Anda di halaman 1dari 1

TIPS MENUNGGANG MOTOSIKAL PADA WAKTU MALAM

Penunggang motosikal harus lebih berhati-hati pada waktu malam kerana tahap
penglihatan dan juga pengguna jalan raya lain pada waktu ini adalah lebih rendah.

Berikut adalah beberapa tips berguna untuk menunggang motosikal pada waktu
malam:

1. Penghadang angin atau visor topi keledar gelap harus dielakkan. Gunakan visor
jenis jernih (clear) dan pastikan ia bersih dan bebas dari sebarang calar atau
kecacatan kerana ia boleh mengganggu penglihatan anda.

2. Pemantul cahaya (cats eyes) di atas jalan raya adalah kawan baik anda ketika
menunggang pada waktu malam kerana ia boleh menjadi penunjuk kepada bentuk
jalan di hadapan anda.

3. Anda mungkin kelihatan kurang bergaya, namun kelengkapan menunggang


(jaket, but, sarung tangan dan sebagainya) dengan jalur pemantul cahaya
membuatkan anda lebih mudah dilihat terutamanya di kawasan-kawasan gelap.

4. Pastikan lampu depan dan belakang, serta lampu isyarat motosikal anda sentiasa
bersih.

5. Elakkan daripada melihat terus ke lampu kenderaan yang datang dari arah
bertentangan. Jika kenderaan tersebut menggunakan lampu tinggi, jangan balas
kerana ia boleh mengganggu tumpuan pemandu.

6. Selain penglihatan, gunakan deria yang lain supaya anda sentiasa peka dengan
keadaan sekeliling. Ini kerana potensi bahaya lebih sukar dikesan pada waktu
malam.

7. Elakkan daripada membuat andaian sekiranya anda tidak pasti tentang keadaan
atau bentuk jalan raya di hadapan. Sebagai contoh, jika anda dapat melihat lampu
kenderaan di hadapan, ia tidak bermakna jalan di hadapan adalah lurus.

Anda mungkin juga menyukai