memberitahu kepada pengguna yang lain bahawa anda berada disitu.

Diharapkan anda dapat memberikan lebih perhatian kepada alternatif yang nampak biasa tapi boleh
mengurangkan risiko kemalangan semasa menikmati kayuhan anda. In shaa Allah.

Anda mungkin juga menyukai